Trip To Kenyir Lake - Samudera Kenyir 2009!!
Saturday, August 15, 2009
Trip memancing di Tasik Kenyir pada 23/04/09 hingga 25/04/09 yang lalu memberi seribu kenangan indah yang bermakna wat aku bersama rakan2.
Bertolak dari Kerteh seawal jam 7.00 pagi berkonvoi ke Jeti Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir yang mengambil masa perjalanan selama hampir 2 jam. Semua bahan - bahan mentah untuk memasak dibawa bersama termasuklah sayur, ayam,air mineral, maggi, biskut dan sebagainya. Peralatan untuk memasak seperti kuali, periuk, pinggan dan sebagainya disediakan oleh pihak jurumudi bot.
Setelah sampai di Jeti Pengkalan Gawi, aku & membe2 berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di dalam bot yang diberi nama JENAGOR 1 itu. Kami bernasib baik kerana tilam & bantal yang disediakan masih baru serta susun atur barang - barang kelengkapan bot yang baik membuatkan para pemancing tidak sabar untuk memulakan perjalanan ke Taman Negara Tasik Kenyir.
Perjalanan ke Taman Negara Tasik Kenyir mengambil masa selama hampir 5 jam. Disepanjang perjalanan kami tidak melepaskan peluang menghirup udara yang segar disepanjang perjalanan. Telihat juga kelibat spesis burung unik dan unggas yang berterbangan menggamit pandangan kami. Setelah kenyang, para pemancing masing - masing melabuhkan diri berehat dengan tilam & bantal yang empuk sebelum aktiviti sebenar bermula.
Kami tiba di Taman Negara pada jam 4.00 petang. Dengan suasana yang tenang dan aman, kami teruja melihat kelibat ikan kelah dan lampam sebesar lengan yang membuatkan para pemancing tidak sabar untuk memulakan aktiviti memancing.
Aktiviti memancing berjalan lancar sehingga malam dan ada juga pemancing tegar yang memancing hingga lewat pagi.Masing - masing gembira memperoleh hasil tangkapan walaupun baru beberapa jam tiba di Taman Negara Tasik Kenyir.
Pada hari kedua, para pemancing dibawa menyusuri sungai dengan berjalan kaki dan airnya sungguh sejuk sehingga terasa hingga ke tulang. Jurumudi bot membawa ke tempat yang dipanggil LUBUK yang sememangnya menjadi rezeki kami untuk dibawa pulang ke bot sebagai santapan tengah hari. Keperitan bahang mentari tidak menjadi masalah kepada pemancing yang sabar menunggu umpan disambar sang kelah dan lampam.
Sehingga hari terakhir iaitu hari yang ketiga, hasil tangkapan bertambah berkali-kali ganda dan masing - masing seronok dengan ikan yang diperolah termasuklah ikan lampam,ikan kelah, ikan sebarau dan yang paling menarik, Ikan Belida.
Sebelum berangkat pulang ke jeti, kami tidak melepaskan peluang bemandi manda di Air Terjun Lasir yang kami rasakan air terjun yang paling menarik berbanding Air Terjun Tembat. Dengan air yang agak dalam serta kejernihan air terjunnya, siapa yang terlihat pasti teruja dan tidak melepaskan peluang membasahi badan dengan kesejukan airnya.
Setelah 2 jam masa diberikan untuk bermandi manda, perjalanan diteruskan dan 3 jam lagi masa diperlukan untuk tiba di jeti. Sampai sahaja di jeti, barang - barang dapur dan persendirian terus dibawa naik ke jeti dan sebagai buah tangan untuk kenang - kenangan, beberapa gambar kumpulan di ambil untuk disimpan sebagai antara memori indah.
Aku harap semoga trip akan datang dianjurkan dengan lebih menarik lagi diselitkan juga dengan aktiviti yang lebih mencabar dan mengujakan...ahaks..
Labels: Kenyir Dimataku
posted by Amrixxx @ 8:02 AM,
4 Comments:
- At August 15, 2009 at 6:05 PM, Anish said...
-
warghh..beshnyer men airrr..jeles2
- At August 15, 2009 at 11:39 PM, Amrixxx said...
-
ohoho.. besh 2 xterkate ar..
mcm2 skill tejun dalam air am & membe2 wat..huhuhu..
syokkk nyeeeee...ahaha :D - At August 17, 2009 at 2:07 PM, Dzulhelme Azim said...
-
dsebabkn gue jeles tgk lu siap bgayut2 tu so gue nk kutuk la..
aku ingtkn beruk pak leman yg bergayut tu..rupenye manusia...wakakaka - At August 17, 2009 at 5:26 PM, Amrixxx said...
-
2 skil Tarzan terhebat aku wat 2..ekeke..mane same ngan ko...ngeeh..
aku tau john..
ko dah bese wat skil beruk mase tejun lombong kan? ohoho...
jeles jgn xjeles..ahaks..
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku
Post a Comment