Kilauan Mataku

Khasiat Buah-Buahan



KIWI : Sangat kecil tetapi gagah
Ini adalah suatu sumber baik untuk kalium, magnesium, Vitamin E dan serat. Ia mengandungi Vitamin C sebanyak dua kali ganda dengan sebiji buah oren.

EPAL : Sebiji epal sehali menjauhkan kita dari berjumpa doktor
Walaupun sebiji epal mengandungi Vitamin C yany rendah, ia ada antioksidan dan flavonoids yang mana menambahkan aktiviti untuk Vitamin C dengan itu menolong menurun risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmal.

STRAWBERI : Buah Perlindungan
Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buah utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.

OREN : Ubat yang termanis
Mengambil 2 atau 4 oren sehari boleh menjauhkan selsema, kolesterol yang lebih rendah, cegah dan larutkan batu buah pinggang dan juga memperkecilkan risiko barah kolon.

TEMBIKAI : Hilangkan Dahaga
Terdiri daripada 92% air, ia juga mengandungi glutathione yang mana menolong menggalakkan sistem kebal kita. Ia juga adalah suatu sumber lycopene yang penting - penyakit barah yang bertempur oxidant. Nutrien lain yang didapat dalam tembikai adalah Vitamin C dan Kalium

JAMBU dan PAPAYA : Anugerah teratas untuk Vitamin C
Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan tertinggi Vitamin C. Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit.
Papaya kaya dengan carotene, ini amat baik untuk mata

Labels:

posted by Amrixxx @ 12:14 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Ziarah-Menziarahi Di Hari Raya

Bersalam-salaman & bermaafan di hari raya menjadi kewajiban bagi umat islam..
Hari Raya pertama aku menziarahi umah sedara2 & jirang2 tetangga yang dekat saje..
itu pun xabis lagi coz xlarat nak mam banyk2..huhu.. adeeiii...

Pada hari raya kedua ni sambung lagi menziarah dan perkara sama macam hari pertama xlarat mesti balik umah rehat & tunggu tetamu dtg umah....huhu..
ye ar.. pantang je kuar mesti ade tetamu nak datang.hrmmm.. penat jugak duk kampung nih..ngee.. :p

Sepatutnye petang tadi aku nak ziarah sedara sakit & bersihkan kubur tapi hujan pulak..hari raya pertama lak aku x pegi ziarah sedara sakit tu coz aku pun sakit pewut mam xhingat2..huhu..pehtu lak..aku ingat dia dah lupakan aku ye ar bukan selalu pun aku g umah dia cuma tiap raye je.. tp jangkaan aku silap...skit2 sebut nama aku terpaksa ar aku pegi sok coz may b ajal dia dah xlama & tunggu mase je coz sakit tua.. semoga pakcik kuatkan semangat & esok kite berjumpe yer...

Harap2 sok petang cuaca baik & kami sekeluarga & sedara mara boleh membersihkan kubor sok dengan lancar..ngee..
Al-fatihah aku sampaikan pade sedara2 yang dah menemui Illahi.. semoga roh kalian dicucuri rahmat di hari raya yang mulia ini & Bahgia hendak-Nya di Alam yang berlainan.. amin..

Labels:

posted by Amrixxx @ 12:49 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Selamat Hari Raya 2009!!

Di Keheningan pagi yang manja di halaman kampungku ini..
dengan kabus2 ribut yg memecah kebuntuan pagi...
dengan embun subur naik ke permukaan bumi..

Aku dengan penuh Kesyukuran pade Ilahi berkesempatan mengucapkn
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Kemaafan aku pade setiap hembusan nafasku seandainya satu saat tika dulu kite semua pernah berselisih faham & bertahyul tanpa batasan..
Disinilah kilauan mataku menjadi saksi kelekaanku..aku mohon maaf sekali lg pade kalian semua dari mula nafasku terhembus & akhir nafasku menghembus...maafkan utk salah,silap & khilaf aku selama ini...yang keruh kite jernihkan..yang jernih kite pelihara..yang merah itu saga..Yang memberi rahmat itu Allah swt..
tanpa rahmat-Nya siapa ar kita..

Akhir Bicaraku,
Marilah kite sambut raya tahun ini dengan kegembiraan sebagai tanda syukur dapat menyempurnakan rukun islam bukan gembira nak men mercun erk..
& xlupa juga Aku ingin berkirim salam pade yg kejauhan.. & aku akan berkunjungan pade yg dekat..InsyaAllah..



Sekian,
Salam AmRi..
Dari Taman Babylon Temerloh..:p



Maaf ar kepada kenkawan coz tahun nih xde kad raya coz dah lame sangat rasanya meninggalkn zaman pak kadok nih..ekeke.. apepun care nih jugak terbaik pade aku..huhu :p

Labels:

posted by Amrixxx @ 8:23 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Qiamulail Pengikat Jiwa




Qiamulail pengikat jiwa dengan-Nya
Salam Ukhuwahfillah....

Perkongsian sedikit mengenai Qiamulail

Apakah kepentingan..?

Mendekatkan diri kepada Allah
Menjadi penenang jiwa dikala duka
mensucikan jiwa yang penuh dosa.

Perlukah...kita Qiam?
Ya,

Kenapa..?

Kerana kita sering melakukan dosa samaada sedar atau tidak.

Bagaimana dengan pelaksanaan..?

Qiamulail akan dilakukan pada malam hari, hanya selepas tidur sebelum azan solat subuh. Dengan melakukan solat-solat sunat.

Waktu paling afhal dilakukan..?

2/3 malam

Fadhilat Qiam..?

Mendekatkan diri kepada Allah
Turut perintah Allah dan Rasul
Jiwa menjadi tenang
Terhindar dari melakukan perbuatan keji

P/s Apa pandangan anda mengenai Qiamulail...?

Labels:

posted by Amrixxx @ 10:29 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Baju Raya Warna Ape Nak beli Nih??

Alamak.. tulun.. tulun..raye dah nak dekat.. tapi baju raya xbeli g..adeii.. warna pe nak cari nih.. pening tol aku..ahahaha ..ikutkan ati nak je beli warna pelangi...ahaks.. kekadang aku nih beli baju bukan tgk warna pun.. tapi suka tgk pade corak baju & keselesaan ketika memakai..nak pilih warna baju alamatnya mau pengsan dulu..ngee..

Kebiasaan org beli baju melihat pade warna kulit.. tp kulit aku disebabkn cerah melampau terpaksa ar kot cari warna gelap skit..ekeke :p..Sekiranya aku membeli warna cerah2 nampak mcm superstar plak aku nanti..xke haru biru aku nanti..ohoho..Diantara pattern & kaler baju melayu aku jumpe adelah seperti dibawah ini..ngeeh..tapi hati xberkenan lagi..muahaha..







Labels:

posted by Amrixxx @ 2:46 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Mesyuarat Pelarasan Kerja Mekanikal & Elektrikal (M & E)


Pada 17-19 Ogos 2009 yang lalu aku telah mengikuti Kursus membuat Tender untuk kerja2 M&E di Hotel "The Legend Resort Cherating, Pahang yang dirasmikan pade malam hari tersebut Oleh Datin Hjh. Ir. Nor Asiah Bt. Othman..

Bengkel ni telah ditunda sebanyak 3 kali dari awal bulan Julai disebabkan masing2 Pegawai sibuk dengan komitmen lain..Seramai 30 peserta mengambil bahagian & tentatif bengkel adelah seperti berikut..


17/08/2009(Isnin)
2.00ptg-6.00ptg - Pendaftaran peserta
7.00ptg-8.30mlm - solat & makan Malam
8.30mlm-12.00mlm - Doa,Ucapan,Taklimat Program & Perasmian
Oleh Datin Hjh. Ir. Nor Asiah Bt. Othman..

18/08/2009(Selasa)
7.00pg-8.00pg - Sarapan Pagi
8.00pg-8.30pg - Sesi bergambar
8.30pg-10.30pg - Sesi 1 (Pembentangan Rekabentuk Oleh semua perunding)
10.30pg-11.00pg - Minuman ringan
11.00pg-1.00ptg - sambung sesi 1
1.00ptg-2.00ptg - Makan T/ari& Solat
2.00ptg-5.00ptg - Sesi 2 (Bengkel Bq C -Street lighting,High Mass & lampu Isyarat)
5.00ptg-7.00ptg - minum petang,solat asar & aktiviti riadah
7.00ptg-8.30mlm - Solat,makan malam
8.30mlm-12.00mlm - sambung sesi 2 & minuman ringan

19/08/2009(Rabu)
7.00pg-8.00pg - Sarapan Pagi
8.00pg-10.00pg - Sesi 3 (Bengkel utk BQ A dan BQ B)
BQ A (Building TNB Sub Station) BQ B (Kerja2 M & E)
10.00pg-11.00pg - Minuman ringan
11.00pg-12.30t/ari - sambung sesi 3
12.30t/ari-2.00ptg - Makan T/ari& Solat
2.00ptg-5.00ptg - Semakan akhhir utk semua BQ & dokumentasi oleh Unit Ukur
Bahan,Penutupan oleh Lembaga Pengarah, Penyampaian Sijil
& minuman ringan..




Sebagai kesimpulan semua perunding dikehendaki menyerahkan Pra-Dokumen Tender Lengkap Pada Akhir sesi Bengkel. Semua perancagan berjalan dengan lancar sehingga ar proses penyerahan kepada pengarah..


Pada ari pertama aktiviti riadah aku mandi laut & mandi kat kolam renang..ekeke..siap kena sound g coz mandi pakai baju..wahaha.. nak xnak terpaksa bukak..ngeeh
peh tu ade mase g posing maut kohnon2 layan laps naik moto.. ngee

Labels:

posted by Amrixxx @ 10:42 AM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

Murtabak Daging 3 Bro!!

Pada 29 hingga 30/08/2009 di bazar ramadhan baru2 nih.. aku telah menghabiskan mase petang dari kul 4-6ptg kat gerai jualan Sepupu & sedara yang jual Murtabak bertempat Di Pekan Sehari Temerloh... Aktiviti melepak aku kat bazar nih dah lame sejak dibangku sekolah g..Aku rase seronok tgk sedara aku nih wat murtabak walaupun dia nak ajor aku xmboh..ahaks.. dapat Free sokmo 2 cukup ar..ngeeh..

Pengalaman lebih selama 15 tahun sedara aku nih wat murtabak mmg xleh dinafikan ar coz dari tecik blajo ngan mak ayah dia & berguru di tempat2 lain... Rasa Murtabak dia mmg shedap sgt2 di daerah temerloh ar setakat nih..bukan aku nak memuji tapi itulah ar hakikatnye.. Rasanya mmg setanding ngan Murtabak Mekasar dari pekan yg berharga RM7-RM10 yg aku tiap2 minggu makan mase duk kat Kuantan dulu.. Sedara aku jual Murtabak Ayam & daging Rm 3..(harga standard).. Diorang bukak gerai pukul 3 petang & habis jualan dalam 5.30ptg ke 6.30 petang tgk hari & cuaca..Murtabak diorang cepat je abis & tiap hari wat dalam 500-700 biji sehari... klu aku datang kul 6 kompem xdapat..huhu.. kempunan japs..

Pade bulan pose ni je aku dapat mam coz ari biasa dia wat roti canai (pun sedap gak)kat kedai membe dia.. hrmm.. xkisah ar masakn diorang shedap lagipun sedara mara aku pun ramai gak bukak kedai makan nih & gerai2 nih..ngee.. babtu diorang masing2 badan cam badak je semua coz mam je tije..huhu :pHrmm..Aku je maintain skit badan coz bijak bersukan..ekeke :P

selama aku mam murtabak daging ngan ayam nih.. xde beza sgt cuma inti je ar.. ahaks..sesetegah tempat murtabak xshedap coz kuah kari & bawang dia ade masalh cam tawat,pahit ,manis sangat & kena ar ngan murtabak dia wat..hal camni pade aku terus mencacatkn rasa murtabak tu..hrmm.. contoh dia aku beli murtabak kat Kerteh ni ar..huhu.. dalam hati menyesal beli.. ahaks..


p/s- Gambor hiasan semata & dirompak dari pakcik google..ngee

Labels:

posted by Amrixxx @ 2:41 PM, , links to this post

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com