Kilauan Mataku

Impian Jadi Kenyataan…

Syukur alhamdulillah segala-galanya menjadi realiti untuk aku mendapat kepuasan jungle tracking, memancing dan makan kelah di Taman Negara Endau Rompin.. Aku meraikan hari pekerja ke Endau Rompin..hehe

Walapun ada gangguan skit pada perancangan asal (2 pagi tiba) yakni kelewatan peserta dari subang jaya (Pai dan wak) tersangkut kat Tol Karak selama 2 jam (12mlm) menyebabkn sampai di Endau Rompin pukul 5.30 pagi hari sabtu..... Padhil (40tahun) selaku penyelam dan org berpengalaman dlm hutan simpan endau nih menjadi pemandu arah kami bersama seorng wakil JBTN perhutanan ( Haji Man).. Mereka dah beratus kali masuk hutan simpan..

Pada asalnya, Padhil(membe den ar) dari tahun lepas ajak aku pergi memancing disana..tapi disebabkn bz n xde mase terluang aku terpaksa menolak pelawaaan dia.. tapi kali nih terpaksa mengalah n aku terima pelawaan dia kerana kegeraman aku tgk kelah2 yg dia dapat disana..

“Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” -
(Surah an-Nahl, ayat 18)


Hari Sabtu

1.00pg- tunggu peserta dari KL & Selayang di Simpang 4 Gambang..

3.00 pg – Peserta dari arah KL tiba di Gambang dan semua peserta terus salin pakaian untuk siap sedia masuk hutan.

5.30 pg – Peserta tiba di Endau dan berkumpul untuk sarapan sebelum masuk bersama2..

6.00 pg – semua peserta dah siapa sedia mulakan perjalanan masuk ke hutan. Rata2 peserta dalam Lingkungan 30an-40an yg menyertai eksepidisi. Aku ar yang paling muda..huhu :P

6.00 – 2.00 ptg – Tempoh Perjalanan yang mengambil masa terlalu lama yg sepatutnya 6 jam coz terdapat ramai peserta yg injured. Perjalanan kami terpaksa meredahi sungai dan 10 anak sungai serta mendaki bukit tobat dengan jarak ketinggian 100m dengan kecondogan bukit 70-80 darjah. Semasa tiba dibukit ini ramai peserta yang putus asa terutama sekali peserta dalam usia 40-an. Masing2 peserta membawa bebanan dalam beg lebih 20kg termasuk makanan. Semasa tiba dipuncak bukit tobat, sejam lebih aku bersama 4 org membe tunggu peserta yg lewat sambil tertidur..huhu..

2.30ptg - Tiba di Kem untuk pasang khemah & beristirehat..

5.00ptg- Khemah siap dipasang & peserta semua keluar mencari kayu api..Semua bahan makanan beras, gula,tepung serta sebagainya kemudahan makanan dikumpulkan dari setiap peserta utk bekalan selama 5 ari.

6.00 ptg – peserta siap sedia memulakan sebagai “test” aktiviti memancing kelah dengan umpan kelapa sawit peram..

Pada hari ini boleh dikatakan banyak ikan kelah serta sebarau peserta dapat dlm lingkugan 500gram shj.

“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)


Hari Ahad

Selepas suboh & sarapan..semua peserta pergi ke air terjun kemampan kat lubuk kawah.. perjalanan mengambil masa selama 2 jam dari kem.. mana2 peserta yg tak larat hanya memancing kat sekitar kem sahaja. Kat sekitar kem di terdapat 3 lubuk kelah yang dipanggil lubuk putus, asam & corner...rata2 peserta berjaya mendapatkn ikan kelah serta sebarau 1-2kg..

Aku & padhil mengetuai mengetuai ekspidisi terjah lubuk2 ikan kelah yg rata2 berpuloh2 lubok ikan kelah ada disini.pendek kata 80% air terjun kat sini dipenuhi ikan kelah yg beratnya lebih dari 3kg secara purata.. antara lubok yg sempat aku & padhil selam & tgk adelah lubok corner,lima,gajah,kawah,asam,putus,akuarium dan air terjun..
Air terjun disini sungguh jernih dan mmg kelihatan ikan2 kelah berenang2 keriangan sambil aku melihat dgn penuh kepuasan dan kegeraman..ahaks..

Aku difahamkan ikan kelah disini boleh dipancing tapi xboleh dimakan & dibawa balik.. ape kebangang punya peraturan dihutan simpan nih..erm..Sambil2 aku mancing kelah sempat jua aku mencari herba tongkat ali disini..huhu :D

Disebabkan terikat ngan peraturan, aku & padil hanya cari sebarau untuk makan tgh ari..
Akhirnya sebarau 2kg berjaya dinaikkan & siap sedia utk dipanggang.. rasanya sungguh enak dan kenyal cam chuigam je..duri ikan nih boleh tahan ar banyak..hehehe..



Hari Isnin

Aktiviti sama dilakukan pade hari ahad yakni pergi ke puncak untuk dapatkan ikan kelah.Boleh dikatakan hari terakhir memancing nih aku & peserta2 lain mendapatkan kepuasan coz berjaya menaikkan ikan kelah seberat 2kg -3kg.. lebih pada sepuloh ikan kelah berjaya dipancing dengan berat lebih pada 30kg..Harga kelah dipasaran rasanya ada RM 1000/kg..Pasal watpe lepas dapat kelah nih aku xnak cerita coz sulit sangat utk pengetahuan umum. Klu nak tau silalah dtg ke Endau Rompin..huhu..



“Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur.



Hari Selasa


Kemas barang & bersihkan tempat perkhemahan.Pada pukul 11 pagi selepas sarapan pagi yakni sebelum bergerak aku dan peserta lain sempat bergambar sebagai kenang-kenangan..Perjalanan bermula pulang dan aku bersama peserta lain berpecah kepada 4 kumpulan setelah tiba di Bukit tobat. 1 jam perajlanan dari kem utk tiba dipuncak bukit tobat nih.kumpulan aku seramai 4org dihadapan meninggalkan peserta lain.. aku dan peserta yg kuat stamina terus berjalan meredah onak dan duri dlm hutan tanpa menoleh kebelakang @ berhenti rehat coz nanti lagi kepenatan seperti masa mula2 masuk. Nak tunggu peserta lain tiba sempat lagi aku tertido dan bosan menunggu..huhu.. dalam kul 2.30 ptg tiba dilokasi dan pejabat perhutanan. Group aku amik mase 3jam setengah je nak sampai. 50minit lepas tu group ke-2 sampai. 1jam 20 lepas tuh group ke -3 sampai dan 2jam 10 minit lepas tu group ke-4 pula tiba.


Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan ekspedisi aku jungle tracking, memancing & mendaptkn kelah.Cuma xpuas hati dengan undang2 ditaman Negara Endau nih coz berbeza diTaman Negara Pahang yang mane ikan kelah besar boleh dibawa pulang. Lagi satu tempat disekitar pejabat Endau nih xdijaga @ diselanggara dengan baik untuk dijadikan betul2 tempat pelancongan yg menarik.. Banyak kemudahan2 asas perlu disediakan serta diperbaiki.Line tepon xde kat kawasan sini. Tetapi mase tiba dibukit tobat ade plak line tepon..huhu..

Padhil memaklumkan dia akan mengetuai plak ekpedisi menyelam ke kenyir utk kerja kursus budak UIA nak tahu populasi & bilangan kelah yg tinggal di air terjun kenyir pada bulan nih.. Pertengahan bulan 6 depan dia akan mengetuai & membawa student2 dari IPTA laki & pompuan ke Endau nih.. Dia nak ajak aku teman dia lagi..huhu.. klu nak ikutkan hati mmg slamber je aku nak pergi tapi aku xleh nak janji akan pergi bulan depan coz takut bz ngan keje..erm


Akhir kata,
Peserta2 yg pergi ke Endau nih, mmg ramai yg xaku kenali.. dorang sgt kelakar & berpengalamn dlm memancing..Segala penat lelah dan ekspedisi yg menguji kesabaran mental serta fizikal nih mmg menyeronokkan..

InsyaAllah klu ada masa terluang dan lapang,dimurahkan rezeki serta umur panjang.. Aku akan kesini lagi untuk menikmati udara yang segar,air terjun yang bersih, pemandagn yg cantik, serta flora & fauna yg menarik dan dijaga habitatnya.. amin..


Majulah Taman Negara Warisan Negara..



“Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia.” – (Surah al-Naml, ayat 40)

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:53 PM,

11 Comments:

At May 5, 2010 at 6:00 PM, Blogger bofoyengfeng said...

tahniah.. keh keh keh...mesti enjoy gila kan? bila la gua nak merasa pegi tempat macam ni...

 
At May 5, 2010 at 6:21 PM, Blogger Amrixxx said...

hehe..trimasss..
yeps.. enjoy tapi xde ar sampai gila..ahaha
bergema je desiran air terjun..peeeerrghhh...
kesejukan & keseronokan menikam kalbu beb..huhu..

ape kate ko g bulan depan kemat..huhu :D

 
At May 5, 2010 at 8:18 PM, Blogger uj said...

fuhhh best la bro...tengok ikan tuh...kalo bakar best r cecah air asam...fresh dr sungai lak tuh...time gi tuh tak de grup lain ke sekali ke? masuk sana adventure tak? ada apa-apa yng aneh n pelik tak terserempak ke terperasan ke?

 
At May 6, 2010 at 8:13 AM, Blogger Amrixxx said...

yeps.. mmg bakar n cecah air asam pun.. pehtu isu plak serbu kari magee dlm perut ikan..huhu :D
ade jugak group lain yg nak wat reserach kat endau nih..
yg aneh tu biasa ar mesti ada tapi wat xtau je..erm..

 
At May 6, 2010 at 9:14 AM, Blogger FARYN said...

ikan masak apa?

 
At May 6, 2010 at 9:48 AM, Blogger Amrixxx said...

ikan masak 3 rasa ade..masak stim ade.. masak tepung..
masak lemak.. semer ade ar..huhu..
tapi bukan aku yg masak.. mmg ade tukang masak membe aku bawak..hehe :D

 
At May 6, 2010 at 10:25 AM, Blogger Anish said...

ADEH!!! jelesnyer guer uwarghhhh!!!!

 
At May 6, 2010 at 10:51 AM, Blogger Amrixxx said...

muahaha...
xde pe nak dijeles nish..
kat cni am sangat seronok n beronok-ronok coz
tempat nih mmg besh utk berkelah mencari kelah..
mandi air terjun kat cni mmg luar biasa ar...hohoho :P

 
At May 6, 2010 at 11:28 PM, Blogger Anish said...

ekekekek tu la paling besh tu erk..bleh men terjun2 muhahahaha mcm bebudak dak am ni iskk

 
At May 7, 2010 at 11:08 AM, Blogger Amrixxx said...

huhu..
nish xrasa lagi keseronokan menikmati Taman negara Endau nih..klu nish pergi kompem jadi kanak2 ribena..hehe :P

 
At March 5, 2014 at 2:03 PM, Blogger zainal said...

Bro bila nk komplot gie sana.lagi..teringin nk joint sama

 

Post a Comment

<< Home

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com