Kilauan Mataku

Juruukur, Jurutera didakwa - Bersubahat kes projek bina Kompleks Penjara Kuching

Pertama-tama sekali syukur aku ke hadrat Ilahi diatas kasih & rahmat-Nya.. Bos besar aka Pengarah Syarikat di Subang Jaya.. Ir Azman bebas dari tuduhan memalsukan perakuan Interim setelah mahkamah memutuskan keputusan pade 2.30 ptg semalam..

Kes nih sebenarnya bukan akibat dari bersubahat tapi lebih kepada salah faham oleh Consultant (Ir Azman) selaku Pegawai Pengesyor Interim (S.O) memberi kelulusan (Signature) setelah disemak Resident Engineer (RE) di tapak & Kepercayaan yg diberi kepada kontraktor bagi memastikan brg2 Elektronik berkaitan penjara di Sarawak disimpan dalam gudang utk tujuan kawalan keselamatan...

Kes nih menjadi isu disebabkan masalah antara kontraktor dgn Supplier Eloktronik di luar negara coz mereka xbayar yg menyebabkn byk brg2 elektronik dirampas oleh Supplier.. sedangkn mengikut prosedur brg2 (Material on site).. Consultant perlu meluluskan 90% dari nilai barang yg dibawa masuk oleh kontraktor ke Tapak..so, xde sebab kontraktor xbayar kepada supplier melainkan kontraktor (WMM holdings) sendiri ade masalah dalaman dgn supplier..


KUALA LUMPUR - Seorang juruukur bahan perunding dan seorang jurutera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini dan di Shah Alam semalam masing-masing atas tuduhan bersubahat berhubung kes membabitkan projek membina Kompleks Penjara Kuching, Sarawak.


Juruukur, Mohamad Hamid, 66, (gambar) dituduh bersubahat memperakukan dokumen palsu bagi mengelirukan Jabatan Penjara Malaysia berhubung pembinaan kompleks penjara berkenaan, lapan tahun lalu.


Mohamad mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad selaku juruukur yang dilantik WMM Holdings Sdn. Bhd. didakwa bersubahat dengan Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Wan Madzihi Wan Mahdzar, 63, yang masih bebas dengan mengemukakan Perakuan Bayaran Interim No.35 palsu bagi mengelirukan Jabatan Penjara.

Perakuan palsu itu dibuat untuk menuntut pembayaran kerja-kerja pembinaan Bangunan dan M&E (Mekanikal dan Elektrikal) Dalaman Bangunan projek Kompleks Penjara Kuching seperti dinyatakan dalam Lampiran A Nilai Kerja Yang Telah dilaksanakan hingga 8 Mac 2001.

Walhal kerja-kerja seperti yang dinyatakan dalam lampiran tersebut tidak siap pada peringkat yang dituntut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat TZA Associates Sdn. Bhd. di No. 61-2 & 3, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini pada 21 Mac 2001.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm


Aku difahamkan.. tetiap malam bos aku wat solat hajat moga dipermudahkan urusan & cepat diselesaikan akhirnya termakbul..Alhamdulillah..

Labels:

posted by Amrixxx @ 9:37 AM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com