Tujuh beradik tak mahu berpisah
Tuesday, October 27, 2009
KUALA TERENGGANU - Tujuh anak pasangan, Baharuden Taib, 45, dan Maimun Ibrahim, 40, yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor Jumaat lalu enggan berpisah dan mereka sanggup hidup bersama walaupun dalam keadaan susah.
Seorang anak pasangan itu, Mohd. Syafiq, 17, berkata, sebagai anak sulung dia akan berusaha untuk menyara kehidupan enam orang adik-adiknya.
"Saya sanggup tidak sambung belajar dan cari kerja selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk sara adik-adik," katanya sambil menahan sebak semasa ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.
Kata remaja itu, memang ada di kalangan saudara-mara yang menawarkan untuk memberi bantuan dan menjaga adik-adiknya.
"Tetapi saya tak sanggup berpisah dengan mereka dan saya rasa adik-adik saya juga begitu," kata Syafiq.
________________
kelmarin...
KUALA TERENGGANU - Empat sekeluarga maut termasuk tiga daripadanya rentung, manakala tiga lagi anggota keluarga itu cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar dalam kejadian di KM 123, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Padang Kubu Kemaman kelmarin.
Mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Saga Aeroback, Baharuddin Taib, 45, isterinya, Maimun Ibrahim, 40, anak pasangan itu Mohd. Nor Firdaus, 2, dan ibu Baharuddin, Esah Salleh, 80-an.
hrm.. takziah & al-fatihah.. aku harap sedara mara diorang bantu walaupun mereka xmau.. sedih betul tgk diorang.. erm..
Labels: Maut Dimataku
posted by Amrixxx @ 4:52 PM,
0 Comments:
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku
Post a Comment