Kilauan Mataku

Wanita Solehah Bukan Dustalah

Zairul merupakan seorang suami yang prihatin dan sentiasa bermunajat dimalam hari dalam sujud serta dalam lena tidurnya agar isterinya bernama wani menjadi wanita solehah dikacamatanya. Dalam sujud solatnya memohon keampunan kepada Illahi akan dosa-dosa wani yang lalu dan dari bisikan syaitan yang dilaknat.. Zairul memilih Wani yang berperwatakan dinamik sebagai isteri dengan melupakan segala sejarah silam Wani.. Wani adelah seorang wanita yang bijaksana tetapi lalai dengan keasyikan buaian mimpi dunia dan tawa riang..

Betapa sukarnya Wani membezakan perkara yang hak dan batil..katanya niat dan berfikiran positif itu penting.. walhal dia tidak bisa menilai bahawa niat tidak menghalalkan cara serta terpesong dari cara syariat..
Zairul berpendapat,hati isterinya sudah fasik kerana kerap berbual dan bersama dengan bukan muhrim satu tika dulu serta terpesona dengan alunan lagu dan puisi-puisi syahdu yang menyentuh perasaan..

Harapan Zairul adelah mendidik dan mengajak Wani ke jalan yang diredhai oleh Allah Swt dengan penuh kesabaran dan melayani Wani yang pelbagai karenah.


Tepat Jam 9.30 mlm.. rabu malam khamis..

Zairul yang seminggu berada diperantauan kerna urusan kerja seperti biasa mengirim kiriman sms kepada isterinya tersayang iaitu Wani… smsnya berbunyi..
‘Syg, jom kita online, abang menantimu”
hampir setengah jam dia menunggu jawapan dari wani… namun penantiannya hampa… lalu zairul pun mengambil keputusan menelefon wani tetapi panggilannya pun tidak berjawab..Zairul dengan spontan berfikir sejenak..
“mungkin sygku dah nantok dan tido dengan lena kot”.. erm.. xpe ar..
Oleh itu, Zairul pun mengambil keputusan mengirimkan lagi sms dengan ucapan “selamat mlm syg..rindui abang dalam doa mimpimu yeea… aminn..…jgn lupa kejutkan abg utk sahur pagi sok ..salam syg.. akhiri sms zairul pada wani..

Sepeninggalan Zairul kepada Wani, dia menghadiahkan wani sebuah bacaan untuk dihafal iaitu Zikir Munajat, Asma ul-Husna dan menasihati wani agar keraplah memohon rahmat-Nya agar tenang hati dan jiwa… dengan cara itu hubungan yang terjalin terus berkekalan dengan selamat..Berpisah sementara kerana Allah Yang Maha Pengasih,Mengawasi dan Menzahirkan akan sesuatu yang bersembunyi..
InsyaAllah bang, kate Wani menerima nasihat daripada Zairul dengan hati yang penuh tawaduk dan rendah hati kerana impiannya adalah wanita solehah yang merindukan syurga Allah swt…

Bagi zairul kita hanya merancang dan kita bisa memutuskan sebuah keputusan tetapi itu tetap dalam perancangan seorang manusia..Hanya pada-Mu ya Allah swt jualah sebaik-baik Perancang, Menentukan, Menyaksikan dan Mengetahui segala-galanya apa yang ada dilangit dan bumi serta isi kandungnya kerna kita hamba Allah hanya memegang watak lakonan dari-Nya sejak azali..


Jam 10.00 mlm..

Zairul pun seperti biasa melayari website untuk mengetahui perkembangan terkini dunia semasa serta aktiviti harian temannya..”Astagfirullah a’azim!! bentak hati Zairul terkejut dan semacam tidak percaya kerna menerima hidayah dari-Nya terlihat Wani sedang riang dengan bermain ungkapan manja dengan teman baiknya dulu benama Rizal.. lantas Zairul pun sms dan telefon Wani untuk bertanya kenapa tidak memejam mata lagi kerna hari sudah lewat malam.. tetapi smsnya tidak diendahkan oleh Wani.. dengan kesabaran yang tinggi dan berbaik sangka Zairul hanya memerhatikan sahaja dari jauh karenah wani sehinggalah lewat malam pukul 1 pagi sambil terlena Zairul dalam penantian sahur…



Khamis, Jam 5.30 pagi..

Merdu suara mengaji dari Masjid telah mengejutkan Zairul dari lena.. lalu Zairul lekas-lekas bangun bersahur untuk menunaikan puasa 6 dengan hanya meminum segelas air serta sebiji kurma… selepas sahur, Zairul pun mandi untuk solat sunat dan solat subuh.. setelah selesai solat suboh,Zairul pun seperti hariannya mengalunkan zikir munajat untuk menenangkan hatinya yang sayu serta bermunajat memohon keampaunan untuk isterinya kerna melihat wani lucut dari berpegang janji terhadap Yang Maha Esa atas sepeninggalannya.

Jam 6.30 pagi..

Dalam keasyikan mengalunkan zikir, telefon bimbit Zairul berbunyi menandakan sms diterima… lantas Zairul pun menghentikan seketika puji-pujiannya pade Illahi dan bingkas bangun melihat pesanan sms yang diterimanya..riang hatinya kerna menerima sms dari wani isteri kesayangannya..Pucuk dicipta ulam yang mendatang..sekali lagi Zairul tersentak..Alangkah pilu serta terkilannya hati zairul melihat kata-kata dari wani.. "huhu..maaf bang, malam tadi syg tido awal dan tak ingat dunia”… Ya Allah, ungkapan palsu apakah sygku ucapkan ini.. buta atau rabunkah mataku Ya Allah melihat dia berbual-bual manja dengan temannya malam tadi hinggakan waktu tertera pada luahan website temannya itu??.. wanita solehah atau wanita dustalah yang ku ajar padanya Ya Allah Yang Pengasih Lagi Pengampun… sob..sob..sayu hati kecil Zairul mengadu pada Allah swt..

Dengan penuh kezuhudan, Zairul membalas sms isterinya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku… “Solatlah dulu syg barulah ingat dunia”… kata Zairul dalam sms itu… dengan penuh kesayuan hati Zairul menyatakan apakah isteriku ini tidak mahu mengenal atau melihat dunia ini lagi dengan berkata demikian rupa??? Apekah sygku tidak mengerti bahawa apa yang ade dilangit dan bumi serta isi kandungnya adelah dibawah Kekuasaan Allah swt Yang Maha Memerhati dan Menguasai dirinya!!! Zairul tidak kisah apa jua alasan wani tetapi biarlah berpada-pada kerna kata-kata adelah doa jua..Astagfirullah a’azim!! ..
Zairul hadapi semua ini dengan tabah kerna dia sedang berpuasa..Kemudian, Zairul pun sambung balik pujian-pujiannya pade Illahi hingga waktu untuk pergi bekerja…


Jam 10.oo pagi

Zairul yang sedang bekerja menerima sms mengejut dari Wani yang mengadu serta merintih kesakitan akibat dari pancainderanya seolah-olah seakan tidak nampak akan dunia..Terlintas difikiran dan benak hati Zairul, apekah sepantas ini Ya Allah azab balasanMu kepada isteriku akibat durhaka kepadaku yang bertakwa padaMu?? Tiada daya dan upaya ku Ya Allah sekiranya engkau turunkan balasan akibat tutur katanya yang nista!! Lantas dengan segera Zairul berdoa pada Allah Swt.. “ Ya Allah ampunkanlah dosa isteriku sebelum ini dan akan datang.. yang pasti dan belum pasti, selagi nafasku menghembus dan selagi aku terus bermunajat kepadamu Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..Ya Allah jauhkanlah penyakit itu darinya sesungguhnya Engkaulah yang mendatangkan penyakit dan sesungguhnya jua Engkaulah Maha Penyembuh akan sesuatu penyakit…amin amin amin ya rabbil alamin…
Tanpa berlengah masa, Zairul membalas sms itu dengan menyuruh wani bertenang dan pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan dan mengirimkan doa dari surah ar-Rahman untuk merawat sakit itu…

Seminggu penderitaan yang dialami Wani belum sembuh membuatkan Zairul hari-hari bermunajat dimalam hari,beristighfar dan Qiamulail memohon keampunan… Sesungguhnya, Azab Allah swt amat cepat pada siapa dikehendaki-Nya serta janganlah kita mempermainkan akan nama-Nya dengan berjanji manis dimulut tetapi pahit menghayatinya dihati..


Pada kul 3.00 pagi, khamis malam jumaat yang sepi…
Dalam lena mimpi Zairul terdengar bisikan suara dalam hatinya.. "sekiranya hendak sembuh penyakit isterimu, suruhlah agarnya taubat nasuha, mengalunkan bacaan yassin selepas maghrib,doa taubat,istighfar & zikir munajat serta puji-puijian pade Illahi selepas solat.. disitulah tepat kedamaian & ketenangan yang sebenarnya.. InsyaAllah..



Sekian….

Labels:

posted by Amrixxx @ 6:25 AM,

4 Comments:

At October 22, 2009 at 10:55 AM, Blogger ~* chirpy_chummy *~ said...

bersabarlah..kdg2,ALlah berikan petunjuk yg x nmpk d mata kite,tp Dia menunjukkan dgn cara halus...kite yg ade akal fikiran ni kena gunakan sebaik mungkin,menimbal balik ape yg cuba d tunjukkan oleh Dia..Subhanallah..hanya doa dan doa yg mampu d adukan kepadaNya..Dia Maha Segalanya..

Ya Allah,ampunilah diri ini..astaghfirullah...

Wallahua'alam.

 
At October 22, 2009 at 11:58 AM, Blogger Amrixxx said...

huhu.. kesimpalan pe yang ko wat mar.. :p

Doa utk sihat..

Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

 
At October 22, 2009 at 12:11 PM, Blogger Amrixxx said...

sambung....

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

 
At October 22, 2009 at 12:54 PM, Blogger ~* chirpy_chummy *~ said...

asal ko tny camtu? kesimpulankah itu? hrmm.. juz curious,cane ko bley kate aku bt kesimpulan? jeng jeng jeng.. it's juz my 2 cents,berdasarkan cerita d atas ^^

 

Post a Comment

<< Home

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com