Imam Hanafi –Pendebat Kebenaran
Thursday, May 27, 2010
Buku Ilmuan yg menarik nih aku beli dan baca bagi menambahkn iman aku serta menguatkan skil berdebat kat webkl dan speedfinger nanti..ehehe.. Buku ini mengisahkan kehidupan Imam Hanafi pada zaman khalifah Islam yg kejam seperti Al-Hajjaj dan lain2 kecuali Khalifah Umar Abdul Aziz.
Imam Hanafi dilahirkan lebih dahulu daripada imam-imam mazhab yang lain (Imam Miliki,Imam Hanbal dan Imam Syafie) Nama sebenarnya An Nukman bin Thabit lahir pada 80 Hijrah. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana beliau mendapat seorang anak bernama Hanifah. Ada juga mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi, digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi.
Sejak kelahiran beliau,bapa dan ibunya sangat berharap anaknya menjadi seorang ulama. Pada usia remajanya beliau cenderung dalam bidang perniagaan namun ibunya berusaha menarik minat beliau ke arah bidang keilmuan agama. Akhirnya beliau ke arah bidang tersebut. Beliau belajar dengan 200 ulama termasuklah beberapa sahabat Nabi SAW seperti Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib dan Abdullah bin Mas’ud. Namun begitu, dalam masa yang sama beliau tidak meninggalkan bidang perniagaan. Kehidupannya senang/kaya namun cara hidupnya sederhana. Beliau banyak membantu orang ramai yang dalam kesusahan, menghalalkan hutang (10 ribu dirham) seorang sahabatnya dan pendek kata beliau juga seorang pemurah dan dermawan.
Diantara kenangan manisnya, Ketika beliau masih berguru dengan Imam Hammad di Madinah. Datanglah utusan Khalifah menjemput Imam Hammad ke Baghdad untuk berdebat dengan seorang cerdik pandai (Dahri) dari kerajaan Rom. Memandang semua ulama di Baghdad tidak mampu menjawab soalan-soalan dari Dahri tentang kewujudan tuhan, maka Imam Hammad membawa sekali imam Hanafi sebagai pengiringnya. Tiba di sana, Imam Hammad terasa gelisah mendengar khabar soalan dari Dahri yang memeningkan kepala. Akhirnya, Imam Abu Hanifah tampil menawarkan diri untuk menjawab soalan-soalan Dahri.
Dipendekkan cerita, semua soalan tersebut dengan mudah dijawab oleh Imam Abu Hanifah walaupun ketika beliau masih muda. Pulanglah Dahri ke Rom dengan malunya. Di dalam buku novel tersebut, ada beberapa lagi siri pendebatan diantara beberapa ulama-ulama.
Debat Perdana (bab 7)
Khalifah Yazid berdukacita akibat kedtgn seorng lelaki yg mengaku namanya Dahri (Utusan Maharaja Rom).Lelaki itu berjaya memalukna dgn mencabar semua ulama2 di Baghdad berdebat tetapi tiada siapa yg dapat mengalahkannya. Lebih 40 ulama telah ditewaskan oleh Dahri.
Imam Hammad yakni guru Imam Abu Hanifah diutuskan untuk berhadapan dan berdebat dgn Dahri. Umat islam pada masa nih sudah berpecah coz ada pelbagai fahaman agama seperti Muktazilah,Syiah,Jabariyah dan mcm2 lagi. Dengan kedatangn Dahri membuat umat islam huru hara dan semakin rosak. Antara soalan cepu emas dari dahri adalah Allah itu wujud, klu wujud dimana tempatnya? Dan byk lagi persoalan tentang Allah swt.
Pada asalnya Imam Hammad menolak cabaran debat tersebut tetapi memikirkan nasib umat islam yg berpecah dia menerimanya.. Dia meminta tempoh 3 hari utk mencari ilham. Suatu hari Imam Hammad bermimpi berada disebuah dusun buahan yg lebat lagi indah. Disana ada sepohon kayu yg rendang dan lebat buahnya.Tiba2 muncul seekor khinzir memakan buah2an yg ranum dari pokok itu. Bukan itu sahaja tapi daun2 dan dahan2 kayu habis dimusnahkanya. Yang tinggal hanya batangnya sahaja. Kemudian muncul seekor harimau daripada pangkal pohon itu lalu menerkam serta membunuh khinzir tersebut.
Imam Abu Hanifah juga mempunyai kelebihan dikurniakan ilmu mentafsir mimpi. Menurut tafsiran Imam Abu Hanifah, dusun yg luas dan indah adalah agama Islam, pokok yg berbuah lebat itu adalah sekalian ulama yg masih terdapat pada hari ini. Manakala sepohon kayu yg masih tinggal itu adalah tuan (Imam Hammad) sendiri. manakala khinzir yg tetiba muncul merosakkn pohon itu adalah Dahri.Harimau yg keluar lalu membunuh khinzir itu adalah saya. Oleh itu, Imam Abu hanifah meminta izin dari Imam Hammad utk berdepan dgn Dahri utk memadamkn kesombongannya.
Imam Hammad berasa gembira mendengar kata2 anak muridnya itu kerna Imam Abu Hanifah pernah berguru dengan Abdullah bin Abbas serta Abdullah bin Mas’ud (sahabat nabi). Imam Hammad segera memberitahu khalifah mewakilkan Imam Abu Hanifah utk berdebat dgn Dahri. Pada mulanya khalifah tidak setuju tapi Imam Hammad dpt meyakinkan Khalifah bahawa Imam Abu Hanifah memiliki ilmu yg tinggi serta berguru dengan lebih 200 ulama termasuk sahabat nabi. Akhirnya khalifah setuju.
Pada waktu yg ditetapkn mereka pun berdebat.
Dahri mula2 bangun lalu naik ke atas mimbar masjid kemudian berucap dgn suara yg Tinggi. . Mereka menuduh aku org yg tidak mempunyai pegangn agama krn tiada wujudnya tuhan. Mmg benar aku tidak beragama dan tidak percaya wujud tuhan. Kerna itu aku mencabar ulama2 yg mengaku taat kepada agama dan yakin wjudnya tuhan supaya berdebat dgn aku. Dahri yg bijaksana..
Abu Hanifah bangun lalu berkata,” Wahai lelaki yg sombong, org yg tahu jawapnnya pasti dapat menjawab soalan2 kamu itu. Suara Imam Abu hanifah memeranjatkn Dahri dan menyetakkan kaum muslimin yg hadir.Dahri sendiri yg terkejut. Matanya memandang tajam kearah anak muda itu.
Imam Abu Hanifah berkata lagi “ wahai Dahri yg sombong kerana tidak percaya kpd tuhan. Hari ini saya yg akan mencabar kamu.Dengan izin Allah saya akan menjawab semua soalan2 kamu!
Siapa kamu? Berani sungguh menyahut cabaran aku.Sedangkn ulama2 yg hebat2, yg berserban besar dan berjubah labuh sudah aku kalahkan.inikan pula budak hingusan seperti kamu. Dahri bersuara lanatang membidas Imam Abu Hanifah.
Lalu Imam Abu Hanifah memperkenalkan diri.Nama akuNukman tapi org mengenali sebagai Abu Hanifah. Dahri dgn bongkak menyatakan jgn bermimpi dapat mengalahkannya.
Ketahuilah Dahri.Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban yg besar ataupun jubah yg labuh. Allah menurniakan kemuliaan kepada org yg berilmu dan bertakwa,”kata Imam Abu Hanifah lalu membacakn surah al-mujadalah yg bermaksud “ Allah meninggikan darjat org beriman dan berilmu diantara kamu dengan beberapa darjat.”
Dahri menutup telinga kerana tidak suka bacaan ayat2 al-Quran..
Antara pedebatan beliau adalah seperti berikut ;- Contoh Debat
Antara kisah debat lain Imam Abu Hanifah dlm buku ini adalah seperti berikut:-
Imam Abu hanifah pernah disoal oleh kaum muktazilah yakni bilakah org laki dan pompuan cukup baligh serta bila plak cukup umur bagi anak anjing.
Lalu Imam Abu Hanifah menjawab “cukup umur bagi lelaki adalah kuar air mani kerana mimpi manakala perempuan pula adalah hari pertama dtg haid. Manakala bagi soalan cukup umur bagi anjing, Imam Abu Hanifah xdapat jawab lalu minta tangguh bebrapa hari kerana tak tahu. Beliau bertemu dgn seorang Yahudi yg membela anjing bagi mengetahui jawapannya.. Lalu org yahudi tuh menjawab apabila anjing itu pandai kencing berdiri. Imam Abu Hanifah menganggap org yahudi itu sebagai guru coz memberinya ilmu tentang anak anjing nih..
Antara debat lain semasa Imam Abu Hanifah dimadinah adalah dimana dia disoal oleh ulama2 disana mengenai cukup imam sahaja baca Al-fatihah utk solat jemaah sedangkn lebih 10 ulama lain tidak bersetuju pendapat beliau. Dipendekkan cerita, Imam Abu Hanifah meminta ulama2 tersebut menghantar seorang sahaja wakil utk berdebat ngan dia kerana tak adil.Keesokkannya, 10 ulama itu berselisih faham utk memutuskan siapa yg patut jadi wakil. Akhirnya 10 ulama telah capai kata sepakat memilih seorang dari mereka.bersetuju menghantar seorg wakil yg tinggi ilmu serta paling tua dikalangan mereka.
Lalu sambil tersenyum Imam Abu Hanifah menyatakan,; Kamu sudah memilih salah seorang menjadi wakil, adakah kamu akan terima apa shj yg dia perkatakan? Lalu ulama lain menyatakan ya kerana dia paling layak.
“Begitulah juga dgn solat.Imam itu dilantik dgn persetujuan org ramai. Yg paling tua umurnya, yg paling baik pekertinya,paling berilmu pengetahuan dan paling penting fasih lidahnya membaca Al-fatihah. Apabila kamu sepkat melantik seorang menjadi imam, cukup dia seorang sahaja membaca al-fatihah seperti kamu sepakat melantik dia menjadi wakil serta bersetuju apa yg diperkatakan,kata Imam Abu Hanifah.
Oleh kerana beliau hidup dalam peralihan dua zaman pemerintahan Islam iaitu zaman pemerintahan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiah. Bahananya terpercik ke atas diri beliau. Disebabkan pengaruh beliau amat besar kepada umat (di Kufah) Khalifah Marwan (Bani Umaiyyah) ingin melantik beliau sebagai Kadi ataupun ketua perbendaraan Kufah. Beliau menolak jawatan tersebut dengan baik, namun beliau dituduh seorang yang menyokong kebangkitan Bani Abbasiyah. Beliau menolak jawatan tersebut kerana tidak mahu bersepakat dengan orang-orang zalim. Disebabkan itulah, beliau dipenjarakan. Selama 2 minggu, namun dibebaskan kerana khalifah takut pengikut Imam Abu Hanifah dan penduduk Kufah semakin menjadi pemberontakannya.
Pada masa Khalifah Abu Jaafar al Mansur (Bani Abbasiyyah) berkuasa, ketika itu dia masih mencari pengaruh dalam umat. Dia nampak imam Hanafi mampu membawa pengaruh umat kepada Khalifah Abu Jaafar sekiranya beliau bekerja dengannya. Sekali lagi, Imam Abu Hanifah ditawarkan jawatan kadi/ ketua perbendaraan Negara. Namun beliau tetap tolak jawatan tersebut dengan alasan yang sama. Walaupun, beliau dihadiahkan dan digajikan yang tinggi, beliau tetap menolaknya. Khalifah Abu Jaafar mengarahkan Imam Abu Hanifah dipenjarakan. Di dalam penjara, beliau berkali-kali diajak menjawat jawatan tersebut, namun beliau tetap menolaknya. Sehinggalah beliau disebat setiap hari. Khalifah Abu Jaafar memanggil ibunya menziarah dan memujuk anaknya(Imam Abu Hanifah) menerima jawatan tersebut. Ibunya datang ke penjara. Dengan perasaan kesalnya melihat keadaan Imam Abu Hanifah yang terseksa di dalam penjara. Berkata ibunya “Wahai anak bonda yang dikasihi. Suatu ketika dulu bonda berasa amat bangga dan gembira kerana kamu menjadi orang yang banyak ilmu dan disanjung tinggi. Tetapi sekarang bonda berasa amat berdukacita melihat keadaanmu, kerana itu lebih elok kamu buang sahaja dan lemparkan jauh-jauh yang kamu dapati kerana tidak ada manfaatnya. Apa yang kamu dapati sekarang adalah dikurung di dalam penjara, dipukul dengan cemeti setiap hari dan rantai yang membelit tubuhmu.”
Kata pula Imam Abu Hanifah “Wahai ibuku, anakanda bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Sekiranya anakanda hendakkan kemewahan dunia, tentu anakanda dapatinya. Tetapi anakanda mengutamakan keredaan Allah sertamemelihara ilmu pengetahuan yang selama ini anakanda pelihara sekiranya menuju kemurkaan Allah”
“Anakku, cuba beritahu bonda mengapa anakanda menolak jawatan itu? Bukankah itu perintah khalifah” tanya ibu Imam Abu Hanifah.
“Ibu, khalifah sekarang bukan seperti khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Sekiranya mereka mencontohi khalifah Umar Abdul Aziz pun sudah cukup membuat anakanda mahu berkhidmat denganya. Tetapi khalifah sekarang ini berlaku zalim. Lihatlah apa yang baginda lakukan pada anakanda.Demi Allah, anakanda tidak akan bersubahat dengannya” jawab Imam Abu Hanifah.
Akhirnya, beliau mati diracun oleh Khalifah Abu Jaafar. Selepas beliau pergi untuk selama-lamanya, Khalifah Abu Jaafar berasa menyesal atas perbuatannya dan sering terbayang-bayang wajah Imam Abu Hanifah dalam ingatannya.
Ulasan yang hendak saya bahaskan, buku novel ini menceritakan gaya hidup seorang ulama yang terulung. Penulis banyak mengaitkan situasi politik/siasah pada ketika itu dan disalang-silangkan nasib-nasib orang-orang yang zalim seperti Gabenor Kufah, Al Hajjaj bin Yusof At-Thaqafi. Dia seorang yang bertanggungjawab menyerang Kaabah dan membunuh Abdullah bin Zubair. Akhir hayatnya, dia ditinggalkan oleh pengikutnya dan umat kerana penyakit yang misteri.
Buku Nih sangat menarik bagi pengemar2 dan mengenali tokoh2 ISlam walaupun mase sekolah dulu dah tau tapi kekadng lupa jugak coz lame tinggal kan.. lepas nih aku nak cari kisah Saidina Ali. Dalam Kisah Imam hanafi nih juga ada menceritakan mengapa terjadinya puak syiah utk pengetahun Imam Hanafi bertanyakn pada ulama lain yg memberitahu hubungan Rasulullah dan Saidina Ali seperti Nabi Musa dan Harun . Untuk mengetahui kisah lanjut sila dapatkan buku nih erk..ehehe :D
Labels: Soleh Dimataku
posted by Amrixxx @ 4:26 PM,
4 Comments:
- At May 27, 2010 at 6:11 PM, said...
-
>>____<<
suke bila bc bnde mcm ni
kdg2 ia buat kita sedar diri lemah - At May 27, 2010 at 8:50 PM, uj said...
-
betol jane.... moga budak amri ni terus memberi perningatan sebegini untuk aku yang selalu alpa...
JANE ... semakin terserlah keayuan kata-katamu akhir2 ni... hehe.. merujuk kepada entry tentang gender apakah dirimu sewaktu dulu...:-) - At May 27, 2010 at 10:03 PM, said...
-
cis uncle joe
hahahhaha
saya mmg perempuan ok
ngahahhahha
hye amri
syukran again;) - At May 30, 2010 at 8:28 AM, Amrixxx said...
-
am to jane - huhu..hye jane..syukran 3x..
mekaseh coz suka blog aku..hehe...
klu ko selalu lalu kat blog UJ.. singgah je ar kat blog aku..pasti aku melemahkan ko lagi..ahaks.. :D
am to UJ - huhu..
kita sebagai manusia yg alpha kena ar saling beri peringatan kan..ehehe..
xpe ar.. korang jgn gaduh kat cni erk.. nanti aku ambikkan parang satu sorang erk..ahaha ..
nape UJ, jane ni sape? sofia jane atau jane jany janathan.. ekeke..
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku
Post a Comment