I M A N
Tuesday, July 13, 2010
Apabila pengertian Iman seperti ini memenuhi hati seseorang muslim, jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kepada Allah SWT. Ibadah dan Iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kehidupan dunia akan dipenuhi dengan kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan yang meresap di seluruh pelusuk jiwa. Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan memenuhi hati seseorang Muslim. Apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajah muslim, sinar yang dapat dilihat oleh orang-orang yang beriman sekali pun kulit muslim itu hitam atau sawo matang. Manakala di akhirat pula kemanisan Iman ini akan dapat dirasakan lebih manis daripada madu.
Sebahagian daripada tanda-tanda lahir kemanisan Iman ialah kecintaan seseorang mu’min untuk melakukan ibadah, merasa selesa dan tenang melakukannya serta merasa rindu dan lapang dada melakukannya. Janganlah kita merasa pelik dan menganggap perkara ini hanyalah khayalan semata-mata kerana Iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh Ruh sebagaimana lidah dapat merasakan kemanisan makanan. Hadith Rasulullah S.A.W. yang mulia telah menyebut:
“Jika terdapat perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan Iman: beliau mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segala sesuatu, beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka, beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu (kepentingan) tetapi hanyalah kerana Allah.”
Iman ada kemanisan. Kemanisan tersebut akan bertambah apabila Iman bertambah kuat dan termeteri.
Sebahagian daripada Iman yang benar dan ibadat yang sah ialah Allah SWT akan mencampakkan ilham dan lintasan ke dalam hati mu’min. Ilham dan lintasan hati akan menyuluh jalan orang-orang yang beriman, menolong dalam menyelesaikan permasalahan dan menolong mencari kebenaran.
Kasyaf adalah juga sebahagian daripada kesan Iamn yang benar. Kasyaf yang dimaksudkan di sini ialah Allah SWT membukakan tabir yang melindungi sebahagian daripada perkara-perkara yang tersembunyi atau ghaib. termasuk juga dalam pengertian kasyaf ini ialah mengetahui bisikan hati, niat dan kelemahan sesetengah manusia dengan Izin Allah SWT. Kasyaf seperti dikenali sebagai Firasat Mu’min. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Takutlah Firasat orang-orang Mu’min, seseungguhnya ia melihat dengan Nur Allah.”
Dalam satu Athar (kejadian atau kisah yang berlaku pada zaman sahabat) dikisahkan bahawa Sayyidina Othman Bin Affan RA telah berkata kepada sebahagian orang ramai yang datang menemuinya, “Salah seorang di kalangan kamu yang masuk, sedangkan kesan zina jelas kelihatan di antara dua matanya.” Lantas di kalangan yang hadir itu bertanya, “Adakah wahyu turun selepas Rasulullah SAW, wahai Amir al-Mu’minin?” Soalan ini dijawab oleh beliau dengan katanya, “Tidak, malah ia adalah firasat orang mu’min”. Kesan zina yang dilihat oleh Sayyidina Othman ialah kesan daripada melihat perkara yang haram, kerana dalan Hadith Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa mata itu berzina dan zina mata ialah melihat perkara yang haram.
Ilham, lintasan hati dan firasat adalah termasuk dalam perkara-perkara yang thabit dan pernah berlaku. Kadangkala perkara ini disebut Karamah. Karamah adalah satu kebenaran yang mesti diterima, diakui dan wajib diimani, tetapi tidak harus dijadikan dalil terhadap hukum hakam, kerana dalil hukum hakam hanyalah terbatas pada al-Quran, as-Sunnah dan ceraiannya. Walaupun demikian ilham dan sebagainya bolehlah dianggap sebagai penunjuk jalan untuk mengenali seseorang, keadaan-keadaan tertentu, mengetahui perkara-prkara yang bersangkutan dengan urusan hidup; mana yang harus dilakukan atau ditinggalkan.
Sebahagian daripada mimpi-mimpi adalah benar dan sebahagian besarnya adalah karut. Mimpi seseorang yang benar-benar beriman pada ghalibnya adalah benar, jelas dan memerlukan ta’bir...
Oleh Al-Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 4:06 PM,
,
Awasi godaan dan hasutan syaitan
Thursday, March 25, 2010
"Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad s.a.w., kerana dia kekasih Allah SWT dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh."(Imam Syafie)___________________
DAN demikianlah juga (jahatnya) ketua-ketua yang orang-orang musyrik itu jadikan sekutu bagi Allah, menghasut kebanyakan daripada mereka dengan kata-kata indah yang memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka dan untuk mengelirukan mereka mengenai agama mereka. Dan kalau Allah kehendaki, nescaya mereka tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu. (al-An’am: 137)
Huraian
Ayat ini menerangkan bahawa syaitan telah memperdaya orang-orang musyrik untuk melakukan penyelewengan dalam pengendalian harta benda dan membunuh anak-anak mereka dengan menanamnya hidup-hidup kerana takut mendapat malu dan ditimpa kemiskinan serta membayar nazar kepada berhala-hala yang disembah oleh mereka.
Matlamat syaitan mudah, iaitu untuk membinasakan manusia dan menimbulkan kekeliruan dalam kefahaman beragama sehingga mereka tidak dapat memahaminya dengan jelas, lalu sedikit demi sedikit kefahaman yang sebenar akan mula hilang lenyap.
Kefahaman yang keliru pula hanya akan menghancurkan kekuatan akidah sebilangan yang lain. Ini termasuklah juga dalam beberapa adat dan etika yang diamalkan dalam masyarakat sekarang yang boleh menimbulkan kesulitan masyarakat untuk mengamalkannya.
Terdapat sesetengah adat yang diamalkan dalam masyarakat sekarang amat bertentangan dengan syariat Islam yang mulia. Justeru, adat ini terpaksa juga diikuti agar tidak menampakkan kejanggalan dalam hidup bermasyarakat. Mereka tidak berani menyatakan bahawa kefahaman-kefahaman dan peraturan-peraturan itu adalah daripada mereka sendiri.
Oleh sebab itu, mereka melakukan pembohongan terhadap Allah dengan mendakwa bahawa semua itu adalah peraturan yang disyariatkan Allah kepada mereka dan mereka hubungkan peraturan itu kepada syariat nabi Ibrahim dan Ismail.
Kesimpulan
Sesungguhnya kaum musyrik amat licik dalam mengatur segala pakatan dan strategi yang jahat untuk menghancurkan agama Islam yang suci ini. Apabila manusia hanyut dibuai oleh hasutan dan godaan syaitan, maka semua yang haram sanggup dilakukan tanpa sekelumit pun perasaan bersalah.
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 3:57 PM,
,
Harga Remaja
Monday, February 22, 2010
Berpakah sebenarnya harga remaja Yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
dipinggir perjalanan ini?
Dengan apakah akan kau penuhi
Piala remajamu
Adakah duka kesangsian
Dari cinta murah
Atau madu ajaran
Dari ilmu susah?
Remaja amat mahal
Sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian,keberanian dan ilmu
Penuhilah remajamu
Dengan ketentuan tuju.
satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Dua kaki seorang hamba itu akan tetap (berada di padang masyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang amalannya, apakah diamalkan dengannya."
Di antara keempat-empat soalan tersebut, ada satu soalan yang Allah SWT akan tujukan kepada setiap manusia semasa berada di padang masyar berkaitan dengan usia muda. Mereka akan disoal bagaimana mereka menghabiskan masa muda mereka, adakah untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Di dalam al-Quranul Karim, Allah SWT mengambarkan kisah satu golongan pemuda yang berani mempertahankan aqidah dan agama mereka walaupun di hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata; 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami
(mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran."
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 6:09 PM,
,
Niat Ketika Berwuduk
Saturday, February 20, 2010
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Antaranya adalah yg berkaitan dengan WUDUK... iaitu antara rutin yg mesti dilakukan samada utk menunaikan solat, membaca Al-Quran dan sebagainya... Ketika berwuduk, sebaik2nya cubalah didik hati supaya dapat niatkan sesuatu spt berikut :1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ku ini."
Penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar seumpama matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat ..
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasan :Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 5:26 PM,
,
Sajak Orang Berakal
Tuesday, February 16, 2010

Orang Berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa yang mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah kalannya ia tersunjam.
Telek pandagan dengan makrifat,
Sangatlah Mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang Jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja.
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,’
suka mentelaah tiadalah jemu,’
Mencari kupasan jangan tersemu
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 4:28 PM,
,
Penat Berjalan…Ditengah kota…
Thursday, January 28, 2010
Pada suatu hari yang cerah.. aku berjalan-jalan ditengah kota.. Aku terlihat lat kalender NSTP & tiket Gambang water Park 10 keping..
aku dah dapat… rupenye ku bermimpi..hehe..
Tetiba.. poskod miskol kol.. aku kol balik semula pehtuh.. kemudian....
Poskod: Encik Amri..Encik ade anto surat erk?
Aku : Aik!! Bila mase plak sy ade anto surat? Nak dapat surat ade ar.. (aku rase pelik & kehairanan bin ajaib sambil tersenyum..huhu)..
Poskod :- Oooo… jadi alamat nih terbalik ar erk..daripada & kepada.. sy ingatkn encik nak anto surat.. tp alamat xlengkap & salah nombor plak tuh.. poskod tuh ketawa bersahaja je..huhu..
Aku :- huhu.. ye ar kot.. pehtu… three ar kan.. :P

Lepas abish sembang ngan poskod..
Aku segera kol nish bertanyakn dak despatch dia anto alamat terbalik…nish pun tejut & xpasan..huhu..yg cedihnya.. tiket nih dah expired date pade 23/01/10.. sepatutnya dapat hari khamis (21/01/10) tapi disebabkn silap dak despatch darjah 3 tuh terpaksa ar poskod anto ari jumaat..ari jumaat kat ganu cuti ar plak..huhu..
Poskod tuh terpksa ar anto pade sabtu petang..bau rancang nak ajak dak2 opis pergi bersantai kat water park…nak wat cane kan xde rezeki..erm.. pepun.. lat kalender tuh cute je yg aku letak atas meja kat opis.. hehe.. :p
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 8:25 PM,
,
Wasiat Imam Syafie Sebelum Pulang ke Rahmatullah
Saturday, January 16, 2010

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."
1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.
4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.
6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.
8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sabda Rasulullah saw:
`Dunia itu adalah laksana syurga bagi org kafir, tetapi ibarat penjara bagi org-org yg beriman.'(MUSLIM)
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 4:09 PM,
,
Sahabat Yang Soleh
Tuesday, January 12, 2010

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan menggunakan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan periharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (QS An Nisa: 1).
Islam mengajarkan para penganutnya untuk saling bersaudara karena Allah. Mereka diwajibkan untuk mencintai saudara-saudara mereka seiman sebagaimana mereka mencintai diri mereka sendiri, hal ini pernah dilakukan dengan baik oleh Rasulullah Saw dan para sahabatnya serta orang-orang yang mengambil teladan dari mereka.
Tolong menolong itu ciri-ciri orang mukmin sebagaimana dijelaskan didalam Al Qur’an: Dan orang-orang beriman laki-laki dan wanita, sebagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebagian yang lain….(QS. Attaubah: 71).
Tolong menolong itu wajib bagi orang-orang mukmin karena musuh-musuh orang mukminpun saling tolong menolong, karena itu bisa menimbulkan kerusakan yang besar di muka bumi sekiranya orang-orang mukmin tidak bersatu padu. Saat ini umat Islam banyak yang meninggalkan apa yang telah diperintahkan Al Qur’an dan as sunnah, mereka bersaing satu sama lain padahal mereka semua adalah muslim, sebagian mereka bahkan lebih dekat kepada orang-orang kafir, dibanding kepada saudara-saudara mereka seagama. Allah menyatakan bahwa fitnah dan kerusakan yang besar akan terjadi ketika umat Islam meninggalkan ukhuwwah Islamiyyah (persaudaraan Islam) sebagamana firman
Allah Swt: Adapun orang-orang kafir sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu kaum muslimin tidak melaksankan apa yang diperintahkan Allah itu (ukhuwwah Islam) niscaya akan terjadi kehancuran dimuka bumi dan kerusakan yang besar. (QS. Al Anfaal: 73).
Dalam kaitan itu Rasulullah Saw melukiskan hubungan antar pemeluk Islam dalam kehidupan keseharian bagaikan satu kesatuan tubuh sebagaimana sabdanya:
“Perumpamaan orang-orang beriman, dalam saling mencintai, saling menyantuni sesama mereka, adalah laksana satu kesatuan tubuh. Apabila satu bagian dari tubuh itu menderita sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasakannya.” (HR. Muslaim).
Meski tak ada fakta perjanjian tertulis tetapi karena ikatan keislamanya haruslah memandang sesama muslim sebagai saudaranya atas dasar kesamaan pandangan hidup. Segala yang merusak ukhuwwah Islamiyyah harus dihindari. Seorang muslim yang memperpanjang tali ukhuwwah Islamiyyah akan memiliki keutamaan yang banyak.
KEUTAMAAN UKHUWWAH ISLAMIYYAH
Di dalam buku keutamaan ukhuwwah, tulisan Alwi Al-Atas S.S. menyebutkan ada enam ke utamaan ukhuwwah Islamiyyah.
1. Dijaga Malaikat dan Dicintai Allah Swt
Orang yang selalu menjaga hubungan persudaraan akan dijaga dan dicintai Allah Swt dengan mengutus makaikat untuk menjaganya. Dalam sebuah hadist yang bersumber dari Abu Hurairah dikisahkan. “Sesungguhnya seorang laki-laki yang pergi mengunjungi saudaranya yang bermukim di suatu tempat (negeri), maka Allah mengirim malaikat untuk mengawalnya selama perjalanan. Setelah malaikat bertemu dengan orang tersebut maka malaikat tadi bertanya, ‘hendak kemana anda?’ Orang itu menjawab, ‘Aku hendak mengunjungi saudaraku di suatu negeri.’ Tanya malaikat, ‘Apakah anda mengharapkan suatu nikmat darinya?’ Jawab orang itu, ‘Tidak, aku tidak ada maksud selain mencintainya semata-mata karena Allah.’ Malaikat berkata, ‘Aku adalah utusan Allah kepadamu. Memberikan kabar kepadamu bahwa sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana cintamu pada saudaramu itu.” (HR Muslim).
Oleh karena itu, menjaga hubungan persaudaraan Islam harus atas dasar keikhlasan, bukan atas dasar pamrih (mengharap sesuatu).
2. Merasakan Manisnya Iman
Orang-orang yang tidak memutuskan tali persaudaraan sesama muslim akan mendapatkan manisnya persaudaraan, diantara mereka saling mengunjungi, tolong-menolong, cinta dan mencintai dengan mengharap ridha dari Allah Swt. Begitu pula bila ia mencintai dan membenci seseorang karena Allah, termasuk di dalamnya mencintai orang-orang mukmin sebagaimana telah diperintahkan dalam Al qur’an dan Rasulnya. “Tiga perkara yang barang siapa pada dirinya terdapat tiga perkara tersebut, maka ia akan merasakan lezatnya iman, yaitu (1) jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari cintanya kepada yang lain, (2) merasa senang dan benci karena Allah, (3) lebih menyukai api yang menyala-nyala (siksa) daripada harus berbuat syirik kepada Allah.” (HR Muslim).
Cinta adalah sesuatu yang urgen sekali. Tidak satupun manusia yang tidak punya rasa cinta, rasa cintalah yang mempengaruhi manusia dalam bersikap dan bertindak cinta dunia misalnya, akan menjadikan seseorang mengarahkan semua potensi dan waktu dalam kehidupannya untuk memperoleh dunia. Adapun orang yang cinta Rasulullah Saw akan senantiasa menselaraskan kehidupannya dengan mengikuti Rasulullah Saw.
3. Diberi Naungan pada Hari Yang Tidak Ada Naungan
Seorang hamba yang beriman menjalin ukhuwwah Islamiyyah (saling mencintai) karena Allah dan jika berpisahpun ikhlas karena Allah, akan mendapatkan perlindungan pada hari yang tidak ada perlindungan baginya, kecuali Allah Swt dan amal kebaikannya. Didalam hadist Bukhari dan Muslim dijelaskan bahwa ada tujuh golongan kelak yang akan mendapat naungan dari Allah ketika tidak ada naungan lagi selain naungan Allah. Diantara ketujuh golongan tersebut ialah, “……. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, dimana keduanya berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula.”
4. Dimasukkan Ke Dalam Surga
Iman merupakan syarat bagi seseorang untuk masuk ke dalam surga, sedangkan saling mencintai sesama mukmin juga merupakan syarat untuk masuk kedalamnya. Iman tidak akan sempurna tanpa ukhuwwah, dan ukhuwwah tidak akan ada artinya tanpa dilandasi keimanan, sesungguhnya bagian yang tidak dapat dipisahkan dari iman dan taqwa, taqwa tidak akan sempurna tanpa ada persaudaraan (ukhuwwah) dan persaudaraanpun tidak akan bermakna tanpa disertai ketaqwaan. Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Kamu tidak akan masuk kedalam surga hingga beriman dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai.” (HR Muslim).
5. Diselesaikan Perselisihannya Dan Dilanggengkan Persaudaraannya Di Akhirat
Bila pada hari kemudian manusia saling bermusuhan, maka orang-orang bertakwa pengecualian dari hal ini. Firman Allah Swt: Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (QS Az-zumar: 67)
Dan firman Allah dalam Al Quran surat Al-Hijr ayat: 47. Sebagaimana firman-Nya: Allah menghapuskan dendam dari hati mereka dan menjadikan mereka merasa bersaudara, dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan diatas dipan-dipan. (QS Al Hijr: 47)
6. Mujahid dan Nabi Tertegun
Allah memberikan keistimewaan bagi orang-orang beriman yang tetap menjaga hubungan persaudaraan atas dasar ketakwaan, sehingga mujahid dan nabi tertegun. Dalam sebuah hadist yang bersumber dari Abu Hurairah r.a dijelaskan bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya disekitar Arasy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian cahaya. Wajah mereka bercahaya, mereka itu bukan Nabi juga bukan para syuhada, akan tetapi para Nabi dan syuhada tertegun pada mereka sehingga mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah, tolong beritahu siapa gerangan mereka itu?’ Beliau menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling menjalin cinta kasih karena Allah, dan saling mengunjungi karena Allah semata.” (HR Nasa’i dalam Sunan Al Kubro)
Dan dari hadist riwayat Ahmad dan Hakim diceritakan bahwa Abu Idris al khaulani berkata pada Mu’adz bin Jabal, ’sesungguhnya aku mencintai anda karena Allah.” Maka Mu’adz berkata, “Sampaikanlah berita gembira dan bergembiralah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Saw bersabda, “Suatu kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi disekitar Arasy pada hari kiamat, wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul qadr waktu itu manusia tekejut sementara mereka tidak merasa terkejut, dan manusia takut sementara mereka tidak merasa takut. Mereka itu adalah Aulia Allah yang tidak pernah takut kepada musuh-musuh Allah dan tidak pernah merasa hawatir.” Kemudian aku bertanya (Mu’adz), ‘Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? ‘Beliau menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang berkasih sayang karena Allah.” (HR Ahmad dan Hakim)
Ukhuwwah (persaudaraan), saling mencinta mudah diucapkan, tapi yang sangat sulit adalah praktik dan aplikasinya dalam berbagai situasi dan kondisi kehidupan sehari-hari, tapi perlu disadari bahwa mewujudkan persaudaraan Islam dalam arti yang sebenarnya merupakan kewajiban setiap Muslim.
Sabda Rasulullah Saw: “Seseorang yang melapangkan orang mukmin dari desakan hidup di dunia ini Allah akan melapangkan pula orang itu dari malapetaka hari kiamat. Siapa yang menutup aib (malu) orang Islam Allah akan menutupi aib orang itu di dunia dan akhirat. Allah tetap akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sudi menolong saudaranya.” (HR. Muslim-Abu Daud-Turmudzi).
pada aku..hadis nih banyak memberi makna tersirat bagi org2 yg mengetahui..erm
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 8:53 AM,
,
Salam Maal Hijrah 1431
Thursday, December 17, 2009
Salam Maal Hijrah 1431 buat semua umat Islam.
Semoga terus tekad & tabah berjuang mendepani cabaran hidup mendatang.. InsyaAllah..
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 4:06 PM,
,
Gambaran Syurga Menurut Al-Quran
Thursday, November 26, 2009
Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali.
Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.
Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:
Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.
Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman:
Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13)
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).
Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.
Sungai-Sungai di Syurga
Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam Al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:
Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!).
Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang tidak memabukkan, ada yang dari madu dan sebagainya. Sungai-sungai ini semuanya mengalir dengan tenang melalui rumah-rumah di syurga, di kebun-kebun dan di celah-celah pokok. Bahkan terdapat juga mata-mata air yang mengalir.
Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:
= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya.
= Madu yang disaring
Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.
Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.
Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda:
Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu.
Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.
Tentang Al-Kausar, Anas lah.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. (Al-Kausar: 1-2-3).
Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." (Riwayat Muslim).
Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap, bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang."
Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.
Syurga itu Bertingkat-Tingkat
Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).
Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.
Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga.
Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya.
Cuba kita bayangkan di dunia ini sahaja, kalaulah kita diberikan kesempatan bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang pemimpin negara, tentu kita akan sangat gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah yang menciptakan dunia ini.
Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud:
Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.
Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?"?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya."
Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.
Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut :
= Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).
Taman-Taman Di Syurga
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah menciptakan taman-taman bagi penghuninya.
Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah daripada perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah daripada emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim).
Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang.
At-Tabrani meriwayatkan bahawa di taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang
rendang, besar, tinggi dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu pula.
Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.
Pintu-Pintu Syurga
Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud:
Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka.
Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh kerana itu kalau seorang semasa hidupnya benar-benar melaksanakan segala hal yang disebut tadi, maka ia akan dipanggil untuk masuk melalui ke semua pintu-pintu tersebut.
Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan lah-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya.
Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).
Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya" diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi nama :
= Pintu para rasul dan nabi
= Pintu zakat
= Pintu haji
= Pintu syahadat dan selawat
= Pintu syuhada
= Pintu salihin
= Pintu siddiqin
= Pintu ilmu dan iman
= Pintu rahmat
= Pintu taubat
Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda:
Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah.
Jelaskan pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang terdapat di dalam syurga.
Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga
Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang diperbuat daripada permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.
Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."
Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?"
Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir). Bagi penghuni syurga ini, disediakan bilik-bilik sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20:
Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya.
Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6 yang bermaksud: Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka.
Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga, ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu mengetahui tempat mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah (bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya.
Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman:
Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana.
Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenaan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat Muslim).
Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga
Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya.
Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan,tentu kita akan asyik dan enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut.
Di syurga, Allah memberikan kepada penghuni-penghuninya lebih daripada itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya. (Al-Waqiah: 27-33).
Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (lah-Rahman: 48).
Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. (lah-Rahman: 68)
Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (Al-Insan: 14).
Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata:
Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya).
Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."
Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.
Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas lah.a.:
"Pokok kurma syurga itu batangnya daripada permata Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal pelepahnya daripada emas yang merah dan setiap satu pelepahnya menjadi pakaian penghuni syurga, daripadanyalah pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka dipotong dan dijahit. Manakala buahnya seperti tempayan, lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada buih dan tiada mempunyai benih."
--------------------------------------------------------------------------------
Berkata Abu Darda lah.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda:
Allah telah berfirman:
"Sesungguhnya Aku dengan jin dan manusia dalam suatu berita besar (Hari Kiamat). Aku yang mencipta, tetapi mengapa orang lain yang disembah. Aku yang memberi rezeki, mengapa pula orang lain yang disyukuri." (Riwayat Baihaqi)
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 2:30 AM,
,
Kenduri Arwah dan Kenduri Tahlil
Tuesday, November 10, 2009
1) Mazhab Maliki:
Disunatkan kepada jiran dan seumpamanya menyediakan makanan kepada keluarga si mati kerana kesibukan mereka menghadapi kematian.
2) Mazhab Hanafi:
Disunatkan kepda jiran keluarga si mati dan kaum kerabatnya yang jauh menyediakan makanan untuk ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :
"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".
Oleh kerana memberi makan itu suatu perkara kebaikan dan ma'ruf, maka dipelawa sungguh-sungguh kepada mereka supaya makan, kerana kesedihan telah menghalang mereka daripada memakan makanan dan menyebabkan mereka menjadi lemah.
3) Mazhab Hanbali:
Disunatkan membuat makanan untuk ahli si mati dan dihantar makanan itu kepada mereka bagi memberi pertolongan dan melembutkan hati mereka. Boleh jadi mereka sibuk dengan ujian yang diterima, juga sibuk denga kunjungan orang ramai yang
datang menemui mereka, menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan amakan untuk diri mereka sendiri.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Ja'afar, beliau berkata: "Apabila tiba berita kematian Ja'afar (bin Abi Talib), Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabada:
"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Bakar, beliau berkata: "Sentiasa sunnah nabi itu menjadi ikutan kami (sahabat nabi) sehingga ditinggalkan oleh manusia yang meninggalkannnya (yakni sehingga sunnah itu ditinggalkan dan tidak diamalkan oleh kebanyakan orang)".
4) Mazhab Syafie:
Sebagaimana disebut dalam Kitab al-Muhazzab oleh Imam al-Syirazi (Abu Ishak Ibrahim Al-Syirazi, wafat pada 476 Hijrah bersamaan 1083 biladiyah, beliau termasuk antara ulamak yang agung dan mujtahid dalam mazhab syafie)
(Isteri/suami dan anak-anaknya) kerana diriwayatkan apabila Ja'afar bin Abu Talib terbunuh, nabi bersabda:
Hendaklah Kamu membuat makanan kepada Ahli Ja'afar sesunggunya telah datang kepada merka perkara yang mengharukan mereka
Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmuk, syarah kepada Kitab al-Muhazzab, katanya: "Imam Syafie berkata di dalam kitab al-Mukhtasar "Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan jirannya membuat makanan untuk ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana sesungguhnya perbuatan itu ialah sunnah dan diamalkan oleh golongan yang baik-baik."
Telah berkata ashab kita (ulamak fiqh syafie):
"Dipelawakan sungguh-sungguh kepada mereka (ahli si mati) supaya mereka makan, dan walaupun mayat itu berada di negeri lain sekalipun, adalah disunatkan juga kepada jiran tetangga keluarga si mati membuat makanan untuk mereka.
Setelah kita mengikuti pendapat ulamak di dalam 4 mazhab mengenai membuat dan menyediakan makanan atau jamuan selepas kematian, maka kita dapati semua mazhab telah bersepakat kata bahawa hukumnya adalah sunat bagi jiran tetangga dan kaum kerabat yang jauh membuat makanan kepada mereka. Bukan mereka membuat makanan dan menjamu jiran dan orang ramai apabila berlaku sesuatu kematian seperti yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita pada hari ini.
Majlis Tahlil dan doa Arwah boleh dilakukan dan tidak bertentangan dengan sunnah. Adapun mengadakannya pada masa dan hari-hari tertentu seperti 1,2,3,7,40 dan 100 hari tidak ada nas dan bahkan Bid’ah semata-mata..Dalam masyarakat kita hari ini banyak perkara perlu dibetulkan dari terus melaksanakan perkara2 bidaah.. Astagfirullah a'azim...
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 1:01 AM,
,
10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI
Friday, November 6, 2009
Hati adalah tempat segala niat, baik atau buruk. Tiada yang boleh mengetahui isi hati seseorang kecuali si pemilik sendiri. Hati inilah yang kelak akan dihisab oleh Sang Pemilik hati. Orang yang bergelimang dalam dosa dan kemaksiatan, hatinya akan mengeras. Hatinya akan tertutup.
Allah swt berfirman: ‘Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah oleh Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yg pedih disebabkan mereka berdusta.’ (Al-Baqarah : 10)
‘Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi..dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yg kamu kerjakan.’ (Al-Baqarah : 74)
‘Demikianlah Allah mengunci mati hati orang-orang yang kafir.’(Al-A’raf: 101) ‘Maka kecelakaan besarlah bagi mereka yang membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.’ (Az-zumar ; 22).
Dari Ibrahim bin Adham rahimahullah:
Doa Kalian Tidak di Kabulkan Karena Hati Kalian Telah Dimatikan oleh 10 Hal, iaitu:
1. Kalian meyakini Allah, tetapi enggan menunaikan hak Nya.
2. Kalian membaca kitab Allah, tetapi tidak mau mengamalkan isinya.
3. Kalian mengakui bahwa syaitan adalah musuh kalian, tetapi kalian justru mengikutinya.
4. Kalian mengakui cinta kepada Rasul, tetapi meninggalkan ajaranya.
5. Kalian mengaku rindu syurga, tetapi enggan beramal untuk menggapainya.
6. Kalian mengaku takut pada api neraka, tetapi tidak berhenti dari perbuatan dosa.
7. Kalian yakin kematian pasti datang, tetapi tidak berbekal untuk itu.
8. Kalian sibuk membicarakan aib orang lain, tetapi lupa akan aib sendiri.
9. Kalian makan rezeki dari Allah, tetapi tidak mau mensyukurinya.
10 Kalian sering mengubur orang mati, tetapi tidak mengambil peringatan darinya.
“Ketahuilah bahwa didalam tubuh ini ada segumpal daging, jika ia baik maka seluruh tubuh akan baik pula, akan tetapi jika ia rosak, maka akan rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahwa itu adalah Hati.”
Hati yang mati
iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum-Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat. Itulah hati yang mati dengan Islam.
Hati yang sakit
Iaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah - bertakbir, bertahmid, bertasbih, bertahlil, membaca al-Quran dan berqiayamullail
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 2)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)
Ya Allah perbaikilah kerosakan hati kami, jadikanlah ia hati yang lembut, yang bercahaya, yang penuh dengan keimanan. Cucilah kegersangan hati kami dengan air salju dan embun, bersihkanlah hati kami dari segala kesalahan dan keburukan, sebagaimana Engkau bersihkan kain yang putih dari segala noda. Jangan Engkau gelincirkan hati kami setelah Engkau anugerahkan padanya hidayahMU, wahai Sang Pemilik Hati, bantulah kami menjaga hati kami ini…amin.
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 7:51 PM,
,
4 Perkara Dengan 4 Perkara
Monday, November 2, 2009

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.
Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.. Ya Allah aku berlindung kepadaMU yang memelihara dan menguasai manusia..Tunjukanlah hambaMu ini jalan yang lurus.. iaitu orang2 yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat..Aminn..,
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 7:01 PM,
,
Tafakur
Wednesday, October 28, 2009
Ya Allah... Ya Allah...Ya Allah... Ya Allah...Di keheningan malam,Tafakur di kesyahduan,
Merindui janji-Mu Tuhan,Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Di keheningan malam Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku Pada takdir iradat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu Ya Allah ya Tuhanku
Di keheningan malam Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku Pada takdir iradhat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu Ya Allah ya Tuhanku
Ya Allah ya Tuhanku Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku Pada takdir iradhat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu Ya Allah ya Tuhanku
Ya Allah... Ya Allah...
Al-Baqarah
[6]Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
[7](Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[8]Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9]Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10]Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
[11]Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[13]Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[14]Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.
[15]Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
[16]Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
[17]Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 1:12 AM,
,
Mutiara Kata
Saturday, August 8, 2009

Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan· Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan · Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal· Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun · Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan· Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan· Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun· Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan· Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran· Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain· Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya· Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran· Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat· Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat· Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan· Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh· Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup· Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya· Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.· Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu· Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu· Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat· Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi· Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira
Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup· Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil· Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 12:01 AM,
,
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku

