Terlajak Perahu Boleh diundur.. Terlajak kete??
Wednesday, July 21, 2010
Pada suatu malam yg kelam.. yakni 18/07/10 aku ngan membe bertolak dari shah alam ke Kerteh.. bertolak lewat kul 9mlm dan pukul 2.30 pagi aku sampai ke rumah.. Sepatutnya aku bertolak kul 4ptg tapi ada masalah teknikal dari membe aku terpaksa bertolak mlm.. Aku hanya ckp sepatah dua bahawa aku xleh drive mlm2... dia pun ckp okey n boleh drive sampai rumah..Secara zahir dan jujurnya, aku xleh drive kete mlm2 coz silau dan mungkin membahayakn diri.. tetapi mlm tuh, member aku dah penat serta mamai setelah Exit di Tol Jabor,Kuantan kul 1.30pagi.. Oleh itu, terpaksa ar aku drive sendiri kete aku.. membe aku xbagi dan nak rehat dulu..tapi aku ckp xpe ar coz kereta xbyk tgh mlm n aku boleh drive slow2.. slow2 pun lebih dalam 100km/jam gak masuk jalan kampung..ekeke.. :D
Alhamdulillah kul 2.30pg tiba dirumah..Setelah tibanya dirumah pagi itu dan aku nak parking kete kat tepi pokok..tiba2...****tak sanggup aku nak cakap****** ahaks..
___________________________
update 22/07/10
aku nak parking kete dalam rumah tapi dah penuh.. so, aku parking dekat pokok sawit nih..Tiba-tiba.. aku rase cam dekat sgt parking kat pokok sawit nih.. kang xpasal2 pelepah jatuh atas kete aku plak..oleh itu aku nak reverse skit sambil gosok mate menahan kepedihan dan kengantukan serta mamai.. dalam keadaan xfree gear..xpasal2 dan ntah camne aku tertekan pedal minyak lalu terhenjut skit kete aku,lantas bonet kete aku tercium itu pokok..ahaks.. :D..
Lepastu aku tgk kemek skit kete aku..menjahanam sungguh sawit itu..huhu..
ari sok aku anto kedai repair skit bonet kemek..ekeke..
Sekian..terima kasih..
Seram tak kawan2 citer aku? ahahaha :P
p/s- kejadian nih mcm citer filem Inception plak..ekeke :D
Labels: Mataku Bertanya
posted by Amrixxx @ 3:57 PM,
,
Juruukur, Jurutera didakwa - Bersubahat kes projek bina Kompleks Penjara Kuching
Tuesday, March 2, 2010
Pertama-tama sekali syukur aku ke hadrat Ilahi diatas kasih & rahmat-Nya.. Bos besar aka Pengarah Syarikat di Subang Jaya.. Ir Azman bebas dari tuduhan memalsukan perakuan Interim setelah mahkamah memutuskan keputusan pade 2.30 ptg semalam..Kes nih sebenarnya bukan akibat dari bersubahat tapi lebih kepada salah faham oleh Consultant (Ir Azman) selaku Pegawai Pengesyor Interim (S.O) memberi kelulusan (Signature) setelah disemak Resident Engineer (RE) di tapak & Kepercayaan yg diberi kepada kontraktor bagi memastikan brg2 Elektronik berkaitan penjara di Sarawak disimpan dalam gudang utk tujuan kawalan keselamatan...
Kes nih menjadi isu disebabkan masalah antara kontraktor dgn Supplier Eloktronik di luar negara coz mereka xbayar yg menyebabkn byk brg2 elektronik dirampas oleh Supplier.. sedangkn mengikut prosedur brg2 (Material on site).. Consultant perlu meluluskan 90% dari nilai barang yg dibawa masuk oleh kontraktor ke Tapak..so, xde sebab kontraktor xbayar kepada supplier melainkan kontraktor (WMM holdings) sendiri ade masalah dalaman dgn supplier..
KUALA LUMPUR - Seorang juruukur bahan perunding dan seorang jurutera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini dan di Shah Alam semalam masing-masing atas tuduhan bersubahat berhubung kes membabitkan projek membina Kompleks Penjara Kuching, Sarawak.
Juruukur, Mohamad Hamid, 66, (gambar) dituduh bersubahat memperakukan dokumen palsu bagi mengelirukan Jabatan Penjara Malaysia berhubung pembinaan kompleks penjara berkenaan, lapan tahun lalu.
Mohamad mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad selaku juruukur yang dilantik WMM Holdings Sdn. Bhd. didakwa bersubahat dengan Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Wan Madzihi Wan Mahdzar, 63, yang masih bebas dengan mengemukakan Perakuan Bayaran Interim No.35 palsu bagi mengelirukan Jabatan Penjara.
Perakuan palsu itu dibuat untuk menuntut pembayaran kerja-kerja pembinaan Bangunan dan M&E (Mekanikal dan Elektrikal) Dalaman Bangunan projek Kompleks Penjara Kuching seperti dinyatakan dalam Lampiran A Nilai Kerja Yang Telah dilaksanakan hingga 8 Mac 2001.
Walhal kerja-kerja seperti yang dinyatakan dalam lampiran tersebut tidak siap pada peringkat yang dituntut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat TZA Associates Sdn. Bhd. di No. 61-2 & 3, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini pada 21 Mac 2001.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
Aku difahamkan.. tetiap malam bos aku wat solat hajat moga dipermudahkan urusan & cepat diselesaikan akhirnya termakbul..Alhamdulillah..
Labels: Mataku Bertanya
posted by Amrixxx @ 9:37 AM,
,
Kita Selalu Bertanya
Tuesday, August 4, 2009

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of
faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA aku TAK DAPAT APA YG aku
IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS aku MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The
Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS aku MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG aku DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA aku BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari
Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : aku TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Labels: Mataku Bertanya
posted by Amrixxx @ 11:02 PM,
,
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku


