Kelebihan Puasa 6
Sunday, October 18, 2009
Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya.
Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’
Dari Abu Hurairah (r.a), Nabi bersabda:
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan 6 hari di bulan syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun"-ALBAZZAR
Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam.
Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang2 yang mengejar ni'mat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.Ganjaran pahala diberikan oleh Allah taala kepada mereka yang berpuasa enam di bulan syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun...
Diantara kelebihan2 puasa enam hari di bulan syawal ialah:
# puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan
# sebagai tanda bersyukur kepada ni'mat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti ni'mat kesihatan tubuh badan yang baik
# mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya
# memudahkan malaikat al-maut mencabut nyawa
Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat2 yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan-NYA jua
Hari ini hari terakhir aku menyempurnakan puasa 6..ngee.. esok aku akan merdeka & nak berhajat serta bernazar lak..huhu..Alhamdulillah..
Labels: Syawal DiMataku
posted by Amrixxx @ 6:59 AM,
2 Comments:
- At October 20, 2009 at 11:03 AM, Anish said...
-
elehhhh..nish pun dah habis pose gak :p
- At October 20, 2009 at 8:25 PM, Amrixxx said...
-
huhu..ye ker... ngeeeh!! :P
klu camtu ape hajat & nazar nish??huhu..
am dah berhajat dah..tapi mase je yg sedang menanti.. muahahaha :p
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku
Post a Comment