Memburu Impian & Kesabaran
Thursday, April 29, 2010
Salam semua..
Kat cni aku nak mintak pendapat korang ar mane besh diantara pergi ke Hutan Endau-rompin jungle tracking dan memburu / memancing kelah selama 4 hari..@ mencadat sotong & memancing ikan dilaut selama 2 hari 1 malam? hehe :D atau dedua xbesh.. lagi besh klu tido kat umah ke..huhu.. : segala pendapat,kritikan & pandgn dialu-alukan..
______________
Kata2 diatas adelah keperluaan aku untuk mengetahui pendapat2 kengkawan di webkl dan speedfinger yang mana menarik dan besh.. walaupun kedua2nya mmg besh..huhu :D
Sudah lama rasanya aku xmenerjah hutan dan menunjukkan skil selok belok dalam hutan..
ada rasa 6 tahun xmasuk hutan selepas mendaki Gunung Arung di Mersing.. pengalaman yg menyoronakkn aku bersama kelab rekreasi..huhu.
Aku amik keputusan pergi Endau-Rompin bermalam disana selama 4 hari 3mlm.. Seramai 20 org akan sertai group aku n gerak sekali ke hutan sebelum berpecah klu dah sampai destinasi..Dijangkakan kul 2pagi group aku masuk hutan dan sampai ke tempat yg dituju kul 8pagi klu xde ape2 halangan....
Sebelum berangkat, Aku juga perlu menguatkan diri zahir & batin coz dalam hutan mcm2 boleh terjadi..bak kate org, pandangan mata selalunya menipu..so, aku harap selamat dari tipu daya itu..amin
Barang2 keperluan utuk aku menerjah hutan bersama membe2 pada malam esok adalah :-
Senarai Barang Keperluan
1. Beg Tracking
2. Sleeping bag
3. Kasut Getah
4. Stoking (2 pasang)
5. Berus Gigi
6. Ubat gigi
7. Parang /Pisau
8. Lampu kepala (Bateri AAA 9 biji)
9. Sabun & Syampu
10. Tuala Mandi
11. kain Pelekat
12. Baju & Seluar Tidur
13. Milo 3+1
14. Makanan segera (magee & coklat)
15. Air 100Plus – 2 botol
16. Selipar
Aku Harap sahabat sekalian mendoakan keselamatan aku pergi dan pulang.. dan jua mendoakan aku makan ikan kelah kat sane erk..ehehe :D
Nabi telah menjelaskan beberapa keadaan mustajab untuk berdoa dalam hadis baginda yang sahih, daripada Abu Hurairah beliau mendengar Nabi bersabda bermaksud:
"Tiga doa yang mustajab tanpa ada keraguan; Doa orang yang DIZALIMI, doa orangyang BERMUSAFIR dan doa seorang AYAH kepada anaknya."
p/s- kredit tu empunya gambor..huhu :P
Labels: Air Terjun Mataku
posted by Amrixxx @ 4:24 PM,
6 Comments:
- At April 29, 2010 at 5:07 PM, uj said...
-
salam am
hmmm endau rompin saya tak pernah pergi tapi kalau balik selalu lah lalau area ni...hmmm rasenye kalu gi candat best gak... cuma yang tak sedap panas...tapi tengok laut lepas pe ag kat trg ...ada jugak rase kepuasannya tersendiri...endu-rompin ye lahh hutan kan... redup .....
p/s rekreasi kat pdg pasir di syria dan jordan dulu pun best gak... lum lagi sudan kan... - At April 29, 2010 at 5:35 PM, Anish said...
-
warghhhhhhhhh!!! am gi aner? endau ke mencandat? ehehehe anis nak gi mencandat gak sempena musim2 pertandingan mencandat ni..ehehehehe tak sabarnyerrrr nak tunggu mlm ahaks!!!
apepun ati2 tau ms dlm hutan tu, pandangan mata kasar selalu tertipu so gunakan akal yang naqli dan mata hati yang luhur tak pernah tertipu. - At April 29, 2010 at 5:47 PM, Amrixxx said...
-
am to UJ - salam..ekceli tahun lepas aku dah g mencadat kat dungun.. tahun nih akan pergi lepas aku g memburu kot..pepun, bermusafir byk mengajar erti kesabaran & kepuasan..hehe..
am to nish- huhu.. lupe plak nak cp.. am amik keputusan g endau.. coz dah lame xlepak dlm hutan..ehehe.. :D
nish masuk tonemen mencadat biler n kat ner?
membe2 ramai gak masuk..huhu..
yeps..Insyaallah am akan lebih berhati2 & guna mata hati asalkn syg doakn keselamtn am..ahaks.. :P - At April 29, 2010 at 8:39 PM, FARYN said...
-
jeles! huh
- At April 30, 2010 at 5:30 PM, bofoyengfeng said...
-
lu tak bawak ubat nyamuk ka? syampu pun nak bawak ke bro? lain kali lu bawak pisau rembo je..baru la survivor..keh keh keh...
- At April 30, 2010 at 6:50 PM, Amrixxx said...
-
am to vin - jeles nape lak vin.. ko nak ikut ke? meh ar.. huhu :D
am to kemat - aku xbawak ubat nyamuk kemat. aku wat fogging je.. huhu...
Pisau rambo pendek ar kemat.. aku guna pedang samurai & sniper je..hehe :D
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku
Post a Comment