Kilauan Mataku

Syair Imam Syafie

Biarkan hari-hari itu melakukan apa saja,
Bertenanglah bila qada
menjatuhkan hukuman,
Jangan tersentak dengan
peristiwa duka malam hari,
Peristiwa di dunia ini
sebenarnya tidak lama.

Aku akan menjelajah
ke segenap pelusuk negeri
Aku tidak menghiraukan samada cita-citaku
tercapai atau aku mati keseorangan
Jika ku binasa atau
mati maka segala-galanya
terserah kepada Allah
Dan jika ku terselamat
tidak lama aku akan kembali

Nasihat Imam Shafie r.a.
"Kita sering mencela zaman, pada hal zaman tidak bersalah. Kitalah sesungguhnya yang salah. Kita telah menyalahgunakan zaman. Kita sering mencaci zaman yang tidak berdosa. Seandainya zaman boleh berkata-kata, ia pun akan mencaci kita."

Labels:

posted by Amrixxx @ 5:52 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Imam Hanafi –Pendebat Kebenaran

Buku Ilmuan yg menarik nih aku beli dan baca bagi menambahkn iman aku serta menguatkan skil berdebat kat webkl dan speedfinger nanti..ehehe.. Buku ini mengisahkan kehidupan Imam Hanafi pada zaman khalifah Islam yg kejam seperti Al-Hajjaj dan lain2 kecuali Khalifah Umar Abdul Aziz.

Imam Hanafi dilahirkan lebih dahulu daripada imam-imam mazhab yang lain (Imam Miliki,Imam Hanbal dan Imam Syafie) Nama sebenarnya An Nukman bin Thabit lahir pada 80 Hijrah. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana beliau mendapat seorang anak bernama Hanifah. Ada juga mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi, digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi.

Sejak kelahiran beliau,bapa dan ibunya sangat berharap anaknya menjadi seorang ulama. Pada usia remajanya beliau cenderung dalam bidang perniagaan namun ibunya berusaha menarik minat beliau ke arah bidang keilmuan agama. Akhirnya beliau ke arah bidang tersebut. Beliau belajar dengan 200 ulama termasuklah beberapa sahabat Nabi SAW seperti Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib dan Abdullah bin Mas’ud. Namun begitu, dalam masa yang sama beliau tidak meninggalkan bidang perniagaan. Kehidupannya senang/kaya namun cara hidupnya sederhana. Beliau banyak membantu orang ramai yang dalam kesusahan, menghalalkan hutang (10 ribu dirham) seorang sahabatnya dan pendek kata beliau juga seorang pemurah dan dermawan.

Diantara kenangan manisnya, Ketika beliau masih berguru dengan Imam Hammad di Madinah. Datanglah utusan Khalifah menjemput Imam Hammad ke Baghdad untuk berdebat dengan seorang cerdik pandai (Dahri) dari kerajaan Rom. Memandang semua ulama di Baghdad tidak mampu menjawab soalan-soalan dari Dahri tentang kewujudan tuhan, maka Imam Hammad membawa sekali imam Hanafi sebagai pengiringnya. Tiba di sana, Imam Hammad terasa gelisah mendengar khabar soalan dari Dahri yang memeningkan kepala. Akhirnya, Imam Abu Hanifah tampil menawarkan diri untuk menjawab soalan-soalan Dahri.

Dipendekkan cerita, semua soalan tersebut dengan mudah dijawab oleh Imam Abu Hanifah walaupun ketika beliau masih muda. Pulanglah Dahri ke Rom dengan malunya. Di dalam buku novel tersebut, ada beberapa lagi siri pendebatan diantara beberapa ulama-ulama.


Debat Perdana (bab 7)


Khalifah Yazid berdukacita akibat kedtgn seorng lelaki yg mengaku namanya Dahri (Utusan Maharaja Rom).Lelaki itu berjaya memalukna dgn mencabar semua ulama2 di Baghdad berdebat tetapi tiada siapa yg dapat mengalahkannya. Lebih 40 ulama telah ditewaskan oleh Dahri.

Imam Hammad yakni guru Imam Abu Hanifah diutuskan untuk berhadapan dan berdebat dgn Dahri. Umat islam pada masa nih sudah berpecah coz ada pelbagai fahaman agama seperti Muktazilah,Syiah,Jabariyah dan mcm2 lagi. Dengan kedatangn Dahri membuat umat islam huru hara dan semakin rosak. Antara soalan cepu emas dari dahri adalah Allah itu wujud, klu wujud dimana tempatnya? Dan byk lagi persoalan tentang Allah swt.

Pada asalnya Imam Hammad menolak cabaran debat tersebut tetapi memikirkan nasib umat islam yg berpecah dia menerimanya.. Dia meminta tempoh 3 hari utk mencari ilham. Suatu hari Imam Hammad bermimpi berada disebuah dusun buahan yg lebat lagi indah. Disana ada sepohon kayu yg rendang dan lebat buahnya.Tiba2 muncul seekor khinzir memakan buah2an yg ranum dari pokok itu. Bukan itu sahaja tapi daun2 dan dahan2 kayu habis dimusnahkanya. Yang tinggal hanya batangnya sahaja. Kemudian muncul seekor harimau daripada pangkal pohon itu lalu menerkam serta membunuh khinzir tersebut.

Imam Abu Hanifah juga mempunyai kelebihan dikurniakan ilmu mentafsir mimpi. Menurut tafsiran Imam Abu Hanifah, dusun yg luas dan indah adalah agama Islam, pokok yg berbuah lebat itu adalah sekalian ulama yg masih terdapat pada hari ini. Manakala sepohon kayu yg masih tinggal itu adalah tuan (Imam Hammad) sendiri. manakala khinzir yg tetiba muncul merosakkn pohon itu adalah Dahri.Harimau yg keluar lalu membunuh khinzir itu adalah saya. Oleh itu, Imam Abu hanifah meminta izin dari Imam Hammad utk berdepan dgn Dahri utk memadamkn kesombongannya.

Imam Hammad berasa gembira mendengar kata2 anak muridnya itu kerna Imam Abu Hanifah pernah berguru dengan Abdullah bin Abbas serta Abdullah bin Mas’ud (sahabat nabi). Imam Hammad segera memberitahu khalifah mewakilkan Imam Abu Hanifah utk berdebat dgn Dahri. Pada mulanya khalifah tidak setuju tapi Imam Hammad dpt meyakinkan Khalifah bahawa Imam Abu Hanifah memiliki ilmu yg tinggi serta berguru dengan lebih 200 ulama termasuk sahabat nabi. Akhirnya khalifah setuju.

Pada waktu yg ditetapkn mereka pun berdebat.
Dahri mula2 bangun lalu naik ke atas mimbar masjid kemudian berucap dgn suara yg Tinggi. . Mereka menuduh aku org yg tidak mempunyai pegangn agama krn tiada wujudnya tuhan. Mmg benar aku tidak beragama dan tidak percaya wujud tuhan. Kerna itu aku mencabar ulama2 yg mengaku taat kepada agama dan yakin wjudnya tuhan supaya berdebat dgn aku. Dahri yg bijaksana..

Abu Hanifah bangun lalu berkata,” Wahai lelaki yg sombong, org yg tahu jawapnnya pasti dapat menjawab soalan2 kamu itu. Suara Imam Abu hanifah memeranjatkn Dahri dan menyetakkan kaum muslimin yg hadir.Dahri sendiri yg terkejut. Matanya memandang tajam kearah anak muda itu.

Imam Abu Hanifah berkata lagi “ wahai Dahri yg sombong kerana tidak percaya kpd tuhan. Hari ini saya yg akan mencabar kamu.Dengan izin Allah saya akan menjawab semua soalan2 kamu!

Siapa kamu? Berani sungguh menyahut cabaran aku.Sedangkn ulama2 yg hebat2, yg berserban besar dan berjubah labuh sudah aku kalahkan.inikan pula budak hingusan seperti kamu. Dahri bersuara lanatang membidas Imam Abu Hanifah.

Lalu Imam Abu Hanifah memperkenalkan diri.Nama akuNukman tapi org mengenali sebagai Abu Hanifah. Dahri dgn bongkak menyatakan jgn bermimpi dapat mengalahkannya.

Ketahuilah Dahri.Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban yg besar ataupun jubah yg labuh. Allah menurniakan kemuliaan kepada org yg berilmu dan bertakwa,”kata Imam Abu Hanifah lalu membacakn surah al-mujadalah yg bermaksud “ Allah meninggikan darjat org beriman dan berilmu diantara kamu dengan beberapa darjat.”

Dahri menutup telinga kerana tidak suka bacaan ayat2 al-Quran..

Antara pedebatan beliau adalah seperti berikut ;- Contoh Debat

Antara kisah debat lain Imam Abu Hanifah dlm buku ini adalah seperti berikut:-


Imam Abu hanifah pernah disoal oleh kaum muktazilah yakni bilakah org laki dan pompuan cukup baligh serta bila plak cukup umur bagi anak anjing.

Lalu Imam Abu Hanifah menjawab “cukup umur bagi lelaki adalah kuar air mani kerana mimpi manakala perempuan pula adalah hari pertama dtg haid. Manakala bagi soalan cukup umur bagi anjing, Imam Abu Hanifah xdapat jawab lalu minta tangguh bebrapa hari kerana tak tahu. Beliau bertemu dgn seorang Yahudi yg membela anjing bagi mengetahui jawapannya.. Lalu org yahudi tuh menjawab apabila anjing itu pandai kencing berdiri. Imam Abu Hanifah menganggap org yahudi itu sebagai guru coz memberinya ilmu tentang anak anjing nih..

Antara debat lain semasa Imam Abu Hanifah dimadinah adalah dimana dia disoal oleh ulama2 disana mengenai cukup imam sahaja baca Al-fatihah utk solat jemaah sedangkn lebih 10 ulama lain tidak bersetuju pendapat beliau. Dipendekkan cerita, Imam Abu Hanifah meminta ulama2 tersebut menghantar seorang sahaja wakil utk berdebat ngan dia kerana tak adil.Keesokkannya, 10 ulama itu berselisih faham utk memutuskan siapa yg patut jadi wakil. Akhirnya 10 ulama telah capai kata sepakat memilih seorang dari mereka.bersetuju menghantar seorg wakil yg tinggi ilmu serta paling tua dikalangan mereka.

Lalu sambil tersenyum Imam Abu Hanifah menyatakan,; Kamu sudah memilih salah seorang menjadi wakil, adakah kamu akan terima apa shj yg dia perkatakan? Lalu ulama lain menyatakan ya kerana dia paling layak.

“Begitulah juga dgn solat.Imam itu dilantik dgn persetujuan org ramai. Yg paling tua umurnya, yg paling baik pekertinya,paling berilmu pengetahuan dan paling penting fasih lidahnya membaca Al-fatihah. Apabila kamu sepkat melantik seorang menjadi imam, cukup dia seorang sahaja membaca al-fatihah seperti kamu sepakat melantik dia menjadi wakil serta bersetuju apa yg diperkatakan,kata Imam Abu Hanifah.


Oleh kerana beliau hidup dalam peralihan dua zaman pemerintahan Islam iaitu zaman pemerintahan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiah. Bahananya terpercik ke atas diri beliau. Disebabkan pengaruh beliau amat besar kepada umat (di Kufah) Khalifah Marwan (Bani Umaiyyah) ingin melantik beliau sebagai Kadi ataupun ketua perbendaraan Kufah. Beliau menolak jawatan tersebut dengan baik, namun beliau dituduh seorang yang menyokong kebangkitan Bani Abbasiyah. Beliau menolak jawatan tersebut kerana tidak mahu bersepakat dengan orang-orang zalim. Disebabkan itulah, beliau dipenjarakan. Selama 2 minggu, namun dibebaskan kerana khalifah takut pengikut Imam Abu Hanifah dan penduduk Kufah semakin menjadi pemberontakannya.

Pada masa Khalifah Abu Jaafar al Mansur (Bani Abbasiyyah) berkuasa, ketika itu dia masih mencari pengaruh dalam umat. Dia nampak imam Hanafi mampu membawa pengaruh umat kepada Khalifah Abu Jaafar sekiranya beliau bekerja dengannya. Sekali lagi, Imam Abu Hanifah ditawarkan jawatan kadi/ ketua perbendaraan Negara. Namun beliau tetap tolak jawatan tersebut dengan alasan yang sama. Walaupun, beliau dihadiahkan dan digajikan yang tinggi, beliau tetap menolaknya. Khalifah Abu Jaafar mengarahkan Imam Abu Hanifah dipenjarakan. Di dalam penjara, beliau berkali-kali diajak menjawat jawatan tersebut, namun beliau tetap menolaknya. Sehinggalah beliau disebat setiap hari. Khalifah Abu Jaafar memanggil ibunya menziarah dan memujuk anaknya(Imam Abu Hanifah) menerima jawatan tersebut. Ibunya datang ke penjara. Dengan perasaan kesalnya melihat keadaan Imam Abu Hanifah yang terseksa di dalam penjara. Berkata ibunya “Wahai anak bonda yang dikasihi. Suatu ketika dulu bonda berasa amat bangga dan gembira kerana kamu menjadi orang yang banyak ilmu dan disanjung tinggi. Tetapi sekarang bonda berasa amat berdukacita melihat keadaanmu, kerana itu lebih elok kamu buang sahaja dan lemparkan jauh-jauh yang kamu dapati kerana tidak ada manfaatnya. Apa yang kamu dapati sekarang adalah dikurung di dalam penjara, dipukul dengan cemeti setiap hari dan rantai yang membelit tubuhmu.”

Kata pula Imam Abu Hanifah “Wahai ibuku, anakanda bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Sekiranya anakanda hendakkan kemewahan dunia, tentu anakanda dapatinya. Tetapi anakanda mengutamakan keredaan Allah sertamemelihara ilmu pengetahuan yang selama ini anakanda pelihara sekiranya menuju kemurkaan Allah”

“Anakku, cuba beritahu bonda mengapa anakanda menolak jawatan itu? Bukankah itu perintah khalifah” tanya ibu Imam Abu Hanifah.

“Ibu, khalifah sekarang bukan seperti khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Sekiranya mereka mencontohi khalifah Umar Abdul Aziz pun sudah cukup membuat anakanda mahu berkhidmat denganya. Tetapi khalifah sekarang ini berlaku zalim. Lihatlah apa yang baginda lakukan pada anakanda.Demi Allah, anakanda tidak akan bersubahat dengannya” jawab Imam Abu Hanifah.

Akhirnya, beliau mati diracun oleh Khalifah Abu Jaafar. Selepas beliau pergi untuk selama-lamanya, Khalifah Abu Jaafar berasa menyesal atas perbuatannya dan sering terbayang-bayang wajah Imam Abu Hanifah dalam ingatannya.

Ulasan yang hendak saya bahaskan, buku novel ini menceritakan gaya hidup seorang ulama yang terulung. Penulis banyak mengaitkan situasi politik/siasah pada ketika itu dan disalang-silangkan nasib-nasib orang-orang yang zalim seperti Gabenor Kufah, Al Hajjaj bin Yusof At-Thaqafi. Dia seorang yang bertanggungjawab menyerang Kaabah dan membunuh Abdullah bin Zubair. Akhir hayatnya, dia ditinggalkan oleh pengikutnya dan umat kerana penyakit yang misteri.

Buku Nih sangat menarik bagi pengemar2 dan mengenali tokoh2 ISlam walaupun mase sekolah dulu dah tau tapi kekadng lupa jugak coz lame tinggal kan.. lepas nih aku nak cari kisah Saidina Ali. Dalam Kisah Imam hanafi nih juga ada menceritakan mengapa terjadinya puak syiah utk pengetahun Imam Hanafi bertanyakn pada ulama lain yg memberitahu hubungan Rasulullah dan Saidina Ali seperti Nabi Musa dan Harun . Untuk mengetahui kisah lanjut sila dapatkan buku nih erk..ehehe :D

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:26 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Dimanakah Tahap Solat Kita?




Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.



Golongan Pertama


Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua


Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.


Golongan Ketiga

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.


Golongan Keempat

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.


Golongan Keenam


Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh


Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan


Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam. Wallahualam bissawab.

Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu Disembahyangkan

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:17 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Al-Fatihah Buat Pak Tua..

Kelmarin (Ahad), lepas abis je meeting pukul 4.30ptg, aku dapat panggilan telefon dari abg aku menyatakan pak sedara aku @ pak tua sakit tenat & xsedarkan diri akibat sakit tua di hospital temerloh..Pukul 6.00 ptg dia kembali sedar dan aku minta abg dan ayah aku bacakan yassin utk arwah..aku plak bacakan dari jauh.. 6.30ptg arwah kembali xsedarkan diri & menghembuskan nafas terakhir pada usia 70thn..aku pulang ke kg lepas maghrib..arwah dikebumikan lepas isyak..
kali terakhir aku bersembang dgn arwah adalah hari raya haji baru2 ni dirumahnya.. erm..

Semoga arwah pak tua dicucuri rahmat dan dimuliakan disisi Allah swt..amin..



posted by Amrixxx @ 12:52 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Awas!! - 10 Pintu Perangkap Syaitan

ALLAH berfirman yang bermaksud : Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. ( An-Nisa: 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada dalam keadaan kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah, apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut.Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia.Mereka akan berusaha sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1) Melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia.

Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2) Kedua, melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang haq.

Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3) Ketiga, melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini.

Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa sahaja.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur. ( An-Nahl:23)

4) Sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi segala bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.


5) Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6) Melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7) Melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain.


Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dimilikinya. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil. (Riwayat Muslim).

8) melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja. (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)



9) Melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.


Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10) Kesepuluh, melalui sifat berburuk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik terlebih dulu amat dicela oleh Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya. (Riwayat Muslim)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
(Surah An-Nas)

Labels:

posted by Amrixxx @ 5:14 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Marah Itu Panah Syaitan!!

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Klu kita xdapat mengelak dari perasaan marah bermakna syaitan telah mengusai diri kita..erm.. oleh itu amalka petua diatas..
biasanya aku amalkan petua istigfar bebyk..erm..
Ada masa & kekadang aku klu ngk org marah lak, aku senyum & istigfar je sebelum menegur..hehe :D

Labels:

posted by Amrixxx @ 5:02 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Top 5 - Cerita siapa paling sedih?


Cerita keempat adalah kisah seorang budak sekolah yang suka petik bunga di belakang sekolah tatkala murid-murid lain sibuk makan di kantin. Setiap hari dia petik bunga tersebut, tak habis-habis bunga tu ya huhu. Saya ingat si Shahril tu makan bunga-bunga tu sebab tak ada duit. Tapi sebenarnya memetik bunga adalah terapi hati baginya. Aktiviti pelik itu disedari tukang cerita ini iaitu Amrix, seorang jejaka dari Pahang yang masih belum berpunya walaupun wajahnya ada iras-iras Farid Kamil. Memilih sangat ke kau Amrix hehe.

Lepas tu Amrix dan Shahril bersahabat baik sebab Amrix suka kongsi bekal nasi lemak dengan Shahril. Ada ala ala kisah saya dulu juga, yang mana saya mengambil tempat Shahril.

Terima kasih Amrix di atas cerita yang ringkas tapi menambat hati aku.


Pertama-tama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih yg xterhingga ar pada En. Kayree kerana bijak menilai antara kisah2 sedih dari 20 peserta yg masuk… Menurut pandangan serong aku, kayree nih mmg berbakat besar ar dalam bidang menulis novel..Sebagai seorang penulis, sememangnya Imaginasi mengenai sesuatu keadaan itu perlulah tinggi dan minda sentiasa terbuka menerima idea2 baru utk wat olahan citer yg kreatif.. Cumanya, imaginasi dia hanya pada tahap sederhana, pitching lari skit, tarian masih kaku serta ada skit2 lupa lirik…ahahaha.. baiknye aku komen…huhu :D

Ekceli, aku nak wat ulasan2 skit je..hehe
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan takziah ar pada peserta2 yg xberjaya menjadi top 5..aku xsangka gak citer yg aku wat dengan bersahaja boleh masuk top 5 kan..hehe..
Dari segi matlamat asal pertandigan, hadiah bukanlah buruan tetapi nak eratkan silaturahim dan mungkin memberi ilham pade kayree menulis novel yg sedih plak lepas nih kot..huhu.. Pasal sape juara.. Aku rase dah mmg kompem UJ yg menang walaupun citer dia xsedih coz byk pakai pengundi hantu serta pos..xaci betul..ekeke..

Tak kisah ar… yg penting aku puashati ar coz citer aku paling besh n berjaya menambat hati penganjur (kayree) kat pokok kerengga..ahaha..jangan jeles plak UJ n the geng erk..

Aku nak ulas skit lg..adeka patut ko ckp membe aku sampai nak mkn bunga disaat dia petik munga.. klu mandi bunga mungkin ar kot..ahaha :P
Pade pemenang2 tahniah…erm

Labels:

posted by Amrixxx @ 6:00 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Piala Thomas 2010 Milik China

Sebelum berlangsungnya Piala Thomas 2010 banyak masalah2 dan pergelutan dalaman BAM.. masing2 mahu menunjukkan sape yg lebih berkuasa..
Disini lah bermulanya tanda2 badminton Malaysia akan malap dimana pihak pengurusan yg bermaslah.. pemain yg jadi mangsa.. Tambahan pula M'sia skrg tiada pemain2 pelapis yg mantap lagi seperti dulu...erm..

Apepun..Aku dah bosan dan geram dengan campur tangan politik terhadap sukan diM'sia.Baik sukan Badminton,takraw,bolasepak,futsal,hoki mahupun sukan2 lain.. Akibat dari tangan2 ghaib merka menjatuhkan org2 tertentu yg berkebolehan memimpin induk sukan tersebut telah diganti dengn tunggul kayu semata2 nak dapatkan name..
So, disebabkan inilah habis jahanam prestasi sukan2 di malaysia..erm pepun aku nak ulas skit aksi2 menarik tentang penemuan Lin Dan vs LCW..


Perang Psikologi antara Lindan vs Lee Chong Wei



Dari awal permainan aku dah bleh agak aksi2 kedua2 pemain saling menganjing2, memperli dan mengacah semata2 nak jatuhkan moral @ mental pihak lawan.. Xkurang juga dengan aksi2 kedua2 pemain selepas dapat mata dengan mengeluarkan sindiran…huhu.. pada aku, mane2 pertandingan pasti akan ade perang psikologi supaya pihak lawan tidak dapat tumpukan perhatian pade permainan..ahaks..

Tapi hakikatnya utk game kali nih..Ternayata mental Lin Dan lebih kuat dari Lee Chong Wei dengan aksi2 yg kosisten dipamerkannya..LCW plak men cam budak2 je..huhu.. Seperti kita sedia maklum lin dan mempunyai 4 org doktor peribadi.. termasuk doktor psikologi..erm..

Nak dijadikan citer, Masa kedudukan 10-5 dimana LCW dapatkan mate ke 5 game ke -2 nih.. jelas sgt Lcw keluarkan sindiran pade Lin dan.. lepas tu, lin dan plak wat aksi mengunjing LCW dgn berlari dan melompat dgn bergaya serta semangt utk ke tepi gelanganga berehat setelah mata ke -11..huhu.. saat nih kelihatan LCW hampa je..mcm2 perang psikologi…huhu..





Video diatas menujukkan lin dan bukak baju selepas menang ngan Lcw seterusnya menari @ wat aksi Azroy dalam filem gila2 remaja pade minit ke-3 video nih..ahaha.. menganjing sungguh Lin dan kat Lcw serta nenek Rosmah..huhu :D




Selain menyaksikan perlawanan Piala Thomas.. para peminat badminton turut disajikan dengan telatah serta karenah pengulas sukan (Datuk Rahim Razali) yg begitu kelakor sekali dlm mengulas sukan badminton nih atau dengan erti kata lain xtau nak ulas pe.. sampai razif sidek pun tertawa dgn perkataan2 & telatah pengulas suka..ahaha.. mcm2 kate melucukan keluar..huhu..

Antaranya cam perkataa 11/2 inchi je bola keluar…
Pemain terbang menjatuhkan badan dia kata cam lompat jauh..
Dan mcm2 lagi ar..huhu..


Kesimpulannya, tidak dinafikan setelah melihat LCW dan taufik Hidayat tewas mudah kepada Lin..kedua2 pemain tersebut mengakui kehebatan Lin Dan dari segi Serangan, pertahanan & kawalan bola yg kemas..Setiap Smash dapat diangkat serta jarang sekali membuat kesilapan..

Labels:

posted by Amrixxx @ 5:59 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Syair Siti Sianah

Setengah Perempuan terlalu janggalnya,
Roma dimuka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki tampakkan muka,
Supaya laki2 boleh meyangka,
Ianya elok tiada terhingga.

Setengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Didalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.

Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.

Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.

Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan,lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,’
memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki2 matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah taala,
Supaya laki2 berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskan,
Jangan menjadi betina sempolah.

Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi.

Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakuan yg tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk dibuntut...

Wangian lelaki

Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)

Wangian wanita

Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana2 wanita yang memakai wangi2an dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)




Abu Hassan Sham
(Puisi2 raja Ali Haji)

Gambar kredit to www.flickr.com

Labels:

posted by Amrixxx @ 3:58 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

IKAN KELAH

Ikan Kelah yg di pegang oleh En.Padhil


Saper2 yg xpernah tgk rupa ikan kelah.. ni ar rupanya..
kelah keemasan..oleh itu, Sape2 nak blajar ilmu kocak2 air ikan datang..
pehtu boleh terus tangkap depan mata..aku boleh ajarkan..ahaha :P

erm.. sampai skg nih aku teringat lagi ade satu petang tuh..
betapa beshhnyer makan tomyam magee ikan kelah..opsss..terlpeas ckp plak..huhu

“Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimuc” (QS Al-Maidah [5] : 96).

Labels:

posted by Amrixxx @ 12:30 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Nota Cinta



Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah


Sejatinya mencintai segala sesuatu di dunia ini harus dapat menghantarkan seseorang kepada mencintai Yang Menciptakan itu semua, cinta yang membuahkan cinta kepada Sang Khaliq, yang berhak untuk lebih dicintai.

Mencintai segala sesuatu di dunia ini hanyalah khayalan, bukan hakiki. Mencintai sesuatu yang tidak didasari cinta kepada Allah SWT yang menciptakan sesuatu itu hanya akan membuahkan kerugian.

Allah SWT berfirman, “Katakanlah: ‘Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasui-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya’. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik” (QS. At-Taubah [9]: 24).

Labels:

posted by Amrixxx @ 8:43 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Selamat Hari Ibu

Ibu bertahun kau derita.. hidup dalam susah sengsara…Sempena hari ibu aku ingin mendoakan keampunan n kemaafan kepada mak.. andai selama menjaga n membesarkan ambi..mak ade terguris hati melayan karenah ambi yg mcm2 ada…nakal & degil tuh xyah ckp ar.. dah mcm2 hukuman aku terima n aku amik hikmah dari hukuman tersebut..

Seterusnya,
aku rasa syukur ke-hadrat Ilahi kerana Mengurniakan pada aku seorang ibu yg tabah, sabar, tegas dan xambil hati ape org lain nak kate..Belasan tahun dulu, aku menjadi saksi sedih dlm peristiwa hati terluka seorang ibu dipulaukan oleh keluarga sendiri.. Kekadang ape yg org tua aku wat semua salah & serba xkena.. segala pendapat dan pandagn ditolak mentah2 oleh sedara mara..erm..

Sejarah aku ngan mak terlalu byk berbanding adik beradik aku yg lain coz setiap mase & saat waktu kecik , aku selalu berkepit ngan mak aku je.. ke pasar n kemana2 aku ar jadi peneman..pantang hilang sesaat aku akan cari.. kat aku jugak ar mak aku selalu mengadu & menangis menahan titisan air mata..Mak aku rela menghukum aku samada aku bersalah atau tidak semata2 nak puaskan hati anak orng lain..Terasa bagai ditusuk sembilu pilu bilamana zaman kecilku xpernah dimanjakan seperti kanak2 yg lain gara2 nak jaga hati anak org lain..erm..

Kegeraman aku mase tuh xleh nak wat ape2 coz masih mentah dan dilarang oleh mak utk berdendam ngan org..”Biarlah org nak wat atau nak kata kita ape pun.. yang penting kita xwat salah ngan orang.” ungkapan itu ar membuat aku terngiang2 ditelinga aku hingga sekarang.. kemarahan bertukar menjadi pemaaf dan memaafkan org walaupun terpaksa berderai air mata....tapi sekarang nih, tangisan dulu hanya menjadi senyuman je pada aku..xde ape nak didendamkan.. peristiwa hitam aku lari ke sekolah & xnak masuk sekolah mase tu pun aku berfikir semata2 nak jaga mak tanpa pedulikan mase depan..erm..Cukup ar sekadar itu luahan hati ku nih.. sebak rasanya dada ..

Pepun,
Alhamdulillah selepas aku melangkah ke menara gading dan hingga sekarang.. suara2 sumbang xberbunyi lagi utk dilemparkan pada mak coz mulianya seseorang itu bukan kerana pangkat,darjat dan harta.. tapi ilmu agama, akhlak yg baik dan anak yg soleh mendoakan kesejahteraan org tuanya....

Ape yg aku lakukan skg, aku dahulukan org tua aku dari kepentingan diri sendiri coz mase dia hidup nih ar aku curahkan bakti..klu ade kekurangan, InsyaAllah aku akan cukupkan.. Selamat hari IBU…

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:

"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." [Al Israa':24]

"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." [Ibrahim:14]

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan." [Nuh:28]

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:52 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Hukum mengukir inai di tangan & cukur jambul

Tokoh ulama terkenal, Datuk Haji Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan, istiadat cukur jambul anak adalah amalan bidaah dan khurafat. Sementara mengukir inai di tangan ala tatoo yang menjadi trend bagi pengantin perempuan masa kini adalah dikutuk dan dilaknat Allah.

Seluruh umat Islam yang pernah terlanjur melakukan perbuatan itu perlu merenung pendapat Datuk Hassan, bekas pegawai Agama Islam di Istana Negara itu.

Download PDF dan Utusan

__________________
Pendapat2 lain..


Salam ustaz,

Boleh ke org perempuan yang nak kawin tu pakai inai yang bercorak kat belakang tangan?

Apa hukum dia dan kalau haram kenapa?

Jawapan:

Inai dijari termasuk perhiasan yg diharuskan kepada wanita2 yg bersuami dan harus ia pakai samada pada hari perkahwinan atau hari2 yg lain.

Lelaki tidak diharuskan memakainya sekalipun pada hari pernikahan.

Jika perempuan memakai inai dengan hiasan seperti adat perempuan2 kafir pada belakang tangan dengan corak yg bukan kebiasaan wanita Islam memakainya maka hukumnya dilarang kerana hadith yg maksudnya sesiapa yg mengikut adat suatu kaum maka ia tergolong dalam kaum tersebut.

Rujukan Ustaz Azhar Idrus ($2)


http://anaksengat.blogspot.com/2008/11/inai-di-jari.html


Kesimpulan..
Ramai gak aku tgk tukang2 inai & org yg menginaikan diri dgn mengukir xsetuju ngan pandgn ustaz harun din nih.. dan ada gak segelintir ustaz..erm..
pada pendapat aku..
Walaupun pemakaian inai ini adalah harus.. namun pengukiran inai bukan shj amalan jahiliah malah lebih menyerupai majlis perkahwinan orang india..
sebab dah jadi kes orang kahwin dia amik orang india hiaskan inai tangan, rupanya simbol yang diukir membawa pujian kepada dewa hindu...erm...wallahualam..

sebarang komen & pendapat dipersilakan..erm..

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:08 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Kekasih Halal



Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

~”Bergomolan dengan babi(khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.”(Riwayat Ibnu Majah)

~”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:38 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Impian Jadi Kenyataan…

Syukur alhamdulillah segala-galanya menjadi realiti untuk aku mendapat kepuasan jungle tracking, memancing dan makan kelah di Taman Negara Endau Rompin.. Aku meraikan hari pekerja ke Endau Rompin..hehe

Walapun ada gangguan skit pada perancangan asal (2 pagi tiba) yakni kelewatan peserta dari subang jaya (Pai dan wak) tersangkut kat Tol Karak selama 2 jam (12mlm) menyebabkn sampai di Endau Rompin pukul 5.30 pagi hari sabtu..... Padhil (40tahun) selaku penyelam dan org berpengalaman dlm hutan simpan endau nih menjadi pemandu arah kami bersama seorng wakil JBTN perhutanan ( Haji Man).. Mereka dah beratus kali masuk hutan simpan..

Pada asalnya, Padhil(membe den ar) dari tahun lepas ajak aku pergi memancing disana..tapi disebabkn bz n xde mase terluang aku terpaksa menolak pelawaaan dia.. tapi kali nih terpaksa mengalah n aku terima pelawaan dia kerana kegeraman aku tgk kelah2 yg dia dapat disana..

“Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” -
(Surah an-Nahl, ayat 18)


Hari Sabtu

1.00pg- tunggu peserta dari KL & Selayang di Simpang 4 Gambang..

3.00 pg – Peserta dari arah KL tiba di Gambang dan semua peserta terus salin pakaian untuk siap sedia masuk hutan.

5.30 pg – Peserta tiba di Endau dan berkumpul untuk sarapan sebelum masuk bersama2..

6.00 pg – semua peserta dah siapa sedia mulakan perjalanan masuk ke hutan. Rata2 peserta dalam Lingkungan 30an-40an yg menyertai eksepidisi. Aku ar yang paling muda..huhu :P

6.00 – 2.00 ptg – Tempoh Perjalanan yang mengambil masa terlalu lama yg sepatutnya 6 jam coz terdapat ramai peserta yg injured. Perjalanan kami terpaksa meredahi sungai dan 10 anak sungai serta mendaki bukit tobat dengan jarak ketinggian 100m dengan kecondogan bukit 70-80 darjah. Semasa tiba dibukit ini ramai peserta yang putus asa terutama sekali peserta dalam usia 40-an. Masing2 peserta membawa bebanan dalam beg lebih 20kg termasuk makanan. Semasa tiba dipuncak bukit tobat, sejam lebih aku bersama 4 org membe tunggu peserta yg lewat sambil tertidur..huhu..

2.30ptg - Tiba di Kem untuk pasang khemah & beristirehat..

5.00ptg- Khemah siap dipasang & peserta semua keluar mencari kayu api..Semua bahan makanan beras, gula,tepung serta sebagainya kemudahan makanan dikumpulkan dari setiap peserta utk bekalan selama 5 ari.

6.00 ptg – peserta siap sedia memulakan sebagai “test” aktiviti memancing kelah dengan umpan kelapa sawit peram..

Pada hari ini boleh dikatakan banyak ikan kelah serta sebarau peserta dapat dlm lingkugan 500gram shj.

“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)


Hari Ahad

Selepas suboh & sarapan..semua peserta pergi ke air terjun kemampan kat lubuk kawah.. perjalanan mengambil masa selama 2 jam dari kem.. mana2 peserta yg tak larat hanya memancing kat sekitar kem sahaja. Kat sekitar kem di terdapat 3 lubuk kelah yang dipanggil lubuk putus, asam & corner...rata2 peserta berjaya mendapatkn ikan kelah serta sebarau 1-2kg..

Aku & padhil mengetuai mengetuai ekspidisi terjah lubuk2 ikan kelah yg rata2 berpuloh2 lubok ikan kelah ada disini.pendek kata 80% air terjun kat sini dipenuhi ikan kelah yg beratnya lebih dari 3kg secara purata.. antara lubok yg sempat aku & padhil selam & tgk adelah lubok corner,lima,gajah,kawah,asam,putus,akuarium dan air terjun..
Air terjun disini sungguh jernih dan mmg kelihatan ikan2 kelah berenang2 keriangan sambil aku melihat dgn penuh kepuasan dan kegeraman..ahaks..

Aku difahamkan ikan kelah disini boleh dipancing tapi xboleh dimakan & dibawa balik.. ape kebangang punya peraturan dihutan simpan nih..erm..Sambil2 aku mancing kelah sempat jua aku mencari herba tongkat ali disini..huhu :D

Disebabkan terikat ngan peraturan, aku & padil hanya cari sebarau untuk makan tgh ari..
Akhirnya sebarau 2kg berjaya dinaikkan & siap sedia utk dipanggang.. rasanya sungguh enak dan kenyal cam chuigam je..duri ikan nih boleh tahan ar banyak..hehehe..



Hari Isnin

Aktiviti sama dilakukan pade hari ahad yakni pergi ke puncak untuk dapatkan ikan kelah.Boleh dikatakan hari terakhir memancing nih aku & peserta2 lain mendapatkan kepuasan coz berjaya menaikkan ikan kelah seberat 2kg -3kg.. lebih pada sepuloh ikan kelah berjaya dipancing dengan berat lebih pada 30kg..Harga kelah dipasaran rasanya ada RM 1000/kg..Pasal watpe lepas dapat kelah nih aku xnak cerita coz sulit sangat utk pengetahuan umum. Klu nak tau silalah dtg ke Endau Rompin..huhu..



“Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur.



Hari Selasa


Kemas barang & bersihkan tempat perkhemahan.Pada pukul 11 pagi selepas sarapan pagi yakni sebelum bergerak aku dan peserta lain sempat bergambar sebagai kenang-kenangan..Perjalanan bermula pulang dan aku bersama peserta lain berpecah kepada 4 kumpulan setelah tiba di Bukit tobat. 1 jam perajlanan dari kem utk tiba dipuncak bukit tobat nih.kumpulan aku seramai 4org dihadapan meninggalkan peserta lain.. aku dan peserta yg kuat stamina terus berjalan meredah onak dan duri dlm hutan tanpa menoleh kebelakang @ berhenti rehat coz nanti lagi kepenatan seperti masa mula2 masuk. Nak tunggu peserta lain tiba sempat lagi aku tertido dan bosan menunggu..huhu.. dalam kul 2.30 ptg tiba dilokasi dan pejabat perhutanan. Group aku amik mase 3jam setengah je nak sampai. 50minit lepas tu group ke-2 sampai. 1jam 20 lepas tuh group ke -3 sampai dan 2jam 10 minit lepas tu group ke-4 pula tiba.


Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan ekspedisi aku jungle tracking, memancing & mendaptkn kelah.Cuma xpuas hati dengan undang2 ditaman Negara Endau nih coz berbeza diTaman Negara Pahang yang mane ikan kelah besar boleh dibawa pulang. Lagi satu tempat disekitar pejabat Endau nih xdijaga @ diselanggara dengan baik untuk dijadikan betul2 tempat pelancongan yg menarik.. Banyak kemudahan2 asas perlu disediakan serta diperbaiki.Line tepon xde kat kawasan sini. Tetapi mase tiba dibukit tobat ade plak line tepon..huhu..

Padhil memaklumkan dia akan mengetuai plak ekpedisi menyelam ke kenyir utk kerja kursus budak UIA nak tahu populasi & bilangan kelah yg tinggal di air terjun kenyir pada bulan nih.. Pertengahan bulan 6 depan dia akan mengetuai & membawa student2 dari IPTA laki & pompuan ke Endau nih.. Dia nak ajak aku teman dia lagi..huhu.. klu nak ikutkan hati mmg slamber je aku nak pergi tapi aku xleh nak janji akan pergi bulan depan coz takut bz ngan keje..erm


Akhir kata,
Peserta2 yg pergi ke Endau nih, mmg ramai yg xaku kenali.. dorang sgt kelakar & berpengalamn dlm memancing..Segala penat lelah dan ekspedisi yg menguji kesabaran mental serta fizikal nih mmg menyeronokkan..

InsyaAllah klu ada masa terluang dan lapang,dimurahkan rezeki serta umur panjang.. Aku akan kesini lagi untuk menikmati udara yang segar,air terjun yang bersih, pemandagn yg cantik, serta flora & fauna yg menarik dan dijaga habitatnya.. amin..


Majulah Taman Negara Warisan Negara..



“Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia.” – (Surah al-Naml, ayat 40)

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:53 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com