Doaku BuatMu Ya Allah..
Saturday, October 24, 2009
Diwaktu pagi yang kedinginan ini,
Hambamu ini menadah tangan memohon doa,
Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Berikanlah hambamu ini petunjuk dan taqwa,
Iffah dan kekayaan jiwa rohani serta jasmani..
Akhlak yamg mulia dan tingkatlah darjat hambamu ini Ya Allah...
Sesungguhnya Ya Allah Ya Rabb,
Hambamu ini telah melihat melalui Hidayah dariMu,
Disaat sedang Zikirullah dan dalam mimpi yang tenang,
Hingga tak sanggup hambamu melihat lagi..
Melihat sebuah kemungkaran dan pengkhianatan yang nyata,
Sikap munafik dan fasik temanku yang tidak memahami KetentuanMu..
Ya Allah, Seandainya temanku berada didalam keadaan ini,
Maka sesungguhnya mereka berada kesesatan yang nyata,
Tiada guna dan makna ku berdoa serta bermunajat padanya,
Kiranya mereka menyombongkan diri dan memaling muka dari kebenaran...
(63:6)
Sama saja bagi mereka, kamu mintakan ampunan atau tidak kamu mintakan ampunan bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
Ya Allah Ya Rahman..
Berikanlah hambamu ini kesabaran dan kekuatan dari segala sudut sanubari,
Menepis segala fitnah dan umpatan keji dari belakang tabir..
Berikanlah taufik dan hidayahMu Ya Allah kepada temanku seandainya dia alpha..
Sesungguhnya Engkau Maha Menzahirkan akan segalanya..
Mereka Merancang segala sesuatu dengan penuh kepura-puraan,
Sedangkan Engkau lebih mengetahui ape yang mereka sembunyikan,
Dan Menjadi penentu sebagai Balasan pada mereka..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Hapuskanlah perkara yang batil dan kembalikanlah yang hak...
Jauhkanlah hambamu ini dari teman munafik dan fasik,
Kekalkan dan tetapkanlah keimanan hambamu ini..
Berikanlah HambaMu ini Ya Allah...
KejaYaan yang cemerlang hidup di Dunia dan Akhirat,
Agar aman,tenang dan tenteram jiwa hambamu ini...
Ya Allah Perkenanlanh Doa HambaMu yang hina ini..
Amin.. amin..Ya Rabbal Allamin..
Semua orang Islam yang berilmu khususnya ilmu Aqidah dan Fiqah berlumba-lumba ingin menjadi orang mukmin dan orang solih, mereka sentiasa berusaha dan berdoa agar terhindar daripada menjadi orang munafik atau memiliki sifat munafik.
Orang munafik ialah orang yang berpura-pura Islam.sifat pura-pura ini kekadang mereka sendiri tidak menyedarinya kerana ketentuan itu bergantung kepada tingkahlaku dan tindakan yang dilakukan oleh seseorang individu.
Sekiranya diketahui lebih awal sifat-sifat yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi munafik, mungkin akan dielakkannya, jika dengan sengaja merempuh dan melanggarnya bermakna mereka itu sememangnya tergolong di dalam golongan tersebut.
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia melampaui batas (Hadis riwayat Ahmad)
Labels: Doa Dimataku
posted by Amrixxx @ 2:47 AM,
0 Comments:
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku
Post a Comment