5 Mitos dan Realiti Perkahwinan
Wednesday, August 5, 2009
"Ramai yang menduga atau percaya sesudah berumahtangga hidup akan menjadi istimewa.
Sesudah berkeluarga semua keperluan akan dipenuhi oleh pasangan. Anak-anak akan menyemarakkan suasana dan hidup akan bahagia sampai selamanya. Namun adakah semua yang anda impikan ini tercapai? Berikut adalah lima mitos dan fakta perkahwinan yang perlu anda fikirkan.
Mitos 1 : Perkahwinan akan mengakhiri semua kesepian kita.
Realiti : Ramai pasangan yang berkahwin tetapi tetap kesepian.
Mitos 2 : Perkahwinan akan membuat diri jadi sempurna
Realiti : Pasangan saling melengkapi satu sama lain tapi tidak menjadikan pasangannya sempurna.
Mitos 3 : Pasangan yang saling mencintai tidak akan menghadapi masalah dalam perhubungan.
Realiti : Hampir semua hubungan mengalami turun naik. Masalah sehari - hari dan dugaan hidup sering kali akan menutup perasaan romantis suami isteri.
Mitos 4 : Perkahwinan akan membuat seseorang bahagia
Realiti : Anda tidak boleh berharap pasangan akan membahagiakan anda. Sebaiknya kebahagian itu berasal dari dalam diri anda sendiri.
Mitos 5 : Pasangan harus tahu keperluan-keperluan tanpa perlu diluahkan.
Realiti : Hanya kerana sudah jadi suami isteri tidak bererti anda dapat membaca fikiran pasangan."
Labels: Mitos Perkahwinan
posted by Amrixxx @ 10:04 AM,
0 Comments:
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku
Post a Comment