Kilauan Mataku

Memburu Impian & Kesabaran


Salam semua..
Kat cni aku nak mintak pendapat korang ar mane besh diantara pergi ke Hutan Endau-rompin jungle tracking dan memburu / memancing kelah selama 4 hari..@ mencadat sotong & memancing ikan dilaut selama 2 hari 1 malam? hehe :D atau dedua xbesh.. lagi besh klu tido kat umah ke..huhu.. : segala pendapat,kritikan & pandgn dialu-alukan..

______________

Kata2 diatas adelah keperluaan aku untuk mengetahui pendapat2 kengkawan di webkl dan speedfinger yang mana menarik dan besh.. walaupun kedua2nya mmg besh..huhu :D

Sudah lama rasanya aku xmenerjah hutan dan menunjukkan skil selok belok dalam hutan..
ada rasa 6 tahun xmasuk hutan selepas mendaki Gunung Arung di Mersing.. pengalaman yg menyoronakkn aku bersama kelab rekreasi..huhu.

Aku amik keputusan pergi Endau-Rompin bermalam disana selama 4 hari 3mlm.. Seramai 20 org akan sertai group aku n gerak sekali ke hutan sebelum berpecah klu dah sampai destinasi..Dijangkakan kul 2pagi group aku masuk hutan dan sampai ke tempat yg dituju kul 8pagi klu xde ape2 halangan....

Sebelum berangkat, Aku juga perlu menguatkan diri zahir & batin coz dalam hutan mcm2 boleh terjadi..bak kate org, pandangan mata selalunya menipu..so, aku harap selamat dari tipu daya itu..amin

Barang2 keperluan utuk aku menerjah hutan bersama membe2 pada malam esok adalah :-

Senarai Barang Keperluan

1. Beg Tracking
2. Sleeping bag
3. Kasut Getah
4. Stoking (2 pasang)
5. Berus Gigi
6. Ubat gigi
7. Parang /Pisau
8. Lampu kepala (Bateri AAA 9 biji)
9. Sabun & Syampu
10. Tuala Mandi
11. kain Pelekat
12. Baju & Seluar Tidur
13. Milo 3+1
14. Makanan segera (magee & coklat)
15. Air 100Plus – 2 botol
16. Selipar



Aku Harap sahabat sekalian mendoakan keselamatan aku pergi dan pulang.. dan jua mendoakan aku makan ikan kelah kat sane erk..ehehe :D

Nabi telah menjelaskan beberapa keadaan mustajab untuk berdoa dalam hadis baginda yang sahih, daripada Abu Hurairah beliau mendengar Nabi bersabda bermaksud:

"Tiga doa yang mustajab tanpa ada keraguan; Doa orang yang DIZALIMI, doa orangyang BERMUSAFIR dan doa seorang AYAH kepada anaknya."


p/s- kredit tu empunya gambor..huhu :P

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:24 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

"Ceritaku Yang Paling Sedih Fasal Duit"

Novel kedua
  • Kayree iaitu Yuda di Padang Maya tak best sebab seram sangat. Lebih baik buat cerita sedih macam ni."

    Bagi menyahut cabaran kayree dan kemat aku berhasrat nak lakarkan disini cerita sedih dalam gembira disaat aku hensem dan comel nakalnya.. ahaks..

    _________________

    Syair Si pari-pari:-
    Tersebutlaah kisaaaaaaaaaahhhhhhhh….
    Suka duka ketika sekolahh….
    Aduhai kawankuuuuu…aduhhhh sakitttnyaaaaa…
    Derita dikau ..kurasai juaaaa….sob sobb…


    Seperti mimpi perkenalan aku mencari kawan ketika berada Darjah 1 Melor. Dalam mengimbau kisah lampau yang ingin aku lupakan , terkadang selalu jua bermain diminda, terasa kisah menyayat hati serta tersiat hati ini diwaktu itu. Dua bulan diawal persekolahan aku tiada kawan mahupun sahabat kampung (rodong) kerana aku bukanlah seorang murid yang pintar apatah lagi mendengar kata guru..

    Cerita sedih bermula disaat loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Masa rehat aku banyak dihabiskan dengan keseorangan didalam bilik darjah dan terkadang dibelakang bilik darjah.Melepak sambil memikirkan cara camne nak lari dari sekolah dan malas belajar.. Bila perut terasa lapar aku tak pergi ke kantin disebabkan tak tahu camne nak belanja duit yg mak aku berikn 50sen setiap hari..

    Apabila hal ini aku utarakan pada mak aku, mak aku siapkan bekal makanan setiap hari untuk aku makan pada waktu rehat agar tiada alasan mengada2 aku xmahu pergi sekolah... Mana tidaknya, mase tadika pun xsampai seminggu mcm2 alasan aku cipta sampai atas meja , bawah meja dan keliling tadika aku berlari sambil menangis nak balik rumah..muahahaa… :P.. Cukup je 2 minggu aku wat perangai.. aku xpergi dah tadika. hohohoreeeeeyyyyy ahaks..

    Berbalik pada cerita asal,
    Setelah masuk bulan ke-3 diawal persekolahan.. aku dengan rutin harian aku makan dibelakang bilik darjah, aku kerap terlihat kelibat seorang budak lelaki yg keseorangan dan suka memetik bunga2 ditepi pagar dibelakang bilik darjah. Dalam hati aku terdetik menyatakan…
    Budak nih xpergi ke kantin ke rehat dan makan!! xde displin langsung..
    adekaa patut merosakkan bunga2an yg cantik.. Klu main conteng2 kat kaki lima cam aku nih boleh ar tahan skit..ahaks..


    Keanehan budak laki memetik bunga dan daun berlarutan selama 2 minggu membuatkan hati aku terdetik nak mendekati dan menegur akan kesalahan perbuatannya.. Dengan keyakinan dan semangat setiakawan yang aku genggam, Aku memberi salam dan bertanyakan padanya…mengapa tak mahu ke kantin membeli makanan dan rehat disana.. Dengan tenang dan air muka yang bersahaja dia menjawab tidak lapar dan tak suka kat sana.. lagipun dia berasa seronok bermain dan memetik bunga disini.

    Aku menangkis jawapan dia dengan menyatakan ape yang dia buat adalah satu kesalahan dan mustahil xlapar sepertimana aku dan budak2 lain.. Aku menyangka kemungkinan besar dia pun sama cam aku xtahu nak membeli.. Seterusnya,
    dia menyatakan perbuatannya itu hendak menghiburkan hatinya dan meminta maaf kerana tidak tahu akan kesalahannya.. Pasal ke kantin dia xmengendahkan soalan aku..

    Pada keesokkan harinya pula, dia bermain lagi di belakang bilik darjah seperti hari2 biasa dan aku pun sama makan ditempat biasa sambil memerhatikan dia. Disebabkan aku keseorangan aku menegur dia lagi sambil memanggil dia datang kat aku. Apabila dia menghampiri, aku mempelawanya makan dan minum (nasi lemak & air sirap).. Pada mulanya dia xmahu kerana segan tapi aku pujuk dia dengan mengujinya.. aku menyatakan cuba rasa masakan mak aku sikit dan aku xlarat nak habiskan.. Akhirnya dia sudi terima pelawaaan aku dan dengan gelojohnya dia makan..

    Tersentak dengan itu, aku bertanyakan namanya dan berkenalan dengan dia. Seterusnya dia memberitau namanya shahril dan berumur sebaya dengan aku tapi berlainan kelas.. Setelah beberapa hari aku berkawan dengan dia dan makan sama2 dibelakang bilik darjah.. aku bertanyakan semula soalan lama aku.. yakni adekah dia sama seperti aku tak tahu membeli ke kantin dan malas belajar.. Dia menjawab dengan jujur dan tenang.

    “Tidak Amri! Aku tahu membeli di kantin.. tapi yg sebenarnya aku xcukup belanja kerana setiap hari mak aku beri wang saku sebayak 20sen sahaje. Itu pun 10 sen utk pergi ke sekolah dan 10 sen untuk pulang ke rumah menaiki bas awam. Aku mmg minat belajar tapi orang tua aku adelah orang susah dan aku memahami keadaan dia”
    ..

    Mendegarkan jawapan dia sedemikian rupa, aku memalingkan wajahku ke suatu sudut sambil aku menundukkan kepala mengalirkan air mata kesedihan... Terdetik dihati aku, walaupun aku belanja 50 sen setiap hari tapi pergi & balik sekolah ada van sekolah menjemput dan menghantarku pulang.. Duit lebih aku simpan dalam tabung. Sejujurnya, sebelum aku melangkah ke alam persekolahan aku terasa diri aku begitu hina dan daif sekali utk bergaul dengan kawan2 lain..Tapi xkusangka, shahril budak yang aku kenal ini lebih sabar,tabah,tenang dan boleh tersenyum dengan kesusahan yang dialami keluarganya..
    ...“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solah…”(Al Baqarah:45)

    Memandangkan nasib aku dengan dia serupa, aku bersahabat baik dengannya. Hari2 aku berada disekolah ceria sentiasa dan takder ar bosan seperti sebelum ini.. Sekiranya aku rasa lapar atau makanan aku xcukup masa rehat aku akan menyuruhnya pergi membeli dikantin dan banyak perkara aku belajar darinya.. Sesungguhnya, Disebalik kesabaran tersimpul kekuatan… dan disebalik kesusahan, terpancar jua nikmat kesenangan, keriangan dan kebahgiaan… Adakalanya, aku menyindirnya supaya dari memetik & merosakkan bunga lebih baik menghafal lagu kelas muzik.. Seingat aku diwaktu sekolah rendah, lagu paling aku suka dan femes dikalgn murid2 adalah lagu “Ku Tanam Pokok Bunga & Air Pasang Pagi..

    Ku tanam pokok bunga , bunga mawar namanya , ku siram dan ku jaga lama besar jadinya..Ku petik bunga mawar, ku selit ditelinga, ku jalan sini sana, harum wangi baunya..



    Sebagai penutup bicara,
    Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang...
    Menemukan aku pada seorang sahabat yang menerangkan apa itu kesabaran, ketabahan, keriangan,tawa dan tangis dlm ketenangan.. Sehingga sekarang aku dapat ertikan bahawa kasih sayang & kebahgian itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit mahupun emas permata..melainkan dengan kejujuran, keihklasan dan kesucian hati sanubari..
    Sekian..

    _____________________
    Disebabkan kesuntukan masa..
    so, aku xleh nak tag membe2 lain..sori kayree..huhu :D

    Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Sebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal mahupun yang belum kamu kenal.” (Muslim)

    Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW menjawab: Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.” (Sahihain)

    Labels:

    posted by Amrixxx @ 8:14 AM, ,

    Image Hosting by imagefra.me

    Kuiz Cakap Orang Temerloh - Advance

    Kuiz nih aku amik kat facebook gak.. tp xde ar payoh benor cam kat blog bro eddie.. huhu.. cucu datuk bahaman pung xpaham..ahaks.. :D
    sape2 yg rase bukan org pahang sila ar jawab..huhu

    1. Penghulu:aok nok ko ne tu?
    a. nak ke mana?
    b. wak nak kon tu?
    c. awak nak ambik corner tu?

    2. Pedooh betoi budok tadi??
    a. budak tadi menipu
    b. laju betul budak tadi
    c. pandai budak tadi

    3. Jom gi ngeteh??
    a. ajak g menoreh
    b. minum sambil berborak kat warung
    c. buat air teh

    4. Aok ni kanyor ker?
    a. nama awak gayor?
    b. rasa mamai,pening
    c. awak rasa best ker?

    5. Rodong ke gini??
    a. tunggang macam ni ker?
    b. macam ni ker kawan?
    c. cucuk macam ni ker?

    6. Berlomoih betui aok ni
    a. bertungkus lumus?
    b. comot
    c. bersemangat

    7. Baale teruknyer
    a. bala yang teruk
    b. bala bencana yg menimpa
    c. teruk sangat2

    Labels:

    posted by Amrixxx @ 3:20 PM, ,

    Image Hosting by imagefra.me

    SPIN - Utusan Rindu


    TASYA bersama anaknya, Putri Salfiah menyiram air mawar di pusara Achik di Makam Tuan Haji Said, Seremban semalam.

    SEREMBAN - "Achik beria-ia berpesan supaya saya dan anak-anak menonton program Gah 1 di TV2 yang ditayangkan pada pukul 4 petang kerana dia akan menyanyi secara langsung."

    Itulah luahan sebak, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, balu kepada penyanyi, Abdillah Murad Md. Shari, 27, atau Achik Spin yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Seremban petang kelmarin.

    Dalam program itu, Achik bersama rakan duetnya, Siti Nordiana Alias menyanyikan lagu Mencari Ketenangan sebelum mendendangkan lagu Engkau Yang Ku Cinta secara solo.



    Dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, Achik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda jalan.

    Ketika kejadian, vokalis kumpulan Spin itu bersama seorang rakannya, Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Seremban dari Kuala Lumpur.

    "Permintaan terakhir arwah itu seperti ada makna tersirat kerana itulah kali terakhir kami melihat arwah masih hidup," kata Rose Zaitul.

    Dia yang lebih dikenali sebagai Tasya berkata, dalam perjalanan pulang, Achik menghubunginya. Achik meminta dia serta anak-anak bersiap kerana hendak membawa mereka makan malam di luar.



    Al-fatihah untuk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat dan takziah wat keluarganya.. moga tabah menghadapi hari mendatang..

    Labels:

    posted by Amrixxx @ 8:17 PM, ,

    Image Hosting by imagefra.me

    Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul

    gambar sekadar hiasan..

    Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
    “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
    “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.


    Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

    Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

    Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

    Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

    1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

    Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

    Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

    Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

    2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

    Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

    Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.

    Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.

    Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

    Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

    Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

    Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

    Sekian.

    by Abu Umair..
    http://abuumair1.wordpress.com/

    Labels:

    posted by Amrixxx @ 4:21 PM, ,

    Image Hosting by imagefra.me

    Suratan Atau Kebetulan


    Sesuatu yang tak disangka
    Seringkali mendatangi kita
    Itukah suratan dalam kehidupan
    Atau hanya satu kebetulan

    Kita asyik membicarakan
    Persoalan hidup dan pilihan
    Sedang kejujuran semakin berkurang
    Masih tiada bertemu jawapan

    Walau kita dihadapkan
    Dengan berbagai pilihan
    Mengapa sering terjadi
    Pilihan tak menepati

    Hingga amat menakutkan
    Menghadapi masa depan
    Seolah telah terhapus
    Sebuah kehidupan yang kudus

    Pertemuan sekali ini
    Bagi diriku amat bererti
    Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
    Bimbangkan berulang kesilapan

    Labels:

    posted by Amrixxx @ 3:14 PM, ,

    Image Hosting by imagefra.me

    Kilauan FC di Kejohanan Futsal I-Metro

    Pada 9 April yg lalu, aku telah menghantar & sponsor team futsal utk ngk anak2 buah aku men…. Klu nak ikutkan plan asal aku akan bermain ngan membe2 aku yakni Che ku, Nusi, hakimi & arman sebagai pemain senior & nak gabungkan ngan anak buah@didik aku.. tapi malangnya ramai membe aku yg xdpt men disebabkn kerja & urusan peribadi… Kebetulan plak anak2 buah aku telefon & pujuk …cakp nak men IMetro kat kuantan…aku bersemngt kembali wpun pening gak nak cari penganti..

    Yang menyedihkan, aku xboleh men tonemen kali nih disebabkn kecederaan peha aku yg dah 2 bulan masuk bulan nih xsembuh2.. mau xsembuh, asal nak sembuh skit men futsal lagi..huhu.. wlpun aku xboleh nak shooting.. tapi aku still boleh mengelecek & mengawal bola dgn baik.. tapi xmenjadi halgn & aku kisah sgt asalkn anak2 buah aku boleh men ngan baik.. aku yakin & aku memberi kepercayaan..

    Sebelum tonemen nih aku memberitahu anak2 buah aku aku xleh men utk semer game.. aku reserve xpe ar asalkn korang dapat penglmn bermain pade kejohann terbesar nih..

    Disebabkn kesungguhan diorang nak men ar aku sponsor & setlekan segala urusan diorang yg semernya kekok dlm pengurusan penyertaan.. Nama team futsal aku kali nih aku letak sebagai Kilauan FC.. cam kenal je..ahaks.. 3 ari sebelum tutup penyertaan yakni 2 april aku settlekan urusan nih..lambat skit coz pasal pemain gentian aku xdpt cari..last2 aku amik je dak2 yg xkenal nak men..huhu..

    Pade kejohanan nih aku menampilkn 2 org anak buah/didik aku pemain negeri..
    Shafiq(pemain sukma pahang) & Shukri (Pemain futsal N.9) yg selalu bermain tetiap mlm ngan aku kat kerteh..Disebabkan pade kejohanan kali nih.. Imetro membenarkan 2 org pemain negeri.. so aku aturkan diorang sebagai jentera sergn (shafiq) & pertahanan (shukri)… bagi membantu shukri aku amik amik anak didik aku kat kuantan yakni opel & epul bg membantu shafiq… dan joe sebagai keeper…

    Aku & sorang member anak didik aku joe (anas) yg xaku kenali aku letakkn sebagai pemain gantian sekiranya ade kecederaan pemain.. aku hanya hantar 7 org dari 8 pemain yg diperlukan coz xde player bekelayakn aku jumpe melainkn membe2 aku yg xleh men..erm..

    Name2 anak buah aku yg Men I Metro
    1.Joe( 22 thn)
    2.Shafiq (21 thn)
    3.Epul (22 thn)
    4.Syukeri (23 thn)
    5.Anas (22 thn)
    6.Opel (23thn)



    Sebelum IMetro ini berlangsung aku minta anak buah aku adakan friendly ngan team2 futsal kat pahang coz aku nak tgk diorang men tahap mane.. Tak Kusangka, epul & anas mengecewakan aku coz pade khamis mlm jumaat..diorang langsung xde stamina..Aku terpaksa tegur epul mcm xpercya seorng askar xda stamina & byk rembatan jauh sasaran gol..adeeiii..

    Anas plak seorng guru sukan yg mengajar bola kat sekolah menengah.. Passing xtepat & xde control ball langsung merisaukan aku serta memalukn guru sukan je..erm.. pade mlm tuh shafiq plak xdpt men coz baru abis latihan bolasepak utk sukan sukma nanti.. manakala opel xdapat men coz ade masalh peribadi..Aku tgk shukri bermain ngan baik tp xleh bermain epul & anas pade mlm tuh…

    Keesokkan ari nya yakni hari jumaat (9/04/10), Aku terpaksa susun strategi semula.. opel & shukri sebagai pemain pertahann & aku ngan shafiq sebagai striker.. nak xnak aku kena men wpun sakit dari melihat kepincgn bahgian seragn… aku xnak men tapi terpaksa men..

    Jumaat mlm aku gi ngurut kaki kanan aku..huhu.. siap kena tegur ngan pok tukang urut nih.. jgn men ganeh2 futsal.. klu boleh berhenti utk 2 & 3 bulan.. jgn minum air batu serta air bergas.. xelok utk org aktif sukan.. aku mengiyakan nasiht pok.. dlm ati aku.. pok ni xtau ker sok pagi ari sabtu aku nak men Imetro..huhu.. Aku janji abis tonemen nih aku rehat ar..hehe.. :P.. mase tonemen nanti aku terpaksa pakai bandage ar nak kurangkn sakit..

    Pade pagi kejohan tuh..Peringkat kumpulan
    Mase perlawanan adelah 5 minit separuh mase pertama & 5 minit separuh mase ke 2..
    game 1 aku men menang 1-0..
    game 2 aku reserve coz kaki aku terasa sakit sgt pas men game pertama & aku ganti ngan epul.. game 2 nih team aku menang 2-0.. aku rasa lega tgk epul mase tonemen nih main ngan baik & dapt wat gol ngan shafiq.. team aku (Kilauan FC) menjadi johan kumpulan..

    Pusingan kedua (kalah mati) ..
    aku xmen gak coz aku tgk epul dah bermain ngan baik..
    team aku menang 2-0… tetiba second half ,shukri injured kat lutut akibat dirempuh & terpaksa dikeluarkan.. nak xnak terpaksa aku men bagi menghabiskan mase setelah leading 2-0..

    Pusingan ketiga (kalah mati)
    Aku berhadapn dgn team Ampang d’maya yg masuk metro hari nih..
    (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AmpangD__8217_Mayaunggul/Article/index_html )
    Bukan team dia yg juara ar.. Final - Alam megah vs Gelombang.. Alam megah menang sepakn penalti…mengong betul reporter sukan nih..huhu.. Ampang d’maya no.3!!

    Perlawanan menentang Ampang d’maya nih sungguh dramatik & mendebarkan jurulatih ampang nih..
    1st half aku xmen.. aku tgk epul gugup & xleh main ngan baik .. aku ketinggalan 1-0..2nd half aku tarik epul kuar & aku men wpun sakit.. bak kate pepatah.. alang2 sakit biar sampai pangkal peha..huhu..
    minit ke 2 aku jaringkn gol pernyamaan.. minit ke 3 aku jaringkan gol lagi.. keduduakn 2 -1..
    Minit ke-3 aku wat gerakan & mengelecek ala2 messi & ronaldo lepas pertahn lawan & keeper.. aku ingat nak rembat tapi baru nak angkat kaki dah terasa sakit.. aku terus pass kat shafiq yg xde org jaga serta pintu gol lawan dah terbuka luas setelah keeper keluar nak tangkap bola kat kaki aku..

    Mase nih aku menjerit n marah sungguh kat shafiq.. keeper xde pun xgol & penat2 je aku mengelecek.. klu x, kedudkn dah jadi 3 -1.. bukan sekali, tapi 2 kali kesilpn same berulang.. yg sepatutnya team Ampang d’mya tewas 3 – 1 @ 4-1 ditgn team aku gara2 rembatn shafiq tersasar.. sepatutnya xperlu rembat pun dah boleh gol hanye kuis/tolak skit je dah gol .. betul2 ar memalukn team sukma pahang..adeii…
    Nasib xmenyelebahi team aku.. bilamana minit2 akhir yakni minit ke -5.. diorang samekn kedudukn 2-2 & 3 saat sebelum tiup wisel diorang gol lagi… menjadikn 3-2.. xsempat nak kejar dah…

    Kesilapn nih terjadi kat shukeri plak xfokus & xmarking lawan rapat2.. membiarkn pihak lawan melakukn rembatan tanpa halangn… adei.. dah ar keeper sekolah je aku amik.. huhu.. tapi joe main keeper ngan baik ar coz byk gak percubaan 1st half diselamtknnya…Setelah perlawann tamat aku just bg kata2 semangt je ar kat anak2 buah aku nih..

    1. Jgn sombong wapun kita dah men taraf negeri. .tgk je ar shafiq.. byk kali depan gol xgol2… klu coach sukma tgk.. mesti malu muka dia..

    2. kat shukeri plak.. Dia men ngan baik sebagai pemain negeri & xsombong.. Cuma dia hilang focus coz semata2 nak kejarkn ke Bukit Jalil tgk Final Piala FA antara Kedah & N.9..membe dia sponsor tiket bola…dah byk kali aku nasihatkn ketepikan dulu tgk bola & tumpukan perhatian.. nak tgk bola kat TV pun ade..erm.. wlpun dia mengganguk tp diraut wajah dia aku tau dia nak jugak pergi.. terang2 aku dgr dia kol membe mase team aku jadi johan kumpulan dia janji nak pergi bukit jalil gak.. aku geleng kepala je..erm.. sebab tu, pusign ke-2 dia injured & pusingn ke-3 hilang focus nak men..

    Kesimpulannya..
    Bilamana team Ampang D’maya cipta name di pantai timur semalm semuanya tunduk rasa kekesaln.. Kesilapan hilang fokus dan xmemberi komitmen pade pasukan adelah punca utama tewas kat ampang D’maya…

    Sememangnye niat aku dari awal nak lihat diorang juara & aku begitu yakin sekali semasa menjadi johan kumpulan… menentang bekas2 pasukn negeri yg tewas mudah ditgn anak buah aku pade peringkt kumpulan… tapi sampai satu tahap diorang hilang matlamat asal..
    Pepun nih.. aku anggap menda nih pengajaran & penglamn kat diorang.. Aku xsalahkn diorang coz mase I Metro nih ar aku baru gabungkn diorang & aku tgk memng ade keserasian.. Cuma aku perlu gantikan epul & anas coz dia xleh men tonemen.. rase gugup dan kurang stamina.. aku kena cari reserve yg betul2 konsisten sekiranya aku & syukeri injured..

    Sekian.. Majulah sukan Futsal utk Negara..



    *Suratan takdir terpaksa aku terima.. klu tak., Kilauan FC tajuk sukan utama I metro hari nih..erm... kebaykn kejohanan yg aku menang ade sponsor dari penaja samada individu @ team... Pertandingan adelah perjudian.. aku pernah berdebat tentang hal ini dulu ngan sorang forumer..pepun andai ini adelah benar maka aku xkisah sgt nape aku xleh menang wpun ade kekuatan.. Ya Allah, wpun niat hambamu ni baik, tapi klu care xkena.. maafkanlah dosa hambamu ini..Amin..

    Labels:

    posted by Amrixxx @ 3:28 PM, ,

    Image Hosting by imagefra.me

    Hasbi Rabbi Jallallah


    Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud ‘…dan Tuhan kamu berfirman, ‘berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu‘- surah al-Mukmin : 60, dan ‘Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian’ -surah al-Baqarah: 168.


    Firman Allah yang bermaksud, ‘Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia‘ - surah ali-Imran : 191.






    Elok ar pagi jumaat nih kiranya kita menagis mendengar alunan zikir serta meminta keampunan dari Allah akan dosa2 yg telah kita lakukan serta menzalimi diri sendiri tanpa kita sedari.Astagfirullah a'azim.

    Labels:

    posted by Amrixxx @ 10:25 AM, ,

    Image Hosting by imagefra.me

    Wong Fei Hung @ Faisal Hussein Idolaku

    Sebagai seorang peminat Seni Beladiri, aku menjadikan Wong Fei Hung idolaku sebaris dengan Wali Songo, Datuk Bahaman,Mat Kilau ,Tok Janggut & ramai lagi pejuang2 islam yg menentang keganasan serta penindasan kepada rakyat..

    Kehebatan pejuang2 islam dalam menegakkan keadilan sememangnya sukar untuk dinafikan pada zaman dahulu kala.. Disaat aku masih hensem kecil remaja yakni ketika berumur 6 tahun, cita2 sampinganku hendak menjadi seorang pejuang seperti Datuk Bahaman & Mat Kilau yg hanya nama itu aku kenali dulu..

    Setelah mengkaji & teruskan pengajian.. xperlulah menjadi seorang askar @ mengunakan senjata api menentang musuh sekiranya ilmu agama menjadi amalan seharian utk menanamkan semangat jihad.. Beratus2 askar yg mengunakan senjata api belum tentu menewaskan seorang ulama yg hebat bertempur seperti wali songo & wong fei hung @ Faisal Hussein Wong..

    Sebagai seorang muslim, seharusnya kita menentang keganasan & kezaliman walaupun dinegara sendiri sepertimana yg dilakukan WFH. Disamping itu, WFH juga seorang doktor/tabib dan mempunyai akhlak yg mulia menyebabkannya dihormati masyarakat & menjadi lagenda dalam dunia seni bela diri..

    Dalam mengimbau kisah lampau..
    Teringat aku mase belajar silat mase mula2 & muda hensem dulu.... aku kena marah ngan tok guru coz dia cakap mane ade silat men terbang2 ..Mase nih aku betul2 bersemangt waja dan terpengaruh ngan citer WFH melakukan tendangn tanpa bayang.. aku masukkan unsur2 kungfu dlm silat.. huhu.. walhal silat kebanyakkan bertahan daripada melakukan serangan..hehe.. Bayangkan dalam mase umur aku 7 dan 8 tahun aku suka bergaduh dan menyahut cabran ngan org yg 5 dan 6 tahun lebih tua dari aku.. klu sebaya n kebawah nih aku xlayan coz anggap xsetaraf.. huhu.. berlagak tul mase nih.. tapi mase umur nih gak ar aku jadi pemalu sgt ngan pompuan..xtau nape..huhu :P

    Bilamana aku dah akil baligh, aku mula memikirkan bergaduh adelah satu amalan bodoh dan menurut hawa nafsu..Tok guru serta org2 soleh selalu berpesan kat aku supaya menanamkan kesabaran selagi boleh bertahan dan menolak cabaran yang tidak menguntungkan kedua2 pihak.. tapi kesabaran aku xtahan lame coz beberapa bulan lepas tuh ade plak membe abg aku nak menguji tahap ke 3 r 4 taekwando dia.. nak dekat 10x aku tolak dan menyatakan aku xberapa pandai bersilat dan xde talipinggang pun.. tapi dia nak jugak walaupun aku kate membazir mase.. last2 aku sahut tanpe bukak langkah.. pertarungan malam itu disaksikan oleh abg aku,membe diorang dan hampir 20 org sekeliling budak2 muda..

    Mula2 aku biarkan dia serang n tepis je nak tgk sejauh mane kekuatan dia..Pesan tok guru jgn mulakan sesuatu pergaduhan tanpa sebab munasabah..sekali aku tgk dia dah mula penat aku mulakan serangan dgn bagi percuma tendagan maut (terbang) kat dada & muka dimana kaki kanan aku kat dada sambil libas kaki kiri kat muka dia.. pehtu dak tuh tersungkur sambil tergolek2… belum sempat dia nak berdiri aku teruskan seragn itu lagi sebyk 3 kali.. hingga aku cakap xnak lawan dah.. klu x puashati.. nak pukul aku..silakan.. last2 dia mengalah.. pagi sok aku tgk ade 3 tanda tapak kasut aku kat dada dia..huhu.. last2 aku aku minta maaf & xde niat nak wat camtu.. sememangnya diluar dugaan dia yg aku boleh wat tendagn camtu pade usia 12 tahun..erm..

    Kalau nak ikutkan, dlm ilmu silat & taekwando mmg xde sgt tendagn camtu… cuma saje aku nak test n pinjam teknik kung fu dari WFH..huhu
    Lepas peristiwa itu, aku nekad xmau gaduh2 lagi & lebih baik tingkatkn ilmu agama.. coz dalam persilatan ilmu agama itu penting dalam meminta perlindungan dari Allah swt serta menjauhkan diri dari syaitan yg terkutuk.. Ilmu agama itu luas samada persilatan, ilmu alam ghaib, perubatan, sains & mcm2 lagi..Ape yg aku belajar setakat nih masih cetek lagi..erm..

    Ringkasan Riwayat Wong fei Hung @ Faisal Hussein Wong

    Sudah banyak orang yang tahu bahwa tokoh legendaris asal Cina, Sam Poo Kong alias Muhammad Cheng Ho adalah seorang Muslim. Namun nampaknya masih banyak yang belum tahu bahwa masih banyak tokoh China legendaris yang ternyata beragama Islam. Dua di antaranya ialah Wong Fei Hung dan Judge Bao.

    Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
    Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.

    Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
    Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

    Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.
    Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.

    Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

    Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

    Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

    Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

    Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.
    Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya meninggal dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

    Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

    Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.



    Klu time mengaji mase kecik dulu..asal ade citer Pendekar & Mahaguru kat TV.. cepat2 je aku balik dan bagi alasan.. semata2 nak tgk skil persilatan..huhu :P

    Labels:

    posted by Amrixxx @ 5:02 PM, ,

    Image Hosting by imagefra.me

    Yakinlah Aku Menjemputmu

    Teringat selalu wajah kekasihku
    Saat ku menuai lagu
    Coba engkau dengarkan
    Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
    Ku ceritakan kisah tentang kita

    Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
    Saat kau mulai terjatuh
    Aku datang menyelamatkanmu
    Ini surga kita tiada yang menguasainya
    Tempat kita bersandar dan bertahta

    reff:
    Tenang sayang, ku pasti akan datang
    Yakinlah aku menjemputmu
    Jangan menangis, hapus air matamu
    Yakinlah ku tetap milikmu

    Tenang sayang, ku tepati janjiku
    Karna kau wanita terhebat
    Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
    Biar seluruh jagad raya tahu

    Tenang sayang, ku sambut engkau datang
    Ku yakin engkau menjemputku
    Jangan menangis, hapus air matamu
    Yakinkan ku tetap milikmu

    Tenang sayang, ku pasti akan datang
    Yakinlah aku menjemputmu
    Jangan menangis, hapus air matamu
    Yakinlah ku tetap milikmu

    Tenang sayang, ku tepati janjiku
    Karna kau wanita terhebat
    Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
    Biar seluruh jagad raya tahu

    Tenang sayang, ku sambut engkau datang
    Ku yakin engkau menjemputku
    Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
    Biar seluruh jagad raya tahu
    Kau milikku

    Labels:

    posted by Amrixxx @ 3:31 PM, ,

    Image Hosting by imagefra.me

    Tangisanku Suara Bertaranum





    Bacaan Surah Yaasin oleh adik Muhammad Ahmad Zahid Al Hafiz dan Ustaz Dzulkarnain Hamzah membuatkan diriku berada dlm tangisan.. seperti mimpi belasan tahun yg lalu menjadi kenyataan...Aku pernah mendengar suara mereka yang sungguh merdu dan mempesonakan..Subhanallah.






    Diantara keutamaan membaca Al-Qur’an, iaitu:

    1. Akan mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT

    Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mempunyai 2 ahli diantara manusia”. Sahabat bertanya, ”Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab, “Ahli Al-Qur’an adalah ahli Allah, dan orang-Nya khusus.” (HR Ahmad dan Ibnu Majah)Dalam hadist yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Dikatakan kepada orang yang berteman dengan Al-Qur’an, “Bacalah dan bacalah sekali lagi serta bacalah dengan tartil, seperti yang dilakukan di dunia, karena manzilah-mu terletak di akhir ayat yang engkau baca. “ (HR Tirmidzi)

    2. Al-Qur’an akan menjadi penolong di hari kiamat

    Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Al-Qur’an bertemu pembacanya pada hari kiamat saat kuburannya dikuak, dalam rupa seorang laki-laki yang pucat. Dia (Al-Qur’a) bertanya, “apakah engkau mengenalku? Dia menjawab, “aku tidak mengenalmu!”. Al-Qur’an berkata, “Aku adalah temanmu, Al-Qur’an, yang membuatmu kehausan pada siang hari yang panas dan membuatmu terjaga pada malam hari.Dari Abu Umamah ra, Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah Al-Qur’an, karena ia akan datang pada hari kiamat, sebagai pembela pada orang yang mempelajari dan mentaatinya.” (HR Muslim).

    Dari An Nawas bin Sam’an, Rasulullah SAW bersabda, ”Pada hari kiamat akan didatangkan Al-Qur’an dan orang-orang yang mempraktekan di dunia, didahului oleh surah Al Baqarah dan Ali Imran yang akan membela dan mempertahankan orang-orang yang mentaatinya.” (HR. Muslim)

    3. Setiap huruf akan mendapat 10 ~ 700 pahala


    Dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah bersabda, ” Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan tiap hasanat mempunyai pahala berlipat 10 kali. Saya tidak berkata Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dn Mim satu huruf.” (HR Tirmidzi)

    4. Akan mendapat doa dari para malaikat


    Dari Aisyah ra, Raslullah SAW bersabda, ”Orang yang mahir dalam membaca Al-Qur’an akan berkumpul para malaikat yang mulia-mulia lagi taat. Sedang siapa orang yang megap-megap dan berat jika membaca Al-Qur’an, mendapat pahala 2 kali lipat.” (HR Bukhori, Muslim)5. Akan mendapat ketenangan

    Dari Al Barra bin Azib RA, “ Ada seorang membaca surat Al Kahfi sedang tidak jauh dari tempatnya, ada kuda yang terikat dengan tali kanan kiri, tiba-tiba orang itu diliputi oleh cahaya yang selalu mendekat kepadanya, sedang kuda itu lari ketakutan. Dan pada pagi hari ia datang memberi tahu kejadian itu kepada nabi SAW, maka bersabda nabi SAW, ”Itulah ketenangan (rahmat) yang telah turun untuk bacaan Al-Qur’an itu.” (HR Bukhori dan Muslim).

    Labels:

    posted by Amrixxx @ 3:23 AM, ,

    Image Hosting by imagefra.me

    The Authors

    Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

    "Khairul Amri"

    Kilauan Dimataku

    Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

    Image Hosting by imagefra.me

    Sajak Dimataku

    Indah nian malam cemerlang
    Bertaburan beribu bintang
    Sayang rembulan bersendirian
    Seperti tiada berteman
    Sungguh ada beribu bintang
    Hanya satu indah berseri
    Walaupun berjuta sayang
    Yang mana satu idaman hati

    Cari bintang kejora
    Berseri dan bercahaya
    Tapi sayang dik sayang
    Kejora di awang-awang
    Kalau bulan yang kesepian
    Jangan pungguk yang dirindukan
    Jikalau mencari kawan
    Bintang di awan sanggup temankan....


    ~Amrixxx~

  • Lets Shout

    Aku Dimataku

    Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

    click for more

    Sedang Berkilauan Di Mataku

    Links

    Blog Mataku

    Archives

    Previous Posts

    Recent Comment

    IP Mataku

    IP

    Siaran Mataku

    TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

    Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

    Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

    gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

    Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




    Get this widget!


    MusicPlaylist
    Music Playlist at MixPod.com