"Ceritaku Yang Paling Sedih Fasal Duit"
Wednesday, April 28, 2010
Novel kedua
Bagi menyahut cabaran kayree dan kemat aku berhasrat nak lakarkan disini cerita sedih dalam gembira disaat aku hensem dan comel nakalnya.. ahaks..
_________________
Syair Si pari-pari:-
Tersebutlaah kisaaaaaaaaaahhhhhhhh….
Suka duka ketika sekolahh….
Aduhai kawankuuuuu…aduhhhh sakitttnyaaaaa…
Derita dikau ..kurasai juaaaa….sob sobb…
Seperti mimpi perkenalan aku mencari kawan ketika berada Darjah 1 Melor. Dalam mengimbau kisah lampau yang ingin aku lupakan , terkadang selalu jua bermain diminda, terasa kisah menyayat hati serta tersiat hati ini diwaktu itu. Dua bulan diawal persekolahan aku tiada kawan mahupun sahabat kampung (rodong) kerana aku bukanlah seorang murid yang pintar apatah lagi mendengar kata guru..
Cerita sedih bermula disaat loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Masa rehat aku banyak dihabiskan dengan keseorangan didalam bilik darjah dan terkadang dibelakang bilik darjah.Melepak sambil memikirkan cara camne nak lari dari sekolah dan malas belajar.. Bila perut terasa lapar aku tak pergi ke kantin disebabkan tak tahu camne nak belanja duit yg mak aku berikn 50sen setiap hari..
Apabila hal ini aku utarakan pada mak aku, mak aku siapkan bekal makanan setiap hari untuk aku makan pada waktu rehat agar tiada alasan mengada2 aku xmahu pergi sekolah... Mana tidaknya, mase tadika pun xsampai seminggu mcm2 alasan aku cipta sampai atas meja , bawah meja dan keliling tadika aku berlari sambil menangis nak balik rumah..muahahaa… :P.. Cukup je 2 minggu aku wat perangai.. aku xpergi dah tadika. hohohoreeeeeyyyyy ahaks..
Berbalik pada cerita asal,
Setelah masuk bulan ke-3 diawal persekolahan.. aku dengan rutin harian aku makan dibelakang bilik darjah, aku kerap terlihat kelibat seorang budak lelaki yg keseorangan dan suka memetik bunga2 ditepi pagar dibelakang bilik darjah. Dalam hati aku terdetik menyatakan…
Budak nih xpergi ke kantin ke rehat dan makan!! xde displin langsung..
adekaa patut merosakkan bunga2an yg cantik.. Klu main conteng2 kat kaki lima cam aku nih boleh ar tahan skit..ahaks..
Keanehan budak laki memetik bunga dan daun berlarutan selama 2 minggu membuatkan hati aku terdetik nak mendekati dan menegur akan kesalahan perbuatannya.. Dengan keyakinan dan semangat setiakawan yang aku genggam, Aku memberi salam dan bertanyakan padanya…mengapa tak mahu ke kantin membeli makanan dan rehat disana.. Dengan tenang dan air muka yang bersahaja dia menjawab tidak lapar dan tak suka kat sana.. lagipun dia berasa seronok bermain dan memetik bunga disini.
Aku menangkis jawapan dia dengan menyatakan ape yang dia buat adalah satu kesalahan dan mustahil xlapar sepertimana aku dan budak2 lain.. Aku menyangka kemungkinan besar dia pun sama cam aku xtahu nak membeli.. Seterusnya,
dia menyatakan perbuatannya itu hendak menghiburkan hatinya dan meminta maaf kerana tidak tahu akan kesalahannya.. Pasal ke kantin dia xmengendahkan soalan aku..
Pada keesokkan harinya pula, dia bermain lagi di belakang bilik darjah seperti hari2 biasa dan aku pun sama makan ditempat biasa sambil memerhatikan dia. Disebabkan aku keseorangan aku menegur dia lagi sambil memanggil dia datang kat aku. Apabila dia menghampiri, aku mempelawanya makan dan minum (nasi lemak & air sirap).. Pada mulanya dia xmahu kerana segan tapi aku pujuk dia dengan mengujinya.. aku menyatakan cuba rasa masakan mak aku sikit dan aku xlarat nak habiskan.. Akhirnya dia sudi terima pelawaaan aku dan dengan gelojohnya dia makan..
Tersentak dengan itu, aku bertanyakan namanya dan berkenalan dengan dia. Seterusnya dia memberitau namanya shahril dan berumur sebaya dengan aku tapi berlainan kelas.. Setelah beberapa hari aku berkawan dengan dia dan makan sama2 dibelakang bilik darjah.. aku bertanyakan semula soalan lama aku.. yakni adekah dia sama seperti aku tak tahu membeli ke kantin dan malas belajar.. Dia menjawab dengan jujur dan tenang.
“Tidak Amri! Aku tahu membeli di kantin.. tapi yg sebenarnya aku xcukup belanja kerana setiap hari mak aku beri wang saku sebayak 20sen sahaje. Itu pun 10 sen utk pergi ke sekolah dan 10 sen untuk pulang ke rumah menaiki bas awam. Aku mmg minat belajar tapi orang tua aku adelah orang susah dan aku memahami keadaan dia”..
Mendegarkan jawapan dia sedemikian rupa, aku memalingkan wajahku ke suatu sudut sambil aku menundukkan kepala mengalirkan air mata kesedihan... Terdetik dihati aku, walaupun aku belanja 50 sen setiap hari tapi pergi & balik sekolah ada van sekolah menjemput dan menghantarku pulang.. Duit lebih aku simpan dalam tabung. Sejujurnya, sebelum aku melangkah ke alam persekolahan aku terasa diri aku begitu hina dan daif sekali utk bergaul dengan kawan2 lain..Tapi xkusangka, shahril budak yang aku kenal ini lebih sabar,tabah,tenang dan boleh tersenyum dengan kesusahan yang dialami keluarganya..
...“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solah…”(Al Baqarah:45)
Memandangkan nasib aku dengan dia serupa, aku bersahabat baik dengannya. Hari2 aku berada disekolah ceria sentiasa dan takder ar bosan seperti sebelum ini.. Sekiranya aku rasa lapar atau makanan aku xcukup masa rehat aku akan menyuruhnya pergi membeli dikantin dan banyak perkara aku belajar darinya.. Sesungguhnya, Disebalik kesabaran tersimpul kekuatan… dan disebalik kesusahan, terpancar jua nikmat kesenangan, keriangan dan kebahgiaan… Adakalanya, aku menyindirnya supaya dari memetik & merosakkan bunga lebih baik menghafal lagu kelas muzik.. Seingat aku diwaktu sekolah rendah, lagu paling aku suka dan femes dikalgn murid2 adalah lagu “Ku Tanam Pokok Bunga & Air Pasang Pagi..
Ku tanam pokok bunga , bunga mawar namanya , ku siram dan ku jaga lama besar jadinya..Ku petik bunga mawar, ku selit ditelinga, ku jalan sini sana, harum wangi baunya..
Sebagai penutup bicara,
Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang...
Menemukan aku pada seorang sahabat yang menerangkan apa itu kesabaran, ketabahan, keriangan,tawa dan tangis dlm ketenangan.. Sehingga sekarang aku dapat ertikan bahawa kasih sayang & kebahgian itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit mahupun emas permata..melainkan dengan kejujuran, keihklasan dan kesucian hati sanubari..
Sekian..
_____________________
Disebabkan kesuntukan masa..
so, aku xleh nak tag membe2 lain..sori kayree..huhu :D
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Sebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal mahupun yang belum kamu kenal.” (Muslim)
Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW menjawab: Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.” (Sahihain)
Labels: Cerpen Dimataku
posted by Amrixxx @ 8:14 AM,
8 Comments:
- At April 28, 2010 at 9:19 AM, FARYN said...
-
ko kawan lagi ngan dia tak?
- At April 28, 2010 at 9:28 AM, Amrixxx said...
-
mase aku darjah 3 @ darjah 4 dia ikut family dia pindah ke utara.. aku xtau samada perak @ kedah..erm..
- At April 28, 2010 at 11:15 AM, uj said...
-
bravo la bro...tapi dia bukan mat bunga kan... petik bunga je.. UJ suka jugak bunga ni kadang2 hihihihi salam ziarah...
- At April 28, 2010 at 11:23 AM, Amrixxx said...
-
salam uncle joe..
mekaseh coz sudi ziarah..
yeps.. dia suka petik & main bunga je..
ade ar permainan dgn bunga n daun tuh dia wat..aku xingat..
tapi cam seronok gak ar main camtu zaman kanak2 ribena..hehe
mat bunga???
ekceli disebabkn aku nih pemalu sgt ngan pompuan mase sekolah dulu.. dia ar jadi mangsa aku kim salam & bagi bunga kat aweks2.. so, sape yg mat bunga n romeo?huhu :D - At April 28, 2010 at 12:20 PM, bofoyengfeng said...
-
gua dulu pun suka gak main bunga... bunga api...
- At April 28, 2010 at 12:52 PM, Amrixxx said...
-
huhu..
bunga tuh xyah ckp ar kemat..
semer dak2 suka.. aku dulu main sampai nak terbakar kebun buahan2 orang..ahaha :D - At April 29, 2010 at 9:23 AM, Khairi Mohd said...
-
huahuahau. akhirnya amrixx berkarya tapi aku tak baca lagi ni tau. mmg semua karangan aku tak baca. kalau2 nak edit2 tu buleh la sebelum 1 mei. okeh. aku dah add link mung ni amrixxx..
- At April 29, 2010 at 9:55 AM, Amrixxx said...
-
erm..
klu ko xbace camne aku nak edit?
klu salah ejaan skit2 tuh ko tolong edit xleh ker keri?
ekeke :D
tapi klu aku edit aku rasa nak tukar je watak2 dalam nih..huhu :D
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku
Post a Comment