Awasi godaan dan hasutan syaitan
Thursday, March 25, 2010
"Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad s.a.w., kerana dia kekasih Allah SWT dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh."(Imam Syafie)
___________________
DAN demikianlah juga (jahatnya) ketua-ketua yang orang-orang musyrik itu jadikan sekutu bagi Allah, menghasut kebanyakan daripada mereka dengan kata-kata indah yang memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka dan untuk mengelirukan mereka mengenai agama mereka. Dan kalau Allah kehendaki, nescaya mereka tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu. (al-An’am: 137)
Huraian
Ayat ini menerangkan bahawa syaitan telah memperdaya orang-orang musyrik untuk melakukan penyelewengan dalam pengendalian harta benda dan membunuh anak-anak mereka dengan menanamnya hidup-hidup kerana takut mendapat malu dan ditimpa kemiskinan serta membayar nazar kepada berhala-hala yang disembah oleh mereka.
Matlamat syaitan mudah, iaitu untuk membinasakan manusia dan menimbulkan kekeliruan dalam kefahaman beragama sehingga mereka tidak dapat memahaminya dengan jelas, lalu sedikit demi sedikit kefahaman yang sebenar akan mula hilang lenyap.
Kefahaman yang keliru pula hanya akan menghancurkan kekuatan akidah sebilangan yang lain. Ini termasuklah juga dalam beberapa adat dan etika yang diamalkan dalam masyarakat sekarang yang boleh menimbulkan kesulitan masyarakat untuk mengamalkannya.
Terdapat sesetengah adat yang diamalkan dalam masyarakat sekarang amat bertentangan dengan syariat Islam yang mulia. Justeru, adat ini terpaksa juga diikuti agar tidak menampakkan kejanggalan dalam hidup bermasyarakat. Mereka tidak berani menyatakan bahawa kefahaman-kefahaman dan peraturan-peraturan itu adalah daripada mereka sendiri.
Oleh sebab itu, mereka melakukan pembohongan terhadap Allah dengan mendakwa bahawa semua itu adalah peraturan yang disyariatkan Allah kepada mereka dan mereka hubungkan peraturan itu kepada syariat nabi Ibrahim dan Ismail.
Kesimpulan
Sesungguhnya kaum musyrik amat licik dalam mengatur segala pakatan dan strategi yang jahat untuk menghancurkan agama Islam yang suci ini. Apabila manusia hanyut dibuai oleh hasutan dan godaan syaitan, maka semua yang haram sanggup dilakukan tanpa sekelumit pun perasaan bersalah.
Labels: Mutiara Mataku
posted by Amrixxx @ 3:57 PM,
6 Comments:
- At March 26, 2010 at 10:32 AM, Anish said...
-
sayer nak jadik umat yg baik, nak jadik anak yang solehah dan teman yang baik dalm segala hal...doa doakan sayer yer
- At March 26, 2010 at 12:10 PM, Amrixxx said...
-
erk...
xkan awak sorang je nak jadi umat yg baik?
teman2 yang lain2 camne? sayer kena doakan semer sekali..
bau adil dan menjadi umat yg baik dari segi akhlak dan akidah kan kan syg kan..hehe :P - At March 26, 2010 at 3:03 PM, Anish said...
-
per plak...tu ttgjwb awak arr...sy mintak sikits je doa awak tu untuk saya bukan semer la huhuhu
- At March 26, 2010 at 5:06 PM, Amrixxx said...
-
hohoho...
ye ar2.. sy sedekah skit doa utk awak.. tp skit je tau..
skit lg tuk mase depan lak..hehe..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang..
"Ya Allah, Jauhkanlah Mawarselina dari godaan Syaitan yang licik mengoda dan hasutannya yang membawa kepada kejahatan.. Hiasilah peribadinya dengan sifat2 wanita solehah..amin... - At March 26, 2010 at 5:41 PM, Anish said...
-
ehehehehe maceh maceh sbb pamerkan nama saya dlm blog ni uwaarggggggggggggghhhhh
- At March 26, 2010 at 6:46 PM, Amrixxx said...
-
huhu..
samer2.. uiks..awak nangis sebab terharu ke?
atau sebab tergaru sendiri?? atau sy yang garukan..hohoho :p
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku
Post a Comment