Aku Mimpi Dapat Anugerah Jadi Perawat Islam..
Monday, July 26, 2010
Bismillahirahmanirrahim
Nak jadi Perawat bukanlah tugas mudah dan memerlukan kesabaran yg tinggi.. beberapa tahun sudah Aku ada terfikir, haruskah aku jadi perawat islam??.. tapi hati aku cuba menolak coz klu boleh aku xnak libatkan masalah kpd keluarga dan sedara mara.. ye ar, kekadang klu kita menang berhadapan dgn jin2 atau tukang sihir..Mereka xkan berdiam diri lalu akan menganggu keluarga dan sedara mara kita..erm.. kadang kala aku terfikir gak, klu x jadi perawat, jin2 dan iblis akan menggangu gak tanpa mengira sape kita coz dah itu sumpah mereka..cuma antara kita sedar atau tidak.. subhanallah..Masalah nih dah lame hadir dalam mimpi aku dan selalu bermain dikotak fikiran aku…malam tadi adalah malam paling dahsyat buat aku coz rasanya dalam mimpi aku nyaris2 maut berhadapan dengan tukang sihir, iblis dan jin kafir peliharaan tukang sihir tersebut…klu sebelum nih aku mimpi bace surah2 tertentu dan al-fatihah aku segera dapat menguasai mimpi dan adakalanya jin2 terus terbakar..
Malam tadi dalam kul 11 mlm..Sebelum tido aku berniat nak lihat sekitar kampong aku yakni sedara mara samada ada gangguan @ tidak coz asal aku balik kampong je rasa lain macam dan tetiap malam klu baca yassin dan solat lewat malam kat rumah aku ada terasa pelik dan meremang bulu roma..Akhirnya doa aku makbul..tiba-tiba baru tgk kampong halaman dalam mimpi tersebut.. aku terkejut tetiba terus berentap dgn tukang sihir dan jin2 peliharaannya yang ganas tanpa wat persediaan..
Tak sangka aku xdapat mengatasi mereka coz ada ilmu2 tertentu yang belum aku kuasai lagi..dan ayat2 al-quran tak boleh membakar mereka.. Yeps.. aku tak nafikan klu melibatkan jin yang dah berusia beribu tahun,iblis dan tukang sihir yang kejam..ayat2 al-quran mereka boleh hafal dan mmg xberkesan…
Melainkan kita terus bergantung pada Allah Swt memberi ilham utk menewaskan mereka..Klu jin boleh mati dan masuk islam.. tapi klu Iblis xkan mati klu berhadapan dgn mereka coz Iblis dah wat perjanjian dgn Allah swt akan hidup sehingga kiamat.. malam tadi aku xde kekuatan utk menghalau jin,iblis dan tukang sihir coz terlalu ramai dan kuat.. aku plak keseorang mase tuh..
Kemudian, aku melarikan diri beberapa ratus meter dari kampong coz berasa nyawa2 ikan diserang berpuluh2 jin ganas dan tukang sihir…dalam mimpi mlm tadi, orang tua aku dan sedara mara mereka telah bunuh.. Mujurlah sampai satu tempat aku bersembunyi dibalik pintu sambil bertawakal pada Allah swt…
Tiba2 muncul dua orang pemuda yg cuba menolong aku..katanya nape tak pagar diri dan kawasan dengan garam..aku cakap terlupa dan xsempat.. lepas tuh, 2 orang pemuda nih membawa garam, kain kuning,keris dan sebatang buloh..mereka mengajak aku berhadapan dgn tukang sihir tersebut tapi aku tak pergi coz dah xde kekuatan..lalu aku terus terjaga bilamana teringat nama seorang dukun dari Indonesia ..astagfirullah’azim..
Kesimpulannya..
Rasanya xmustahil aku, keluarga dan sedara mara aku ada yang terkena sihir tanpa sedar melainkan perawat lain melihat…Mahu tak mahu aku kena berguru dengan yang lebih ahli coz setiap perkara dan masalh nanti aku dapat kenal pasti dengan tepat.. bukan agak-agak dan firasat lagi..klu dapat kenal pasti dgn tepat maka mudah ar cara merawatnya tanpa memakan masa berjam2.. :D
Boleh jadi..masa nak merawat orang, diri kita plak kena serang tanpa kita sedar atau berpindah pada orang lain..menda2 camnih ar perlu aku elakkan dan kuasai..erm..Ayat2 hafazan dan pengerun untuk jin dan iblis mmg ada aku hafal dan selalu bace..tapi belum cukup memadai andai kita xtahu tipu muslihat mereka yg sebenar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
Ayat Seribu Dinar
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Labels: Jin Dan Sihir Dimataku
posted by Amrixxx @ 4:12 PM,
,
Awas!! - 10 Pintu Perangkap Syaitan
Saturday, May 22, 2010
ALLAH berfirman yang bermaksud : Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. ( An-Nisa: 120-121).Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada dalam keadaan kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.
Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah, apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut.Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia.Mereka akan berusaha sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.
Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:
1) Melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia.
Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2) Kedua, melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang haq.
Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3) Ketiga, melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini.
Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa sahaja.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur. ( An-Nahl:23)
4) Sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi segala bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5) Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6) Melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7) Melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain.
Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dimilikinya. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil. (Riwayat Muslim).
8) melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja. (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9) Melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10) Kesepuluh, melalui sifat berburuk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik terlebih dulu amat dicela oleh Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya. (Riwayat Muslim)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
(Surah An-Nas)
Labels: Jin Dan Sihir Dimataku
posted by Amrixxx @ 5:14 PM,
,
Benarkah Nabi SAW juga pernah disihir?
Thursday, March 11, 2010

SEORANG guru cuba menenangkan pelajar (kanan) SMK Paya Pulai, Temerloh yang diserang histeria.
Soalan
1. Ada dakwaan mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. pernah disihir, betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum, terpelihara daripada kejahatan manusia? Adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunah tentang perkara ini?
Jawapan
Maksud firman Allah: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepada mu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanatNya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” (Al-Maaidah: 67).
Perkataan maksum daripada makna perkataan “ya’tsimuka” (memelihara kamu). Dalam tafsir muktabar maksudnya, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna, Nabi Muhammad dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.
Bagi peristiwa Nabi disakiti sehingga luka kaki, dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesakitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya, ia bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.
Mengenai Nabi disihir, jika diteliti, sihir memang boleh berlaku. Disebut dalam hadis sahih: Kata Aishah, telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya Aishah, “Wahai Aishah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu ke atas diriku?” Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?
Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawabnya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan.
Maka ditanya lagi, dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w. sedar dari tidurnya, maka diberitahu kepada Aishah, “Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat berpandukan hadis sahih ini, ada percubaan melakukan sesuatu yang dipanggil sihir. Nabi memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari barang-barang sihir tersebut, dikeluarkan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.
Peristiwa ini tidak boleh disamakan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan mengganggu ibadat, malah mengganggu daripada melakukan kerja harian.
Semua itu tidak mengganggu Nabi, baginda cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang mengetahui, Aishah pun tidak mengetahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-Muawwizat, ayat pelindung penyakit sihir.
Ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit. Jelas bahawa Nabi sendiri pun bila disihirkan orang, tidak mengetahui, melainkan selepas Jibrail as. memberitahu bahawa baginda telah matbub (disihirkan).
Perkara2 ghaib hanyalah dibawah kuasaan Allah swt.. manusia biasa termasuk para nabi mmg tidak mengetahui sesuatu perkara tanpa Izin-Nya.. Sebagai seorang muslim.. kita wajib beriman kepada perkara2 ghaib..dan untuk menyakini perkara2 ghaib memerlukan keimanan dan hati yang suci bersih..
Tanda2 ganjil boleh kita perolehi dari mimpi @ pandangan dari alim ulama yg diberikan kelebihan oleh Allah swt utk mengetahui perkara2 ghaib.. seperti kisah kehebatan wali songo yg xboleh disangkal lagi..erm..
Dalam kehidupan kita seharian.. sudah semestinya kita xlepas dari Tipu daya syaitan dan jin yg penuh menyesatkan hingga kita berada dlm kesesatan & kelalaian..
pada tahun lepas.. gempar disekolah adik aku apabila jin2 kafir mengamuk dan merasuk 80org pelajar2 pompuan sekolah tanpa disedari.. dalam keadaan sedar diorang membuat perkara2 kurang siuman..
Ustaz Harun Din menghulurkan bantuan utk menghalau tapi tak berjaya kerna bilangannya terlalu ramai.. aku difahamkan oleh adik aku beliau telah ditendang oleh jin tersebut di perut semasa tengah mengubat.. erm..
Ape yg aku ceritakan ini adelah kisah benar2 berlaku bukan dongengan..
sebagai bukti..
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
http://cyberita.asia1.com.sg/mluarnegara/story/0,6879,147741,00.html
Labels: Jin Dan Sihir Dimataku
posted by Amrixxx @ 2:48 PM,
,
Biodata Iblis
Monday, October 26, 2009
Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.
Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT
An-Nas
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
Al-Jinn
[14]`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,
[15]` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. ‘
[16](Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
Labels: Jin Dan Sihir Dimataku
posted by Amrixxx @ 5:53 PM,
,
Cara Mudah Mengenalpasti Terdapat Gangguan Jin / Sihir atau Tidak
Monday, October 5, 2009
Ayat2 Mudah Dalam Set Ujian Mengenalpasti
Berdasarkan pengamalan penulis yang terhad, ayat-ayat muqata’at dari Al-Quran didapati mampu mengeluarkan tindakbalas dari jin gangguan / sihir yang mendampingi atau memasuki badan pesakit. Untuk menguji, pesakit hendaklah membaca sendiri, atau didengarkan bacaannya oleh ahli keluarga.
Teknik Ujian
Cara ujian adalah mudah:
(a) Ambil kadar degupan jantung sipesakit
(b) Pesakit baca ayat-ayat di Set 1 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)
(c) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit
(d) Sekiranya tiada tindakbalas, pesakit baca ayat-ayat di Set 2 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)
(e) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit
(f) Perhatikan kesan-kesan lain pada pesakit seperti:
· sendawa,
· batuk-batuk, atau
· rasa benda bergerak di kulit atau di dalam badan
Set 1
Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti KAF, ’AIN, SOT, MIM, SIN dan QAF perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).
KAFFFFFF HA YA ’AINNNNNN SOTTTTTT
dari Surah Maryam, Ayat 1
HA MIMMMMMM
dari Surah 42 AsSyura, Ayat 1
’AINNNNNN SINNNNNN QAFFFFFF
dari Surah 42 AsSyura, Ayat 2
Di bawah ini disediakan ayat-ayat Set 1 sama tetapi dalam teks Arab bagi mereka yang boleh membaca Al-Quran:
dari Surah Maryam, Ayat 1
dari Surah 42 AsShura, Ayat 1
dari Surah 42 AsShura, Ayat 2
Set 2
Sekiranya tiada kesan pada bacaan Set 1, teruskan bacaan Set 2.
Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti SIN, MIM, NUN perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).
THO HA
dari Surah TaHa, Ayat 1
THO SINNNNNN
dari Surah AnNaml, Ayat 1
THO SINNNNNN MIMMMMMM
dari Surah 26 AsShu'ara, Ayat 1
YA SINNNNNN
dari Surah Yasin, Ayat 1
NUNNNNNNN
dari Surah Qalam, Ayat 1
Di bawah ini disediakan ayat-ayat Set 2 tetapi dalam teks Arab bagi mereka yang boleh membaca Al-Quran:
dari Surah TaHa, Ayat 1
dari Surah AnNaml, Ayat 1
dari Surah 26 AsShu'ara, Ayat 1
dari Surah Yasin, Ayat 1
dari Surah Qalam, Ayat 1
Labels: Jin Dan Sihir Dimataku
posted by Amrixxx @ 5:28 PM,
,
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku

