Kilauan Mataku

Wonder Girls V.S. Wonder Baby



Tengah2 syok2 aku men game.. tetiba membe2 soh ngk video nih.. Aku ingat ape yg kelakar.. rupanya tarian dak pompuan cute nih betul2 mengujakan..hohoho..
Patut ar membe2 aku teruja sgt.. pehtu ditambah plak bleh tahan seksi sifunye..huhu.. mmg Hotfm!! ahaks.. :D

posted by Amrixxx @ 5:22 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Di kala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya, lahirlah ke dunia dari keluarga yang sederhana, di kota Mekah, seorang bayi yang kelak membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia. Bayi itu yatim, bapaknya yang bernama Abdullah meninggal 7 bulan sebelum dia lahir. Kehadiran bayi itu disambut oleh datuknya Abdul Muththalib dengan penuh kasih sayang dan kemudian bayi itu dibawanya ke kaki Ka'abah. Di tempat suci inilah bayi itu diberi nama Muhammad, suatu nama yang belum pernah ada sebelum­nya.


Nabi Muhammad saw pembawa rahmat bagi semesta alam

Allah telah mengutus Rasulullah saw membawa rahmat bagi semesta alam, bagi siapa yang mengikutinya akan mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat ..

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

“Dan tidaklah Kami mengutusmu kecuali untuk memberi rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiya:107)

Dan nabi saw sendiri bersabda:

إِنَّمَا بُعثْتُ رَحْمَةً

“Sesungguhnya Aku diutus untuk membawa rahmat”.

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Masa remaja

Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.





Rasulullah kami umatmu..Walau tak pernah melihat wajahmu...
Kami cuba mengingatimu..Dan kami cuba mengamal sunnahmu..

Teladan Rasulullah -
"Orang yang cerdas adalah orang yang bisa mengekang nafsunya dan beramal untuk (bekal) sesudah mati. Sedangkan orang yang lemah (pikiran) adalah orang yang mengikuti kehendak nafsunya dan berangan pada (pemberian) Allah swt." (HR. Turmudzi dan Ahmad)

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:32 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Friendly Futsal SP vs WEbKL..

Aku harap ramai warga SP & WebKL bleh turun & memeriahkan acara futsal nih..
sokongan anda amatlah DIPERLUKAN & DIHARGAI.. bak kate pepatah..
Kecil tapak tangan..lautan Pasifik aku tadahkan..ehehe :p..
dak2 webkl nampaknye begitu semngat nak men futsal dibawah naungan pengurus En.payid.. xaci tul..ahaks...

Futsal SP akan berlangsung...

Tempat :- Sport Planet Ampang
Tarikh :- 26/02/10
hari:- Jumaat ini..
Waktu :- Pukul 6ptg..Court no. 4..
Bayaran :- Free..Aku banjer....hehe



Harapan aku..harap futsal nih dapat diadakan dengan jayanya walaupun aku xberapa sihat..erm.. sihat xsihat bukan alasan aku xmen futsal coz menurut sejarah silam.. aku demam pun aku turun masuk tournement ekeke.. mau kaki xseliuh..huhu

Semestinya aku akan bermain utk team SP nanti…
Aku harap membe2 kat webkl xterasa & kecik ati erk coz SP terlebih dulu menyintaiku sebelum webkl..hehe.. Oleh itu dengarkanlah lagu nih..




Sukarnya ku nyatakan
Perasaan padamu (WebKL )
Yang semakin menebal
Bersemi di kalbuku

Sungguhpun demikian
Terpaksa ku terima
Hakikat yang sebenarnya
Diri ini sebenarnya dicintai

( korus )
Beratnya hati ini untuk melepaskanmu (WebKL )
Sudah pasti kau luka
Dan andai ku pilihmu jadi kekasihku (WebKL )
Bagaimana dengan dia (Speedfinger )
yang terdahulu menyintaiku

Kiniku bersendiri
Dari menyinta keduanya
Tak mungkinkan terjadi
Dua jiwa satu hati
Lagu nih feveret aku suatu tika dulu mase hensem remaja…ahaha :P .. terperangkap dlm keadaan.. soh nak men futsal nih pun same ar jugak..ekeke




MrPayid kalau monang aku lantik kau jd mod webkl... kau dlete je posting gualabeb suka2 ati pasni..wakakakakaka..

Terlanjur payid citer pasal gualabeb di WebKL.. ingin disini aku ceritakan pengalamn menarik berdebat ngan gualabeb diarena politik… Kesian ar plak bila aku fikirkan berdebat ngan diorang..huhu..Sebagai manusia biasa.. Sememnganya aku hormati diorang dan ape yang aku tentang adelah idealogi diorang je..erm..

Aku(Am), Eiki,keri, Payid, Khairulalias, Rusdi1981, Pedangjamas, Parang Terbang, Badak (PR) VS Gualebeb, Sundays,dinroz,tamok,lotto,remy.. (BN)

Gualabeb selaku ketua paling lantang bersuara akhirnya tumbang dicelah ketiak aku…huhu.. pelbagai helah & umpan nak kenakan aku.. tp disebabkan kelicikan aku mengunakan pelbagai aura2 dalam bertembur, lawak & politik..akhirnya.. berjaya mematahkan hujah dia.. ekeke.


Melabel Penganut Pas, Memfitnah Anwar ibrahim & byk lagi tuduhan melulu semata2 nak raih undi.. Cabaran yg aku xleh terima & masuk akal adelah cabaran dia(gualabeb) soh aku berbogel kat KLCC klu betul bil api umah omak dia kat nogori sembilan bawah RM20..huhu…giler tul mamat nih..ahaha.. Kelakar tul pun ade..tp …boleh plak vin & mas sokong je...ampeshh.. xsenonoh tul korang..ahaks...

Sememgnye aku percaya coz mak dia duk sorang kan.. klu duk family xmungkin xlebih Rm20.00.. ye ar mase aku tadika.. aku teman tidor kat umah arwah nenek aku pun dlm RM 10 je..erm.. org tua.. nak wat aktiviti ape sangat kan..ahaks..
So, klu dia sendiri bleh jimat..xpe ar jugak kan..erm..

Bila dia xde boring ar plak aku nak politik kat webkl..ahaks…nak debat ngan Sunday pun.. dia cam dah sporting skit.. xkecoh cam dulu..erm..
Ape pun..byk tul gelaran popular yg lekat pade gualabeb klu dia xmasuk webkl..huhu..
Yg paling kelakar..aku siap wat lagu can ma li can utk dia..ahaks.. jaat gak aku nih rupanya..huhu.. astagfirullah a’azim.. lagu tuh camni je..

Dimana dia..
Anak kambing gua(labeb)
Anak kambing gua (labeb)
Ade dalam gua..

Can mali can hoi hoi..huhu.. :P

Labels:

posted by Amrixxx @ 3:28 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Harga Remaja

Berpakah sebenarnya harga remaja
Yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
dipinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kau penuhi
Piala remajamu
Adakah duka kesangsian
Dari cinta murah
Atau madu ajaran
Dari ilmu susah?

Remaja amat mahal
Sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian,keberanian dan ilmu

Penuhilah remajamu
Dengan ketentuan tuju.

satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Dua kaki seorang hamba itu akan tetap (berada di padang masyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang amalannya, apakah diamalkan dengannya."

Di antara keempat-empat soalan tersebut, ada satu soalan yang Allah SWT akan tujukan kepada setiap manusia semasa berada di padang masyar berkaitan dengan usia muda. Mereka akan disoal bagaimana mereka menghabiskan masa muda mereka, adakah untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Di dalam al-Quranul Karim, Allah SWT mengambarkan kisah satu golongan pemuda yang berani mempertahankan aqidah dan agama mereka walaupun di hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata; 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami
(mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran."

Labels:

posted by Amrixxx @ 6:09 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Niat Ketika Berwuduk

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Antaranya adalah yg berkaitan dengan WUDUK... iaitu antara rutin yg mesti dilakukan samada utk menunaikan solat, membaca Al-Quran dan sebagainya... Ketika berwuduk, sebaik2nya cubalah didik hati supaya dapat niatkan sesuatu spt berikut :

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ku ini."
Penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar seumpama matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat ..

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasan :Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Labels:

posted by Amrixxx @ 5:26 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Orang Berakal



Orang Berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa yang mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah kalannya ia tersunjam.

Telek pandagan dengan makrifat,
Sangatlah Mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang Jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.

Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja.
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,’
suka mentelaah tiadalah jemu,’
Mencari kupasan jangan tersemu

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:28 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Hukum mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ orang bukan Islam

Pendapat yang mengharamkan

Antara ulama yang mengharamkannya ialah Sheikh Muhammad Saleh al-Munajjid, salah seorang ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat perbuatan mengucapkan selamat pada hari-hari kebesaran orang bukan Islam adalah bertentangan dengan asas-asas akidah Islam. Beliau berhujah, hari perayaan agama kaum lain pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia termasuk dalam golongan mereka ” (Sahih riwayat Abu Daud).

Selain itu, dalam satu kaedah, di mana para ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu redha kepada kekufuran adalah kufur. Justeru mengucapkan selamat Hari Raya kepada orang bukan Islam termasuk rela terhadap kekufuran mereka. Keadaannya sama seperti kita merelai dosa-dosa besar seperti zina, minum arak dan sebagainya.

Pendapat yang mengharuskan


Manakala seorang ulama terkenal Islam merangkap Mufti kerajaan Qatar , Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi berpendapat hukum mengucapkan selamat Hari Raya kepada orang bukan Islam seperti Hari Krismas adalah harus, jika mereka memulakan ucapan selamat Hari Raya kepada kita.

Al-Qardhawi berpendapat, Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Mumthanah ayat 8,

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu ; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil".

Pendapat beliau ini disokong oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, dengan fatwa yang dikeluarkan seperti berikut,

Sesungguhnya mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari perayaan mereka merupakan lebih daripada kewajipan jika mereka mengucapkan selamat pada hari perayaan Islam. Hujahnya ialah kerana kita diperintahkan membalas perlakuan baik dengan perlakuan yang serupa dan membalas ucapan selamat dengan ucapan yang sama baiknya. Allah SWT berfirman,

Apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah menghitungkan segala sesuatu. (Surah An-Nisaa’ : 86)

Oleh yang demikian, tidak ada suatu pun yang menghalang orang Islam daripada mengucapkan ‘selamat’ kepada orang bukan Islam baik secara lisan mahupun tulisan seperti menghantar kad dengan syarat kad yang dihantar tidak mempunyai lambang atau kata-kata agama yang bertentangan dengan prinsip akidah Islam.

Kesimpulan


Sebagai kesimpulan, Prof. Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor memilih jalan yang lebih sederhana dalam isu ini. Katanya, adalah jelas haram bagi umat Islam menyertai Hari raya kaum bukan Islam seperti memasang lampu warna-warni di sekeliling rumah, menghias rumah dengan pokok krismas, menyertai perarakan Thaipusam dan lain-lain kerana amalan ini ada hubung kait dengan akidah. Begitu juga adalah haram bagi umat Islam jika mengucapkan selamat Hari Raya kepada orang bukan Islam pada hari-hari kebesaran agama mereka jika ianya bermaksud untuk sama-sama berhari raya dengan mereka, merelai kekufuran mereka dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama (mereka).

Dalam keadaan masyarkat majmuk m'sia sekarang mengucapkan selamat pade mereka mungkin tidak dan mungkin ya melibatkan soal akidah.. pada aku cukup ar mengucap tanda menghormati kerana kita berpegang agama kita & mereka kufur dengan agama mereka.. ape yg penting mendoakan & berdakwah pd mereka dapat hidayah bukan meraikan bersama-sama mereka..wallahualam..

Labels:

posted by Amrixxx @ 9:03 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Jawab tag from sya...

Disebabkan aku byk mase terluang..so, aku jawab ar erk..ekeke :P


1. Adakah anda rasa anda HOT???

ermm..InsyaAllah... :P


2. upload gambar kegemaran anda

nantilah..ahaks..


3. cerita pasal gambar

ditto..


4. bila kali terakhir anda makan pizza

minggu lepas..


5. lagu terakhir anda dengar
SAMUDERA - Silaturahim


6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
wat kije ar..ahaks..


7. selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
erm.. arwah nenek suka panggil kancil coz kebijaksanaan aku mengelak dari sesuatu hal yg xelok..ahaks.. :P


8. tag lagi 8 orang
apsal byk sgt.. membe2 aku xde blog ar.. ahaks.. :D


9. siapakah orang no.1 kepada anda
satu misteri..


10. kata sesuatu mengenai orang no. 5
klu dah xde nak kate ape kan..huhu :P


11. no. 3 ada hubungan ngan siapa
dengan sape2 saje..ahaks..


12. bagaimana pula dengan no. 4
hubungan sesama islam


13. pesanan kepada orang no. 6
nak pesan g kedai tapau makanan bleh..ahaks..


14. kata-kata cinta tok no. 2
Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya..
Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya"..


15. adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?
misteri lagi..


16. berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda
seorang ibu & isteri org..huhu
seorang yg happy go lucky..
seorang yg cute..
seorang yg sensitif,kreatif & inovatif..
seorg user SP(speedfinger)..


17. persamaan antara kambing ngan lembu?
bleh dijadikan daging korban dan Aqiqah..


18. perasaan anda buat tag ini
rasa cam jawab soalan UPSR..huhu :P


19. adakah anda tahu si razman itu sengal?
ntah ar.. mungkin ye kot..ahaks..


20. GAY or LESS??
mestilah less..huhu


Tatkala aku bersiar-siar dihalaman taman petang tadi.. kelihatan dimataku dari jarak 500m seorang budak berusia 3 tahun berlari-lari ditengah jalan utama kg tanpa menghiraukan kereta lalu-lalang.. astagfirullah a'azim.. Dalam hatiku bersuara.. anak sape ar nih dibiarkan lepas camtu saje.. terus aku berlari dari jauh menuju budak nih yg berada betul2 tgh jalan disaat kerete bertubi2 memberi hon & nyaris2 kena langgar..

Alhamdulillah..aku berjaya selamtkan budak nih sambil dukong & bawak kat tepi jalan.. aku tanye budak nih umah kat ne.. dia diam sambil senyum je..erm.. sib baik ade kereta jiran sebelah rumah budak nih yg kebetulan lalu & amik bawak balik tanpa aku curiga.. dia ckp dia kenal budak nih & mmg budak nih nakal skit..so, aku serahkan kan je agar diawasi sebaik-baiknye..erm..

Labels:

posted by Amrixxx @ 9:19 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Pacaran (Haram) Vs Taaruf (Halal)

Sengaja aku bangkitkan istilah Pacaran @ couple nih coz dah jadi macam satu adat bagi masyarakat melayu khususnya gologan muda remaja xkira dibangku sekolah, Universiti, Kolej dan bekerjaya.. Mereka beranggapan dengan berpacaran lantas bercinta nih mendatangkan seribu kenagan manis,keseronokan dan seribu kenikmatan dalam hidup.. Apakah mereka tidak sedar sebenarnya mereka telah mengumpulkn seribu dosa? kecelakaan pada diri ? kemurkaan Allah & telah kufur nikmat? astagfirullah a'zim..

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya.” (QS. An Nuur : 30 – 31)





Shalatullah Salamullah
Ala Thaha Rasulillah
Shalatullah Salamullah
Ala Yasin Habibillah
Tawasalna Bibismillah
Wa Bilhadi Rasulillah
Wa Kulli Mujahidin Lillah
Bi Ahli Badri
Ya Allah

Daripada Kita Pacaran
Lebih Baik Kita Shalawatan
Daripada Kita Berduaan
Nanti Bakal Di Hasut Setan

Awas Jangan Dekat-dekatan
Kitakan Belum Ada Ikatan
Daripada Dekat-dekatan
Mending Kita Shalawatan

Bukan aku Tak Suka Padamu
Bukan aku Tak Mau Denganmu
Tapi aku Mau Liat Dulu
Setebal Apa Imanmu

Sudahlah Engkau Lupakan
Anggap Saja Kita Ta’arufan
Sudahlah Jangan Kau Pikirkan
Mending Kita Shalawatan


Hukum Pacaran dalam Islam?

Jawaban:
Pacaran dilarang dan diharamkan dalam Islam. Cukuplah firman-firman Allah berikut ini yang menunjukkan akan keharamannya:

1. “Dan janganlah kalian mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi.” [Al-An'aam:151]
2. “Dan janganlah kalian mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” [Al-Israa`:32]
3. “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” [An-Nuur:30]
4. “Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” [An-Nuur:31]

Pacaran mengantarkan kepada perzinahan dan perbuatan keji lainnya. Perhatikanlah wahai orang-orang yang berakal! Wallahu A’lam.

Sumber: Buletin Al-Wala’ Wal-Bara’ edisi ke-33 Tahun ke-3 / 22 Juli 2005 M / 15 Jumadits Tsani 1426 H


rujukan lain :-
http://antosalafy.wordpress.com/2008/05/14/kenalan-syar%E2%80%99i-solusi-pengganti-pacaran/

http://pacaranislamikenapa.wordpress.com/2009/03/01/taaruf-pranikah-didalam-al-quran/#more-137

http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&th=1284767&start=0&

posted by Amrixxx @ 3:59 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

1 2 3 Terjun…Wooohooo…

Beberapa bulan yg lepas aku bersama-sama senior engineer (Hj. Wan Ismail,50) & 2 org site supervisor (En. Rushyaidi, 40 & En. Kamarulzaman ,65) pergi ke Air terjun Menderu sejauh 10 kilometer dari tapak projek selepas wat site visit…. Huhu…

Udara yang nyaman.. Air terjun yang jernih..Pemandangan yang memukau…
Itulah Air Terjun Menderu yang mempunyai kedalamn air 2 meter...Amat sesuai utk berkelah...


Video nih baru siap edit beberapa ari lepas..Sengaja aku blurkan video nih..huhu

Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa .Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih.

Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!).

Labels:

posted by Amrixxx @ 5:27 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com