Kilauan Mataku

Merdeka!! Merdeka 52 Tahun



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka..

31 Ogos
Artist: Sudirman
_______________________

Nyanyian merdeka oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad terus dilaungkan setiap kali merdeka..
Manakala Sambutan merdeka oleh berbilang kaum & agama diraikan dengan penuh GAH dimana melambangkn M'sia telah bebas dari cengkaman barat..
Dan untuk sekian kalinya.. Malaysia telah merdeka utk kali ke-52 tahun ini..
Pengaruh2 barat terus meresap masuk kedalam pemikiran2 & didada2 rakyat M'sia..

Maju M'sia kini hanya dari segi pembangunan tapi mundur dari segi Akhlak & Sosial..
Permusuhan pemimpin merebut kuasa diperingkat tertinggi terus bermaharajalela hingga mengabaikan nasib & keperluan rakyat dinegara ini...
yang kaya terus menerus mewah meratah wang rakyat..yang miskin terus menerus lara dibawah terik mentari..

Aku ingin mendoakan Agar Allah Swt Yang Maha Pengasih & Maha Penyanyang Pada Hambanya agar memberi rahmat & Hidayah pade semua pemimpin Di M'sia agar keluar dari kepompong Ketahyulan.. ahaks..

Labels:

posted by Amrixxx @ 6:20 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Malam Lailatul Qadr

Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".

Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.

Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

* Menghayati malam tersebut dengan ibadah
* Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
* Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

* Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
* Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
* Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
* Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

Labels:

posted by Amrixxx @ 2:11 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Award

1) Copy award dan pastekan di blog..
Award ni sebenarnya telah dirompak oleh Dak Anish, Dzul n Mar semasa beta tengah beradu di bawah cahaya rembulan..uhuhu ..





2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini, aku nak wat utk 3 org..tp rasanya cukup ar yg terpilih je.. coz nanti bias plak.. uhuhu :p
Dak Dzul :-

• - Dak John aka Dzul ni aku kenal dekat Sp gak..
• - Seorang yg licik dimana suka bertahyul tahap ayah pin… ayah pin xde kat opis dia ketua.. uhuhu

Dak Chummy aka Mar:-
• - Mar ni mmg pot pet2 orgnye.. kalau jumpe lan pet2 kira seteru ar 2..ahaha
• lagi satu suka senyum xbertempat.. atau pendek kate .. wat lawak sendiri.. dia gelak sendiri.. hua hua hua..


3) Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri (hrmm.. xcukup 9 nih.. ahaks)

• - Fakta: Nak kate hensem, ngak jugak..ngk kate macho, ngak jugak dong.. tapi manish ade.. uhuhu :P..
• - Hobi : suka men air laut dan sungai.. uhuhu.. WOOOWWW!!
• - Fakta: Keje Bidang Construction
• - Hobi : suka ambil bahagian wat keje amal..
• - Fakta: Pemalu dan pendiam.. lebih sukakan kritikan dari pujian..
• - Hobi : Jogging, Men Futsal & Badminton ..
• - Fakta: Daya firasat yang tinggi
• Hobi : Suka wat lawak & mengusik membe2.. huhuhu
• - Fakta: Suker memaafkan org dan meminta maaf ..

4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:

ape?? 10 org!! disebabkan semua dah dapat … jadi biar aku yang pegang piala pusingan nih!! Uhuhu…

5) Soalan seterusnya.

1) Nama timangan anda?
• - K, Khai, Khairul, Am, Amri, Ambi…Ri

2) Anda Seorang Yang?
• - Sporting..

3) Insan Yang Teristimewa?
• - yang ade dalam hati..uhuhu

4) Lagu Kesukaan?
• - Sudirman – 31 Ogos

5) Makanan Kesukaan Anda?
• Masakan kampung & Seafood.


6) Sikap Yang Membuat Anda Stress?
• Bila tije banyak sgt xde mase nak bersukan..
• Bile nak shoot men futsal xgol..uhuhu


7) Warna Kesukaan Anda?
• Putih,Oren, Hijau & Biru

8) Benda yang mesti ada dalam beg?
• Beg mane nih erk.. beg sekolah buku2 teks & alat tulis ar..uhuhu

9) Kali terakhir anda menangis?
• Hrmm..xingat ar plak.. ahaks..

Labels:

posted by Amrixxx @ 3:19 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Lawatan Tapak Projek di Langkawi

Pada 3-6 Jun 2009 yang lalu satu lawatan tapak projek ke Langkawi telah diadakan oleh bahagian QS JKR LPT2.. Aku dtelah dipelawa untuk menyertai rombongan cik kiah dengan kecik tapak tangan langkawi aku tadahkan..uhuuhu..

Perjalanan dari KT ke Jeti Kuala perlis memakan masa 10 jam..perghh.. berasap punggung & meloyakan aku duduk dalam bas 2 lame2..ahaks.. Setelah sampai kami tido kat hotel semalaman & keesokan paginya baru bertolak naik jeti ke langkawi..
lebih kurang 45 minit untuk sampai ke sana..
Setelah tiba disana kami terus pergi melawat tapak Projek JKR Langkawi& Projek Lada menaiki bas yg telah ditempah khas..perancangan melawat tapak adalah seperti asal & dengan jayanya dilaksanakan mengikut jadual..setelah hampir 2 jam berada ditapak, kami pun bergegas ke Hotel Baron untuk bermalam di pulau langkawi ini selama 2 hari..

Masa yang begitu singkat membuat aku & org lain teruja untuk tidak mahu pulang..uhuhu.. Melihat pada Peta pulau langkawi terdapat 99 pulau disini & tidak banyak tempat yg kami lawati kerana kesuntukkan masa..

Tempat2 bersejarah yg sempat kami lawati seperti Galeri Perdana yg banyak menceritakan pasal Dr Mahathir.. Makam Mahsuri, Beras terbakar, kilang minyak gamat & beberapa tempat utama disekitar langkawi... ngeeh..

Perasaan Pahlawan begitu membuak melihat kesan2 sejarah dimana langkawi pernah dijajah oleh siam..sebagai penutup tirai.. aku mmg xpuas berada disana & InsyaAllah klu ade umur yang panjang & murah rezeki akan ku jejaki kesana 99 kali lagi..ahaks..

Labels:

posted by Amrixxx @ 10:32 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Bala Tentera Iblis Dirantai Ketika Bulan Ramadhan

Rasulullah SAW telah menyoal Iblis tentang puasa, Sabda Rasulullah Saw: "Wahai Iblis! Apabila umatku berpuasa dengan nama Allah, Apakah rasa engkau?." Berkata Iblis:" Ya Nabi Allah, inilah satu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba, kerana apabila masuknya bulan Ramadhan, maka akan memancarlah cahaya dari Arasy dan kursi dan semua Malaikat akan menyambut dengan kesukaan. Bagi mereka yang berpuasa akan mendapat sebesar-besar Kurnia Allah SWT dan Allah SWT akan mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar dan tidak ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa.

Yang menghancurkan lagi hati hamba adalah segala isi langit,bulan,bintang,
malaikat, burung-burung,ikan-ikan di laut dan ikan-ikan di air tawar,juga tiap-tiap yang bernyawa diatas muka bumi ini semuanya akan mendoakan siang dan malam meminta ampun bagi orang yang berpuasa...

Satu lagi ketinggian dan kemuliaan bagi orang yang berpuasa ialah dimerdekakan oleh Allah SWT tiap-tiap hari dalam bulan Ramdhan seribu kemerdekaan dari azab neraka dan ditutup segala pintu neraka serta dibukakan semua pintu syurga yang lapan. Dan bertiupnya angin yang dibawah Arasy yang bernama angin "Syirah".


Angin yang sangat lembut melaui ke dalam syurga, maka pada hari bermulanya umat tuan hamba berpuasa itu, akan datang malaikat dengan garangnya dan tegas lakunya menangkap hamba dengan perintah Allah SWT beserta dengan segala bala tentera hamba yang terdiri dari jin, syaitan & ifrit, lalu dipasang kaki dan tangan dengan besi panas serta dirantai hamba sekalian dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam dengan beberapa azab sengsara, maka hamba terpaksa menunggu sehingga selesai umat tuan hamba dari berpuasa dan selepas itulah baharu hamba dilepaskan supaya hamba tidak mengacau mereka itu dan umat tuan hamba sendiri telah merasa kesenangan berpuasa.


Sebagaimana mereka bekerja untuk makan sahur waktu tengah malam seorang diri tanpa takut seperti malam-malam yang lain".

Labels:

posted by Amrixxx @ 8:01 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua..

___________________
ramadhan kian menjelma...
kini aku berpose lagi dirantauan seperti tahun2 yg sudah..
dimana bumi dipijak disitulah langit dijungjung..ngeeh..

Labels:

posted by Amrixxx @ 6:47 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Trip To Kenyir Lake - Samudera Kenyir 2009!!



Trip memancing di Tasik Kenyir pada 23/04/09 hingga 25/04/09 yang lalu memberi seribu kenangan indah yang bermakna wat aku bersama rakan2.

Bertolak dari Kerteh seawal jam 7.00 pagi berkonvoi ke Jeti Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir yang mengambil masa perjalanan selama hampir 2 jam. Semua bahan - bahan mentah untuk memasak dibawa bersama termasuklah sayur, ayam,air mineral, maggi, biskut dan sebagainya. Peralatan untuk memasak seperti kuali, periuk, pinggan dan sebagainya disediakan oleh pihak jurumudi bot.

Setelah sampai di Jeti Pengkalan Gawi, aku & membe2 berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di dalam bot yang diberi nama JENAGOR 1 itu. Kami bernasib baik kerana tilam & bantal yang disediakan masih baru serta susun atur barang - barang kelengkapan bot yang baik membuatkan para pemancing tidak sabar untuk memulakan perjalanan ke Taman Negara Tasik Kenyir.

Perjalanan ke Taman Negara Tasik Kenyir mengambil masa selama hampir 5 jam. Disepanjang perjalanan kami tidak melepaskan peluang menghirup udara yang segar disepanjang perjalanan. Telihat juga kelibat spesis burung unik dan unggas yang berterbangan menggamit pandangan kami. Setelah kenyang, para pemancing masing - masing melabuhkan diri berehat dengan tilam & bantal yang empuk sebelum aktiviti sebenar bermula.

Kami tiba di Taman Negara pada jam 4.00 petang. Dengan suasana yang tenang dan aman, kami teruja melihat kelibat ikan kelah dan lampam sebesar lengan yang membuatkan para pemancing tidak sabar untuk memulakan aktiviti memancing.

Aktiviti memancing berjalan lancar sehingga malam dan ada juga pemancing tegar yang memancing hingga lewat pagi.Masing - masing gembira memperoleh hasil tangkapan walaupun baru beberapa jam tiba di Taman Negara Tasik Kenyir.

Pada hari kedua, para pemancing dibawa menyusuri sungai dengan berjalan kaki dan airnya sungguh sejuk sehingga terasa hingga ke tulang. Jurumudi bot membawa ke tempat yang dipanggil LUBUK yang sememangnya menjadi rezeki kami untuk dibawa pulang ke bot sebagai santapan tengah hari. Keperitan bahang mentari tidak menjadi masalah kepada pemancing yang sabar menunggu umpan disambar sang kelah dan lampam.



Sehingga hari terakhir iaitu hari yang ketiga, hasil tangkapan bertambah berkali-kali ganda dan masing - masing seronok dengan ikan yang diperolah termasuklah ikan lampam,ikan kelah, ikan sebarau dan yang paling menarik, Ikan Belida.

Sebelum berangkat pulang ke jeti, kami tidak melepaskan peluang bemandi manda di Air Terjun Lasir yang kami rasakan air terjun yang paling menarik berbanding Air Terjun Tembat. Dengan air yang agak dalam serta kejernihan air terjunnya, siapa yang terlihat pasti teruja dan tidak melepaskan peluang membasahi badan dengan kesejukan airnya.




Setelah 2 jam masa diberikan untuk bermandi manda, perjalanan diteruskan dan 3 jam lagi masa diperlukan untuk tiba di jeti. Sampai sahaja di jeti, barang - barang dapur dan persendirian terus dibawa naik ke jeti dan sebagai buah tangan untuk kenang - kenangan, beberapa gambar kumpulan di ambil untuk disimpan sebagai antara memori indah.




Aku harap semoga trip akan datang dianjurkan dengan lebih menarik lagi diselitkan juga dengan aktiviti yang lebih mencabar dan mengujakan...ahaks..

Labels:

posted by Amrixxx @ 8:02 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Taklimat SPRM 2009



Pada 06/01/2009 yang lalu di Pejabat JKR LPT2 telah diadakan taklimat ringkas mengenai SPRM yang baru ditubuhkan mengantikan BPR...
Penceramah dari bekas hakim /Peguam Negeri Terangganu klu xsilap..
ntah sape name dia..lupa ar plak..ngee..(Mohd yassin B. Jusoh)..

Pengalaman yang aku xleh lupakan mase nie adalah
tetiba je dia soh aku bantu dia tekan slide..
dalam ramai2 org aku gak dia cari.. kenal pun x..ahaks..
aku dgn bangga nye pergi ar duk depan komputer & wat mcm biasa je...

selama 2 jam ceramah diberikan & penekanan dikhususkan supaya kitorang masing2 tidak melakukan kesilapan @ menerima suapan dari pihak luar @ kontraktor..
setelah je selesai & tamat taklimat diberikan...
kitorang semua bersurai g lunch & aku dengn slamber kuar ke toile nak basuh muka coz nantok...ahaks..



semasa sesi makan beramai2...
tetiba ramai je datuk2,datin2, bos2, pakcik2 & makcik2 tanye aku pasal
"intergriti SPRM kat aku".. aku senyum & wat xtau coz pehal tetiba tanye aku nih..

seminggu lepas taklimat nih.. membe2 aku bagitau ramai org sangka aku "Peguam" & pembantu kepada Penceramah ni tempoh hari.. ape lagi aku tersenyum malu je ar sepanjang jumpe orang2 yg menganggap aku sedemikian..ahahaha.. :P

update 13/08/09
p/s- 2 bulan lepas aku g taklimat aku plak kena present kat dak2 opis..ekeke
bos suroh..ngeeh.. kesimpulan utama nak elak rasuah adelah
"Jangan Banyak Budibicara".. ahaks..

Labels:

posted by Amrixxx @ 12:00 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Selamat Pengantin Baru Abangku


Pertama-tama sekali aku ucapkan tahniah wat abangku yg dah selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat malam Bersamaan 07/08/09 di rumah pengantin pompuan dgn sekali lafaz..ahaks.. dengan penuh yakin & siap bleh suka2 g..ngee
peristiwa kelakarnye abang aku xabis lafaz g semua saksi kata sah termasuk pakcik2 aku & yang lain2 menyibuk..wahaha :P

Kenduri umah pompaun 08/08/09 yakni semalam & kenduri umah aku pade 16/08/09 minggu depan.. PM aku ar klu ade sape2 nak datang ke..ohoho :P

Act, aku respek kat kak ipar aku coz seorang yg tabah & cekal dalam hidup..
dia & adik lakinya adelah anak yatim piatu coz kehilangan kedua orang tua sejak kecil & dijaga oleh neneknya yang tershayang..
ape yang pasti dia tua 2 @ 3 tahun dari abg aku..ahaks..
ye ar .. setiap org mesti mau kahwin ade org tua tp dia aku tgk steady je & xpk bebukan..ahaks..kekadang aku rase sedih pun ade..


Aku juga syukur ke hadrat Ilahi coz abg aku xde ape2 selepas eksiden sikit dilanggar kete seminggu sebelum akad nikah ni.. ye ar klu dah jodoh xkemana..ahaks..

Mula2 riso jugak coz xnak jadi cam anak buah aku @ membe adik aku. yg tinggal seminggu dua nak kawin arwah coz eksiden ketika pulang dari kerja ke rumah..dah ar anak tunggal.. yang menyedihkan mak & tunang dia menangis kat kubor selama bebrapa hari xnak balik selepas pengebumian walaupun ditegah org2 kampung..
suratan takdir tetap suratan... Subhanallah..

Gambo abg aku xsiap lagi.. nanti klu dah siap & ade mase aku attach... ahaks..

Labels:

posted by Amrixxx @ 2:54 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Mutiara Kata




Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan· Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan · Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal· Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun · Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan· Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan· Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun· Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan· Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian

Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran· Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain· Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya· Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran· Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat· Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat· Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan· Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh· Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup· Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya· Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.· Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu· Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu· Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat· Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi· Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira

Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup· Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil· Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan

Labels:

posted by Amrixxx @ 12:01 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

MENGHANTAR BELANJA DAN AKAD NIKAH

Mengikut adat resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang, menghantar belanja selalu dijalankan bersama dengan akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan. Di antara barang-barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.

• Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin tersebut terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.

• Sebentuk cincin permata berbatu intan atau ber1ian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.

• 2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.

• Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.

• Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.

• Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.

• Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.

Semua barang tersebut akan dibawa setiap satunya oleh seorang pemuda dan diarak daripada rumah mempelai itu ke rumah pengantin perempuan bersama-sama dengan mempelai yang sudah siap berpakaian lengkap Melayu asli atau pakaian haji iaitu berserban dan berjubah bagi memulakan upacara Majlis Akad Nikah. Mempelai dan rombongannya akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dan mereka akan terus dibawa naik ke rumah. Semua barang hantaran akan diatur, biasanya di hadapan pelamin. Pelamin ialah suatu ruang yang telah disiapkan biasanya seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan ia merupakan tempat di mana kedua-dua pengantin akan bersanding di hadapan semua tetamu.

Sebelum akad nikah dijalankan, wang belanja, sama ada dengan mas kahwinnya sekali atau tidak dan barang-barang hantaran, seperti cincin akan dihitung dan diperiksa oleh tuan kadi bersama dua orang yang dilantik sebagai saksinya bagi mewakili pihak perempuan. Sekiranya ia bukan majlis akad, bererti tuan kadi tidak hadir sama di majlis tersebut, wang dan barang-barang yang dihantar akan diterima oleh seorang wakil dari pihak perempuan beserta dua orang saksi yang dipilih dari kalangan tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Setelah selesai adat penerimaan kesemua wang dan barang-barang tersebut, tepak sirih, talam bunga rampai dan perenjis air mawar akan ditinggalkan di ruang tamu, manakala barang-barang hantaran yang lain akan dibawa masuk ke dalam bilik pengantin. Mempelai kemudiannya akan diminta duduk di atas sebidang tikar sila khas yang dihias indah untuk upacara akad. Tuan kadi akan memulakan majlis dengan mendaftarkan nama mempelai itu terlebih dahulu, diikuti dengan menyatakan dan menyemak segala syarat-syarat yang dikehendaki dan akhir sekali membaca khutbah nikah dalam bahasa Arab. Setelah selesai khutbah nikah itu dibacakan, maka tuan kadi akan memanggil dua orang yang telah dipilih sebagai saksi di dalam buku daftar nikah untuk duduk berhampiran dengan mempelai. Tujuan saksi dipanggil adalah untk mendengar dan menyaksikan pengakuan lafaz nikah daripada tuan kadi kepada mempelai. Lafaz tersebut perlulah dibalas dalam satu nafas serentak dengan penyudah sebutan lafaz nikahnya apabila tangan mempelai itu digoncang oleh tuan kadi.

Tuan kadi akan memegang tangan kanan mempelai itu dengan tangan kanannya, atau lebih mudah lagi dikatakan berjabat tangan kanan, lalu dimulakan akad dengan melafazkan kata seperti berikut: "Hai polan bin polan, aku nikahkan dikau dengan polan binti polan, yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwin sebanyak $.... (tunai atau hutang) dan belanjanya sebanyak $....”. Sebaik sahaja perkatan yang akhir itu habis dilafazkan, tuan kadi akan menggoncang tangan mempelai tersebut dan dengan serta-merta pada saat tersebut mempelai dikehendaki menjawab dalam satu nafas dengan terang, jelas dan betul serta boleh didengar oleh tuan kadi dan kedua-dua saksi. Jawapan lafaznya adalah seperti berikut : "Aku terima nikahnya polan binti polan dengan mas kahwin sebanyak $.....(tunai/hutang)”. Sekiranya mempelai tersebut menjawab dengan lambat, teragak-agak atau tidak terang, maka tuan kadi akan mengulangi sekali atau beberapa kali lagi lafaz akad tersebut sehingga dia dan kedua-dua saksinya berpuas hati dengan jawapan mempelai itu.

Setelah selesai, doa akan dibacakan oleh tuan kadi. Mempelai kemudiannya akan bangun bersalam-salaman bermula dengan tuan kadi, kemudian bapa rnertuanya, dan akhir sekali dengan tetamu yang hadir sebelum diarak pulang ke rumahnya. Bunga rampai dan sirih pinang yang dibawa oleh mempelai akan dibahagikan kepada tetamu yang hadir selepas jamuan diadakan manakala bekas-bekas kuih dan juadah serta buah-buahan yang diterima dari pihak lelaki akan dibalas oleh pihak perempuan dengan balasan yang berpatutan dan akan dibawa pulang oleh pihak lelaki ke rumah mempelai. Setelah mempelai berarak pulang, jamuan akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Biasanya di majlis akad nikah, kenduri secara besar-besaran tidak diadakan. Pihak pengantin perempuan hanya mengadakan jamuan kuih-muih atau nasi tetapi jenis dan bilangan lauk-pauknya tidaklah sebanyak lauk-pauk sewaktu kenduri bersanding. Ini kerana biasanya majlis akad tidak dihadiri oleh ramai tetamu luar, melainkan saudara-mara dan ahli keluarga.

Labels:

posted by Amrixxx @ 8:20 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Pakar Bola Sepak Gaya Bebas



Mohd Shuhaimi digelar 'Dr Freestyler football' kerana kebolehannya menimang bola dengan pelbagai aksi

KETIKA berlangsung perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2005 di Stadium Putra, Bukit Jalil, hampir 80,000 penonton memenuhi ruang tempat duduk. Jumlah kehadiran itu dianggap yang terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah bola sepak negara.

Ketika waktu rehat selepas tamat perlawanan separuh masa pertama, seorang remaja lelaki memasuki padang, berdiri di tengah lautan manusia, mencuri tumpuan mempamerkan skil menimbang bola dengan pelbagai gaya.

Pergerakannya tidak terhad di situ, bergerak sambil menimang bola di kepala tanpa henti menuju ke trek mengelilingi stadium. Anak muda ini berhenti di depan tempat duduk orang kenamaan termasuk Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Di situlah beliau mempamerkan segala aksi dan skil yang memukau penonton. Detik gemilang itu pastinya dikenang sepanjang hayat oleh Mohd Shuhaimi Mohd Khizari, 26, atau lebih popular dengan gelaran ‘Dr Freetsyler’ di kalangan peminat bola sepak.

Suhaimi yang juga lebih mesra dengan panggilan Amy mengakui detik bersejarah itu membuatkannya menggeletar kerana beraksi di depan hampir 80,000 penonton.

“Memang menggigil. Perasaan gemuruh memang ada dan ketika itu, ibu jari dalam kasut pun menggigil. Saya kuatkan semangat, yakinkan diri sendiri bahawa saya boleh beraksi walaupun untuk tempoh singkat.

“Mengikut perancangan asal, saya cuma beraksi di tengah padang, tetapi seorang rakan mencabar supaya saya memasuki trek dan berhenti di depan tempat duduk VIP. Saya sahut cabaran itu dan berjaya membuktikan saya memang boleh buat,” katanya.

Kenangan manis itu adalah sebahagian daripada aktiviti yang disertai ‘Dr Freetsyler’ kerana setiap hujung minggu, anak muda kelahiran Kampung Baru Subang ini akan menjelajah ke seluruh pelusuk gelanggang, pelancaran program sukan atau bersama teman-teman mempamerkan aksi mereka.

Bakat dan minatnya sering diberi perhatian, namun bergerak sendirian tanpa sokongan pihak kadang kala membuatkan anak muda ini hampir putus asa. Namun, minat dan cita-citanya berkongsi pengalaman, kemahiran serta hasrat mendidik lebih ramai pelapis membuatkannya terus bertahan.
Sejak berkecimpung secara serius dalam aktiviti gaya bebas mempamerkan skil menimang bola lapan tahun lalu, Amy menghabiskan masa tiga jam sehari untuk berlatih sendiri di mana-mana saja termasuk di laman rumahnya.

Kini, tanpa sebarang kerja tetap, beliau meningkatkan latihan kepada lima jam sehari dengan mencuba pelbagai skil baru yang direka sendiri tanpa tunjuk ajar daripada mana-mana jurulatih.

Berkongsi pengalaman mengenai sejarah pembabitan dalam aktiviti ini yang dianggap sesetengah pihak sebagai masih baru, Amy mempunyai cara tersendiri mencari kaedah untuk menarik perhatian ramai.

“Di awal pembabitan, saya akan menghabiskan masa hujung minggu beraksi percuma di Bukit Bintang. Mencari kawasan tumpuan dan saya mula menimang bola dengan pelbagai aksi. Memang pada mulanya tiada siapa yang peduli.

“Lama kelamaan, makin ramai pejalan kaki di situ berhenti dan seronok melihat aksi. Saya pula jenis yang memang seronok jika ramai penonton, jika dapat menghiburkan mereka, saya anggap sebagai hadiah untuk diri sendiri.

“Itu sebenarnya adalah latihan bagaimana membentuk keyakinan diri beraksi di depan penonton dan pada masa sama berlatih memantapkan skil,” katanya.

Mengakui masih ada ‘pemain gaya bebas’ sepertinya di negara ini, Amy menjelaskan mereka memang berbakat tetapi tidak berani mempersembahkan skil kerana kurang keyakinan sedangkan aktiviti ini perlu dikembangkan dengan kerjasama semua pihak.

Di kala usia akan mencecah 30 tahun dalam tempoh empat tahun akan datang, anak muda ini berhasrat untuk bernaung di bawah mana-mana agensi atau persatuan seperti FAM semata-mata mahu berbakti mencurah bakatnya.


“Saya memang risau aktiviti ini akan terhapus begitu saja jika tidak dikembangkan. Perlu ada sokongan dan jika perlu, saya sanggup mengajar di mana-mana akademi,” katanya yang kini mendapat tajaan pakaian daripada syarikat pencetak pakaian, mystickerstation.

Setakat ini, hanya Milo dan SportsUnite yang banyak membantu memberi ruang kepadanya untuk mengembangkan bakat dan berharap kerajaan terutama Kementerian Belia dan Sukan serta FAM lebih proaktif dalam menggalakkan lebih ramai pemain bola sepak kreatif sepertinya.

Labels:

posted by Amrixxx @ 7:57 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

MESYUARAT PERUBAHAN KERJA TAMBAHAN NO.5



MESYUARAT PERUBAHAN KERJA TAMBAHAN NO.5
Rabu/5 Ogos /2009/2.30 ptg
PEJABAT JKR LPT2,KUALA TERENGGANU
Harga Kontrak Asal bernilai RM85,591,161.00 (FASA 6)
PENGERUSI : IR.SYED ABDUL RAHMAN B. SYED ABDULLAH (PENGARAH PEMBINAAN)


PESERTA

DI PEJABAT - SR.ABDUL KADIR (QS),SR.RAMLAH(QS), NORJALIAH (QS),
DARI TAPAK - IR.KAMAL AFFENDI (JKR)IR. PUDZIL (BOS AKU), KHAIRUL AMRI (QS)..

Perjalanan pagi tadi kul 11.30 dari kemaman ke Pejabat LPT2..
dalam 2 jam tiba disana..
menaiki kereta bos aku Nissan X-trail..
Sebelum 2,ade lawatan dari Pihak2 luar ke tapak aku disambut
meriah pagi tadi dalam kul 10.00 pagi..ngeeh..
mcm2 buah2 an aku rembat pagi tadi..ekeke :P



Perkara2 Dibincangkan..

- Kelulusan Perubahan Kerja (KPK) bernilai RM 1,298,643.25 yang terdiri dari 12 item tambahan..
- Kelulusan Kuantiti Sementara (KKS) bernilai RM 5,729,158.12 yang terdiri 16 item didalam Kontrak..
-KPK & KKS terpaksa diselaraskan samada tuntutan tambahan diluluskan di sini atau diangkat ke Putrajaya utk dibentangkan di Kementerian Kewangan.. ngee...

Ntah nape hari nie aku & bos aku begitu debor2 je xmcm biasa wat presentation coz jawapan yg sama
cuma soalan putar belit diajukan oleh pengarah... mcm ampeshhh je..ohoho
apepun semua sporting & kata putus dapat dicapai..
meeting tangguh pade kul 5.00 ptg tadi..ngee..
Perjalanan pulang & tiba umah kul 7..ahaks..

aku terpaksa menyiapkn kerja sebelum 20/08/09 bersamaan hari khamis..
hrmm.. BZ gak bulan ni..ngee :P

Labels:

posted by Amrixxx @ 11:00 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Bercanda Dimataku

Bercanda Di Pasiran Pantai - Sudirman



Bila tiba di pasiran pantai
Ombak menuju pantai merindu


Bila tiba waktu untuk kita
Melafazkan rindu yang bergelora
Sayangku aku rindu akan harum rambutmu
Berjurai bagai bayu/layar di langit biru

Sayangku aku rindu akan belai tawamu
Semerdu bayu yang lalu huu...
Cintamu sehebat laut yang luas
Sesegar ombak yang memutih

Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia

Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia ( pasiran pantai)

Labels:

posted by Amrixxx @ 10:35 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

5 Mitos dan Realiti Perkahwinan





"Ramai yang menduga atau percaya sesudah berumahtangga hidup akan menjadi istimewa.
Sesudah berkeluarga semua keperluan akan dipenuhi oleh pasangan. Anak-anak akan menyemarakkan suasana dan hidup akan bahagia sampai selamanya. Namun adakah semua yang anda impikan ini tercapai? Berikut adalah lima mitos dan fakta perkahwinan yang perlu anda fikirkan.

Mitos 1 : Perkahwinan akan mengakhiri semua kesepian kita.
Realiti : Ramai pasangan yang berkahwin tetapi tetap kesepian.

Mitos 2 : Perkahwinan akan membuat diri jadi sempurna
Realiti : Pasangan saling melengkapi satu sama lain tapi tidak menjadikan pasangannya sempurna.

Mitos 3 : Pasangan yang saling mencintai tidak akan menghadapi masalah dalam perhubungan.
Realiti : Hampir semua hubungan mengalami turun naik. Masalah sehari - hari dan dugaan hidup sering kali akan menutup perasaan romantis suami isteri.

Mitos 4 : Perkahwinan akan membuat seseorang bahagia
Realiti : Anda tidak boleh berharap pasangan akan membahagiakan anda. Sebaiknya kebahagian itu berasal dari dalam diri anda sendiri.

Mitos 5 : Pasangan harus tahu keperluan-keperluan tanpa perlu diluahkan.
Realiti : Hanya kerana sudah jadi suami isteri tidak bererti anda dapat membaca fikiran pasangan."

Labels:

posted by Amrixxx @ 10:04 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.



Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia...

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Labels:

posted by Amrixxx @ 12:29 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Kita Selalu Bertanya




KITA BERTANYA : KENAPA aku DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of
faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA : KENAPA aku TAK DAPAT APA YG aku
IDAM-IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS aku MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The
Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS aku MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG aku DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA aku BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari
Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : aku TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Labels:

posted by Amrixxx @ 11:02 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com