Kilauan Mataku

SPIN - Utusan Rindu


TASYA bersama anaknya, Putri Salfiah menyiram air mawar di pusara Achik di Makam Tuan Haji Said, Seremban semalam.

SEREMBAN - "Achik beria-ia berpesan supaya saya dan anak-anak menonton program Gah 1 di TV2 yang ditayangkan pada pukul 4 petang kerana dia akan menyanyi secara langsung."

Itulah luahan sebak, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, balu kepada penyanyi, Abdillah Murad Md. Shari, 27, atau Achik Spin yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Seremban petang kelmarin.

Dalam program itu, Achik bersama rakan duetnya, Siti Nordiana Alias menyanyikan lagu Mencari Ketenangan sebelum mendendangkan lagu Engkau Yang Ku Cinta secara solo.



Dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, Achik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda jalan.

Ketika kejadian, vokalis kumpulan Spin itu bersama seorang rakannya, Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Seremban dari Kuala Lumpur.

"Permintaan terakhir arwah itu seperti ada makna tersirat kerana itulah kali terakhir kami melihat arwah masih hidup," kata Rose Zaitul.

Dia yang lebih dikenali sebagai Tasya berkata, dalam perjalanan pulang, Achik menghubunginya. Achik meminta dia serta anak-anak bersiap kerana hendak membawa mereka makan malam di luar.



Al-fatihah untuk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat dan takziah wat keluarganya.. moga tabah menghadapi hari mendatang..

Labels:

posted by Amrixxx @ 8:17 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Takziah Utk Anish...

Takziah Utk Anish sekeluarga...
Seperti yang Am duga..Kerisauan nish dalam beberapa minggu sebelum nih telah menjadi kenyataan..Pemergiaan papa nish anggaplah menemui mama tersayang..memang berat & sedih rasanya hati bilamana berpisah dgn org yang tersayang...Takdir tuhan haruslah kite terima dgn hati yang redha..kelak kite semua akan berada dialam lain jua.. Firman Allah swt:-


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).


Harapan am pada nish..
mungkin ade hikmah disebalik kecederaan pade nish mlm tempoh hari dimana nish mungkin memikirkan kesakitan dari terlalu memikirkan pemergian arwah papa..
Kuatkan Kesabaran dan Janganlah Bersedih..kerana bahagia pasti akan menanti..
Berdoalah pade Allah swt ketika rindu bertasbih dalam sujud,lena & jaga nish teringat pada arwah.. moga2 arwah papa & mama berbahgia disana dgn Rahmat Allah swt..

Akhir kate..
Selepas ini, Jalani ar kehidupan seperti sedia kala dgn semangat baru dalam mencari redha Allah Swt & semestinya arwah berbahgia disana seandainya melihat anaknya ceria selalu dgn hati yang waja..erm..



Al-fatihah utk arwah papa & mama nish yg selamat pulang ke rahmatullah..Semoga arwah dicucuri rahmat & dimuliakn disisi Allah swt..

Labels:

posted by Amrixxx @ 3:46 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Semoga Roh Sahabatku Dicucuri Rahmat

pagi tadi terima mesej kat ym dari cece @ sya..

kawan2.. sedekahkan al fatihah pada mohd hanif abdullah aka ben.. kawan kita ada dapat berita from his mom yg hanif meninggal selasa mlm baru2 nie due to car accident..menurut mama hanif, arwah diuruskan secara islam dan selamat dikebumikan semalam..marilah sama2 kita mendoakan, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman.. al-fatihah.. spread the news..


erm..dgn rasa terkejut,sayu hati & pelik camne arwah eksiden...
aku terus sedekahkn al-fatihah...
dalam fikiran aku hanye tau sakit dia je..erm....

bila fikir2 balik seolah2 ade org cuba nak mintak tolong..
aku kol no.tel dia nak tau kesahihan kot2 sape2 leh ckp..tp xdpt...
bila aku pk balik pasal mama dia.. seolah2 ade sesuatu yg xkena pade arwah..




apepun..
kiranye perkara ni benar..Semoga Roh arwah tenang & dicucuri rahmat..amin

Labels:

posted by Amrixxx @ 10:38 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Tujuh beradik tak mahu berpisah


KUALA TERENGGANU - Tujuh anak pasangan, Baharuden Taib, 45, dan Maimun Ibrahim, 40, yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor Jumaat lalu enggan berpisah dan mereka sanggup hidup bersama walaupun dalam keadaan susah.


Seorang anak pasangan itu, Mohd. Syafiq, 17, berkata, sebagai anak sulung dia akan berusaha untuk menyara kehidupan enam orang adik-adiknya.
"Saya sanggup tidak sambung belajar dan cari kerja selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk sara adik-adik," katanya sambil menahan sebak semasa ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.

Kata remaja itu, memang ada di kalangan saudara-mara yang menawarkan untuk memberi bantuan dan menjaga adik-adiknya.
"Tetapi saya tak sanggup berpisah dengan mereka dan saya rasa adik-adik saya juga begitu," kata Syafiq.

________________
kelmarin...

KUALA TERENGGANU - Empat sekeluarga maut termasuk tiga daripadanya rentung, manakala tiga lagi anggota keluarga itu cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar dalam kejadian di KM 123, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Padang Kubu Kemaman kelmarin.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Saga Aeroback, Baharuddin Taib, 45, isterinya, Maimun Ibrahim, 40, anak pasangan itu Mohd. Nor Firdaus, 2, dan ibu Baharuddin, Esah Salleh, 80-an.

hrm.. takziah & al-fatihah.. aku harap sedara mara diorang bantu walaupun mereka xmau.. sedih betul tgk diorang.. erm..

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:52 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

ZIKRUL MAUT ( INGAT AKAN MATI )

Mati adalah sesuatu perkataan yang paling ditakuti oleh hampir setiap manusia. Setiap orang, juga binatang takut mati, kecuali beberapa manusia yang sudah putus asa dalam kehidupan ini, yang ingin segera mati.Wajar sekali kalau manusia takut mati, sebab mati bererti berpisah dengan segala yang ia miliki atau senangi, berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Berpisah dengan anak dan isteri serta kekasih. Berpisah dengan bapa atau ibu, berpisah dengan harta dan pangkat, berpisah dengan dunia dan segala isinya.

Semua orang takut mati, tetepi ada yang berlebihan sekali, ada pula yang takutnya itu sedikit sahaja, bahkan ada yang tak takut sama sekali, malah berani dan ingin mati. Ketakutan terhadap mati adalah kerana dua hal :-

• Kerana kurang atau tidak adanya pengetahuan kita tentang mati, keadaan mati dan keadaan selepas mati adalah gelap. Semua orang takut menempuh tempat yang gelap dan tidak diketahui.
• Kerana doa dan kesalahan yang sudah bertumpuk dan tidak bertaubat, sehingga mendengar kata mati sudah terbayang azab dan seksa yang diperolehinya akibat dosa dan kesalahan tadi.

Bagi orang cukup pengetahuan dan keyakinan terhadap hidup sesudah mati dan merasa dirinya tak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka baginya tak ada ketakutan terhadap mati malah ingin mati. Tetapi agama Islam melarang orang ingin cepat mati, agar dapat hidup melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya. Dan kalau ingin hidup lama adalah dengan tujuan agar dapat semakin banyak melakukan kebaikan bukan pula untuk dapat lebih banyak menumpuk harta dan kekayaan atau keturunan.

Ada beberapa petunjuk Rasullullah s.a.w. untuk selalu zikrul maut (ingat akan mati) ini, antara lain :-
1. Perintah memperbanyak mengingati mati :
"Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)." ( Riwayat At-Turmudzi )
2. Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud :
"Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." ( Riwayat Ibnu Abiddunya )
3. Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri :
"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )
4. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :
"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

Agar selalu ingat kepada kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut :

1. Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah dalam hadisnya yang bermaksud :
"Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang." ( Riwayat Abiddunya ).Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata : "Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

2. Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati.
3. Melakukan ziarah kubur, sebagaimana sabda Rasullullah :
"Lakukanlah ziarah kubur kerana ia mengingatkan mati." ( Riwayat Muslim )

4. Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh dengan demikian sentiasalah beramal yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda :
"Seutama-utama iman seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan sungguh bahawa Allah s.w.t. itu ada bersama dengannya di manapun ia berada." ( Riwayat 'Ubadah bin Shamit )

5. Sedarilah bahawa perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini difahamkan Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud :
"Pada hari (ketika) lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." ( An-Nur: 24 )

6. Begitu pula agar disedari bahawa perasaan kita selalu disaksikan. Dilihat dan diikuti oleh siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat Raqib dan Atib dan malaikat-malaikat lainnya. Allah s.w.t. berfirman :
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat nadi lehernya sendiri. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri, tiada sesuatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." ( Qaf: 16-18 )

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." ( Ar-Ra'd: 11). (Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad)

Sebagaimana disebutkan di atas bahawa mati adalah satu kejadian yang paling berat, paling menakutkan dan paling mengerikan. Satu kejadian yang pasti akan dihadapi dan dialami oleh setiap manusia, atau kejadian yang tak dapat dihindari dengan cara bagaimanapun juga. Para Nabi dan Rasul, jin dan malaikat sekalipun tidak dapat menghindari diri dari kematian ini.
Dalam Al-Qur'an Allah s.w.t. menjelaskan :

1. Kepastian tentang mati :
2. Kematian itu datang sesuai dengan ajal yang telah ditetapkan ke atas mereka (manusia).
3. Kemana saja manusia pergi/berlari kematian tetap akan mengejarnya.
4. Kematian datang tanpa pilih umur, tanpa pilih waktu dan tempat.
5. Cara mati : Rasullullah s.a.w. bersabda :
Apabila telah tiba hukum Allah kepada seorang hamba untuk mati dan dikuburkan pada suatu tanah, Allah mengadakan suatu keperluan baginya untuk pergi ke tempat itu (sehingga mati dan dikuburkan pada tanah di situ)." ( Riwayat At-Turmudzi )

Satu saat dan tika ku bersendirian di malam yang sepi..ku idam-idamkan mati syahid..kerna itulah cita2 ku dalam dunia ni dari zaman kanak2 ku..kerna dgn itu jua roh dan jasad ku telah bersedia menyahut seruan..

Tapi disaat ku bersiap2 menghadapinya, Ku sedih Lihat ramai teman2ku leka dan gerun akan kematian.. mungkinkah dosa yang dikumpulkan atau ketidakpuasaan tentang hal dunia.. Bertaubatlah sebelum terlewat dan perbanyakkanlah amalan wahai temanku..Banyak Hadis & Al-quran sendiri mengambarkan tentang kematian, kiamat dan azab kubur yg amat pedih.. Yang menjawab bukanlah mulut & akal fikiran kita.. tapi keimanan beserta anggota lain menjadi saksi..

Sesungguhnya Bermegah-Megah Itu Melalaikan Kamu!!
hingga kamu masuk kubur " (At-Takaatsur: 1-2)

Ya Allah Ya Rahman.. Ampunkanlah Segala dosa-dosaku, kedua ibabapaku, sahabat2 ku dan kaum muslimin serta muslimat...
Ya Allah Yang Maha Penyayang,
ku mohon doa padaMu..Berikanlah hambaMu yang hina ini ketenangan jiwa, sucikanlah hati hambaMu ini, tingkatkanlah keimanan hambaMu ini & Berikanlah Ya Allah pada hambaMu ini wajah yang tersenyum indah bila Engkau menjemputku pulang...amin.. amin..amin Ya Rabbal alamin..

Labels:

posted by Amrixxx @ 5:35 AM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Amalan Dunia Dan Akhirat

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Sucikanlah diri kita ke jalan yang lurus... sempurnakanlah fitrah kita sebagai hamba Allah dengan muamalat..agar tenang hati & jiwa kita menghadap Allah Azzawajala..

Labels:

posted by Amrixxx @ 1:38 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com