Kilauan Mataku

Ashabul Kahfi

Beberapa hari yang lalu, aku berkesempatan untuk mengunjungi Gua Kahfi atau Ashabul Kahfi, yang terletak di Amman, Yordania. Kisah tentang Gua Kahfi terdapat di Al Quran. Ashabul berarti para pemuda dan Kahfi yang berarti gua. Kisah ini dikenal juga dengan kisah ‘The Cave of Seven Sleepers’. Ada yang meyakini kisah ini terjadi di Turki. Namun dengan bukti-bukti yang meyakinkan, kisah ini diperkirakan terjadi di Yordania.

Ashabul Kahfi menceritakan tentang kisah tujuh orang pemuda yang lari dari Raja Romawi yang kejam. Ketika itu kerajaan Romawi mendirikan Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenal sebagai Amman, ibukota Kerajaan Yordania) dimana Raja Daqyanus atau Decius yang menyembah berhala, memerintah kala itu.

Ketujuh pemuda itu dengan ditemani seekor anjingnya yang bernama Kitmir atau kadang disebut juga Al Raqim, melarikan diri menuju sebuah gua, agar tidak ditangkap dan disiksa oleh Raja yang memusuhi orang-orang yang beriman kepada Allah.

Selama di gua, mereka ditidurkan hingga 309 tahun lamanya. Sementara anjingnya berjaga-jaga di luar gua dengan kedua kakinya terjulur ke depan. Selama tidur, mereka dibalik-balikkan tubuhnya ke kanan dan ke kiri, agar tidak hancur bersama tanah. Walaupun telah tertidur selama 309 tahun, tetapi saat terbangun, mereka mengira bahwa mereka hanya tidur selama 1 hari.

Tatkala salah seorang dari mereka keluar gua hendak membeli makanan, koin uang yang dimilikinya berbeda dengan koin uang jaman di saat mereka terbangun.



Akhirnya setelah mereka wafat, mereka dikuburkan kembali di dalam gua itu. Tulang-belulang mereka disatukan dalam sebuah makam dan bisa diambil gambarnya. Kejadian ini menurut tour guide yang memandu kami, terjadi lebih dari 2000 tahun yang lalu, namun tulang belulangnya masih utuh.

Sekarang nih pun banyak pemimpin2 yang zalim..erm.. Bahgianya hatiku ini andai dimuliakan oleh Allah swt seperti mereka.. Pemuda2 yang mempertahankan keimanan dan kebenaran... InsyaAllah..Amin..

Labels:

posted by Amrixxx @ 5:56 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Bola Sepak Jalanan @ Street Soccer

Bercerita pasal street soccer nih.. teringat mase kecik2 suka men bola kat atas jalan di bandar2 & jalan kampung..huhu..

Yang menariknya.. klu masuk tonemen venue kat bandar.. kompem ramai kedai2 yg rosak & bola bersepah atas jalan raya.. huhu.ye ar masing2 rembat iku suka ati je..
Pepun ramai pemain2 dunia bermula dari street soccer seperti terry henry dan andy cole..

itu cerita dulu.. tetapi skg dah berubah..
sejak ade futsal.. street soccer dah tenggelam...
dan kebanykan pemain street soccer lebih suka wat "show' pamer skill diorang & men panna...


Labels:

posted by Amrixxx @ 1:15 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Iklan Solat Yang Tiada Di Malaysia





Iklan2 teladan camnih sepatutnya mmg perlu ade kat malaysia coz mengingatkan remaja2 dan masyarakt islam khususnya di negara ini dari tidak lalai mengerjakan solat setelah tiba waktu..pujian harus diberikan kerana media berperanan sebagai badan pendakwah..erm..



Gambar adelah hiasan semata2.. mmg ade kena mengena ngan orang nih.. huhu

Labels:

posted by Amrixxx @ 8:24 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Awasi godaan dan hasutan syaitan

"Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad s.a.w., kerana dia kekasih Allah SWT dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh."(Imam Syafie)

___________________

DAN demikianlah juga (jahatnya) ketua-ketua yang orang-orang musyrik itu jadikan sekutu bagi Allah, menghasut kebanyakan daripada mereka dengan kata-kata indah yang memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka dan untuk mengelirukan mereka mengenai agama mereka. Dan kalau Allah kehendaki, nescaya mereka tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu. (al-An’am: 137)

Huraian


Ayat ini menerangkan bahawa syaitan telah memperdaya orang-orang musyrik untuk melakukan penyelewengan dalam pengendalian harta benda dan membunuh anak-anak mereka dengan menanamnya hidup-hidup kerana takut mendapat malu dan ditimpa kemiskinan serta membayar nazar kepada berhala-hala yang disembah oleh mereka.


Matlamat syaitan mudah, iaitu untuk membinasakan manusia dan menimbulkan kekeliruan dalam kefahaman beragama sehingga mereka tidak dapat memahaminya dengan jelas, lalu sedikit demi sedikit kefahaman yang sebenar akan mula hilang lenyap.


Kefahaman yang keliru pula hanya akan menghancurkan kekuatan akidah sebilangan yang lain. Ini termasuklah juga dalam beberapa adat dan etika yang diamalkan dalam masyarakat sekarang yang boleh menimbulkan kesulitan masyarakat untuk mengamalkannya.


Terdapat sesetengah adat yang diamalkan dalam masyarakat sekarang amat bertentangan dengan syariat Islam yang mulia. Justeru, adat ini terpaksa juga diikuti agar tidak menampakkan kejanggalan dalam hidup bermasyarakat. Mereka tidak berani menyatakan bahawa kefahaman-kefahaman dan peraturan-peraturan itu adalah daripada mereka sendiri.

Oleh sebab itu, mereka melakukan pembohongan terhadap Allah dengan mendakwa bahawa semua itu adalah peraturan yang disyariatkan Allah kepada mereka dan mereka hubungkan peraturan itu kepada syariat nabi Ibrahim dan Ismail.


Kesimpulan


Sesungguhnya kaum musyrik amat licik dalam mengatur segala pakatan dan strategi yang jahat untuk menghancurkan agama Islam yang suci ini. Apabila manusia hanyut dibuai oleh hasutan dan godaan syaitan, maka semua yang haram sanggup dilakukan tanpa sekelumit pun perasaan bersalah.

Labels:

posted by Amrixxx @ 3:57 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Hadiah ntuk Adindaku..

Erm..
Al-Quran warna pink ni ar hadiah utk besday adik aku(nana) supaya menjadi Gadis Idaman Malaya..hehe..
Aku belikan senaskah al-quran & novel munajat cinta utk dia agar menjadi wanita menurut acuan al-quran & sunnah… semoga kelak nana dapat menjadi wanita solehah…amin..

Ekceli.. aku tertarik dan minat sangat Terjemahan Al-quran nih ..mcm baru dipasaran dan mudah difahami coz disertakan nota kaki mengenai.. kisah2 nabi..bila dan kenapa ayat diturunkan serta maksud2 yang tersirat dalam al-quran…




Senaskah Al-Quran berwarna hijau nih lak adelah aku punyer.. beli masa maulidur rasul bulan lepas semasa jenjalan di Wangsa Walk Mall di kedai Popular pade malam hari yg dingin..
Sungguh besar tahap gaban wangsa walk mall nih..huhu..
Memula aku cadang nak men boling kat situ ngan adik laki & pompuan sepupu aku.. tapi xdpt men coz ramai sgt org..maklum ar.. ari cuti..erm....terpaksa aku tunda len kali walaupun petang tuh dah men boling kat flamingo.. tapi lantai boling kat wangsa wall mall nih cam besh dan menarik je..licin & kemas..huhu :D

Ape pun..
Syukur Alhamdulillah..
Mengaji Al-quran nih telah aku khatamkan subuh tadi…banyak gak ar peringatan & teladan yg aku harus perbaiki diri ini untuk menuju kepada ketakwaan pade Ilahi dan punyai jiwa yang tenang..

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:46 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU



Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

Cinta dan Iman ibarat isi dan kuku yang sentiasa seiringan menuju ketakwaan dan beribadah...Nikmat Hidup, Cinta, Iman dan Islam adelah kurniaan serta Anugerah sangat Bernilai dari Yang Maha Esa pada Hamba-Nya.. yang xterhitung dan xtercapai oleh akal manusia..
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Berulang2 kali perkataan ini disebut dalam surah Ar-Rahman mengingatkan manusia & jin akan Anugerah Allah Swt pada Hamba-Nya..Tetapi seringkali manusia itu sendiri suka mendustakan nikmat dan kufur nikmat yang diberikan mengikut hawa nafsu dengan sombong sekali.. seolah-olah tidak takut akan azab dan ancaman dari Allah swt diakhirat kelak..
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?



kredit to - www.iluvislam.com

Labels:

posted by Amrixxx @ 9:08 AM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Vigamox - Antibiotik Sakit Mata


Antibiotik utk sakit mata Vigamox ..
kelmarin aku pergi mesyuarat di KT dgn bos.. asalnya aku maleh nak pergi coz mata aku terasa pedih dan berair je.. kebetulan plak bos ckp kat KT je ade klinik pakar sakit mata.. so, aku pergi ar teman dia masuk meting..
sakit mata aku yg teruk skit belah kiri ar.. belah kanan xde ape2..
sebelum2 nih aku letak Eye Mo Moist je ar utk kurangkan sakit mata.huhu..

klu g kedai spek..kompem dia soh aku pakai spek mata..katanya aku rabun jauh & silau....walhal sebelum2 nih aku g survey kat 4 & 5 buah kedai..
3 org kate xyah pakai & 2 kate kena pakai.. erm.. xke kelakar tuh..huhu

lepas abis meting aku terus ar g klinik pakar mata nih nak wat rawatan.. aku tgk ramai yg kena operate.. cuak kejap aku coz mane ar tau mata aku kena gak kan..ahaks..

bila masuk je jumpe doktor mata.. dia kate mata aku xde pe2 ar..luka skit je..
sekali aku tgk kat cermin cam berdarah gak..huhu..last2 doktor bagi ubat antibiotik utk mate..

nasihatnya...
2 bulan aku kena rehatkan mata jgn tgk skrin komputer terlalu lama & menda bercahaya terlalu lama sambil titiskan ubat nih 4x sehari..

lepas siap rawatan..
sampai dirumah petang tu aku lepak ar tepi pantai sensorang sambil tgk keindahan pantai dan air laut..nak rehatkan mata katakan..hehe :D..



Syukur Alhamdulillah..
lepas rawatan tuh aku rasa cam lega skit ar mata.. boleh berkilau-kilau balik ar mataku pasni klu dah xberaiar..ahaks.. :P..

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:28 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Kad Ucapan - Selamat Hari Lahir



Pertama-tama sekali aku nak ucapkan selamt hari lahir wat adindaku (nana) .. sorang je anak pompuan yg manis dlm adik beradiku & manja dlm family...hari lahir dia pada 13/03/10 yg lepas..umur dia skg 17 tahun n akan amik SPM tahun nih.. Abg2 mu balik nanti bawak hadiah yg mesti nana terpegun nanti..InsyaAllah..hehe..

Pening gak abgmu nih nak cari hadiah coz ye ar.. dia bukan cam dak2 pompuan lain..
xsuka men anak patung n mam kek..erm.. xpe ar.. abgmu ini dah ade hadiah watmu jadi gadis idaman malaya... huhu :D

_____________________________________________

Pada Temanku Di SP ( Bro Xpdc, Ben, Wan & anisdelaila) yg menyambut hari lahir bulan nih.. Moga2 korang dapat capai matlamat dlm hidup...

so, dgn itu aku kirimkan kad ucapan...hehe :D










Labels:

posted by Amrixxx @ 10:49 AM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Bila Tuhan Tak Ditakuti

Bila Tuhan tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana - sini

Ada manusia puja alam sebagai Tuhan
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastra mempesona
Mereka tenggelam dalam gelombang sastranya
Dia leka sendiri dengan buah penanya

Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan kemana mahu pergi



Bila Tuhan tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana - sini



Ada manusia puja alam sebagai Tuhan
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastra mempesona
Mereka tenggelam dalam gelombang sastranya
Dia leka sendiri dengan buah penanya

Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan kemana mahu pergi

Ada juga yang sibuk bercakap dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negri kadang - kadang berbohong sesuka hati

Berkata tidak menghotam mengecam orang tak usah dikira
Sudah jadi makan minumnya, sudah jadi makan minumnya

Bila Tuhan tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana - sini

Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah - oleh mereka wira agama
Dengan hendak membersihkan agama dari noda
Dan sebenarnya berlaku di depan manusia bukan hidup ????

Bila Tuhan tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana - sini

Labels:

posted by Amrixxx @ 6:32 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Benarkah Nabi SAW juga pernah disihir?


SEORANG guru cuba menenangkan pelajar (kanan) SMK Paya Pulai, Temerloh yang diserang histeria.



Soalan


1. Ada dakwaan mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. pernah disihir, betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum, terpelihara daripada kejahatan manusia? Adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunah tentang perkara ini?


Jawapan


Maksud firman Allah: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepada mu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat­Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” (Al-Maaidah: 67).


Perkataan maksum daripada makna perkataan “ya’tsimuka” (memelihara kamu). Dalam tafsir muktabar maksudnya, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna, Nabi Muhammad dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.


Bagi peristiwa Nabi disakiti sehingga luka kaki, dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesa­kitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya, ia bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.


Mengenai Nabi disihir, jika diteliti, sihir memang boleh berlaku. Disebut dalam hadis sahih: Kata Aishah, telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya Aishah, “Wahai Aishah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu ke atas diriku?” Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?


Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawab­nya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawab­nya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan.


Maka ditanya lagi, dengan apa­kah kita akan merawatkan Muham­mad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w. sedar dari tidurnya, maka diberitahu kepada Aishah, “Bahawa­sanya, Allah SWT telah menyem­buhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat berpandukan hadis sahih ini, ada percubaan melakukan sesuatu yang dipanggil sihir. Nabi memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari ba­rang-barang sihir tersebut, dikeluar­kan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.


Peristiwa ini tidak boleh disa­makan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan mengganggu ibadat, malah mengganggu daripada melakukan kerja harian.


Semua itu tidak mengganggu Nabi, baginda cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang me­ngetahui, Aishah pun tidak menge­tahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-Muawwizat, ayat pelindung penyakit sihir.


Ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit. Jelas bahawa Nabi sendiri pun bila disihirkan orang, tidak mengetahui, melainkan selepas Jibrail as. memberitahu bahawa baginda telah matbub (disi­hirkan).


Perkara2 ghaib hanyalah dibawah kuasaan Allah swt.. manusia biasa termasuk para nabi mmg tidak mengetahui sesuatu perkara tanpa Izin-Nya.. Sebagai seorang muslim.. kita wajib beriman kepada perkara2 ghaib..dan untuk menyakini perkara2 ghaib memerlukan keimanan dan hati yang suci bersih..

Tanda2 ganjil boleh kita perolehi dari mimpi @ pandangan dari alim ulama yg diberikan kelebihan oleh Allah swt utk mengetahui perkara2 ghaib.. seperti kisah kehebatan wali songo yg xboleh disangkal lagi..erm..
Dalam kehidupan kita seharian.. sudah semestinya kita xlepas dari Tipu daya syaitan dan jin yg penuh menyesatkan hingga kita berada dlm kesesatan & kelalaian..

pada tahun lepas.. gempar disekolah adik aku apabila jin2 kafir mengamuk dan merasuk 80org pelajar2 pompuan sekolah tanpa disedari.. dalam keadaan sedar diorang membuat perkara2 kurang siuman..

Ustaz Harun Din menghulurkan bantuan utk menghalau tapi tak berjaya kerna bilangannya terlalu ramai.. aku difahamkan oleh adik aku beliau telah ditendang oleh jin tersebut di perut semasa tengah mengubat.. erm..

Ape yg aku ceritakan ini adelah kisah benar2 berlaku bukan dongengan..

sebagai bukti..

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

http://cyberita.asia1.com.sg/mluarnegara/story/0,6879,147741,00.html

Labels:

posted by Amrixxx @ 2:48 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Bismillah 6




Dgn nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.

Dgn nama Allah Maha Mendengar, Maha Melihat yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA bagi segala sesuatu amat mengetahui.

Dgn nama Allah, Maha Pencipta, Maha Berilmu yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pembuka Maha Berilmu.

Dgn nama Allah yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Berilmu dan Maha Mengetaui.

Dgn nama Allah yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha berilmu dan Maha Berkuasa

Dgn nama Allah yang Maha Perkasa dan Maha Mulia yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Perkasa dan Maha Mulia.

Dgn nama Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pengampun dan Maha Penyayang

Maka Allah sebaik-baik Pemelihara dan DIA menyayangi orang-orang yang penyayang.


Antara Fazilat Bismillah Enam adalah seperti berikut:


* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Di jauhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang-binatang buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Kelebihan membaca bismillah 6 nih sebagai amalan harian mmg banyak manfaatnya..Selain tu terdapat juga Bismillah 20, Bismillah 9 dan Bismillah 5..

Segala Puji-pujian hanyalah pada Allah swt..

Labels:

posted by Amrixxx @ 2:32 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Sakit Mata

Sakit mata tanpa kemerahan adalah mempunyai sebab yang berbeza-beza mengikut keadaan. Diagnosis yang tepat biasanya dapat diberi melalui penilaian klinikal yang teliti. Di antara penyebab-penyebab sakit mata termasuklah luka pada lapisan kornea.

Kornea adalah merupakan lapisan mata yang berada di luar sekali. Kornea jernih, dan mempunyai permukaan yang berbentuk kubah yang menutupi bahagian hadapan mata dan kornea membantu memfokuskan cahaya ke atas retina.

Oleh kerana kornea adalah lapisan yang paling luar, maka kornea biasanya mudah tercedera akibat benda asing yang masuk ke dalam mata yang menyebabkan sakit mata. Kecederaan pada kornea kebiasaanya berlaku akibat daripada kemalangan pada waktu bekerja contohnya serpihan kayu atau besi yang termasuk ke dalam mata, atau kekotoran yang terkena semasa memotong rumput.

Kecederaan kornea yang menyebabkan sakit mata juga boleh terjadi semasa kecederaan sukan (jari yang tercucuk mata), atau serpihan kaca yang masuk ke mata ketika berlaku kemalangan jalanraya. Walaubagaimanapun ia terjadi, kecederaan kornea akan menyebabkan sakit mata dan menjejaskan penglihatan.

Kornea yang luka boleh menyebabkan keadaan sakit mata teruk. Kebiasaanya, mereka yang mengalami kecederaan begini begitu sensitif pada cahaya (fotofobia) dan ini menyebabkan air mata keluar berlebihan.

Luka di bahagian kornea memerlukan rawatan rapi. Apabila kornea terluka, ini bermakna tiada lagi lapisan melindungi mata dan ini akan memudahkan jangkitan kuman berlaku.

Lapisan kornea boleh untuk kembali semula jika masalah kecederaan tersebut sedikit. Bagaimanapun, sekiranya luka tersebut adalah lebih dalam, proses untuk pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang. Selepas pemeriksaan teliti, doktor berkemungkinan akan memberi antibiotik untuk menghalang sebarang jangkitan dan penutup mata mungkin digunakan untuk mengurangkan stress dan sensitiviti kepada cahaya.

Luka dalam boleh menyebabkan kornea berparut, menjadi berkabut dan boleh menyebabkan penglihatan terjejas teruk. Dalam kes ini, mungkin terdapat keperluan untuk dilakukan pembedahan kornea atau pemindahan kornea.

Pencegahan bagaimanapun merupakan kunci utama untuk mengelakkan penyakit mata. Selalulah untuk menggunakan gogel pelindung dalam situasi kerja yang bahaya dimana habuk-habuk yang berterbangan boleh memasuki mata.

kredit to - http://www.klik4sihat.com/



"Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya...""Doa itu senjata bagi orang Mukmin"

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,(Qaf: 16)

Labels:

posted by Amrixxx @ 11:59 AM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Site Visit



Minggu Lepas..
aku dan bos mengikuti rombongan ke sebuah kilang bersama2 pihak Klien (JKR) dan Kontraktor melihat Pemprosesan membuat Bitumen sebelum diturapkan ke jalan tar..
Sungguh mengujakan aku coz kebanyakkan teknologi yg digunakan dijalankan secara automatik.. teknologi nih dari cina..hanya memerlukan seorang je pekerja mengawal mesin yg besar tahap gaban nih..erm..

Labels:

posted by Amrixxx @ 5:15 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Juruukur, Jurutera didakwa - Bersubahat kes projek bina Kompleks Penjara Kuching

Pertama-tama sekali syukur aku ke hadrat Ilahi diatas kasih & rahmat-Nya.. Bos besar aka Pengarah Syarikat di Subang Jaya.. Ir Azman bebas dari tuduhan memalsukan perakuan Interim setelah mahkamah memutuskan keputusan pade 2.30 ptg semalam..

Kes nih sebenarnya bukan akibat dari bersubahat tapi lebih kepada salah faham oleh Consultant (Ir Azman) selaku Pegawai Pengesyor Interim (S.O) memberi kelulusan (Signature) setelah disemak Resident Engineer (RE) di tapak & Kepercayaan yg diberi kepada kontraktor bagi memastikan brg2 Elektronik berkaitan penjara di Sarawak disimpan dalam gudang utk tujuan kawalan keselamatan...

Kes nih menjadi isu disebabkan masalah antara kontraktor dgn Supplier Eloktronik di luar negara coz mereka xbayar yg menyebabkn byk brg2 elektronik dirampas oleh Supplier.. sedangkn mengikut prosedur brg2 (Material on site).. Consultant perlu meluluskan 90% dari nilai barang yg dibawa masuk oleh kontraktor ke Tapak..so, xde sebab kontraktor xbayar kepada supplier melainkan kontraktor (WMM holdings) sendiri ade masalah dalaman dgn supplier..


KUALA LUMPUR - Seorang juruukur bahan perunding dan seorang jurutera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini dan di Shah Alam semalam masing-masing atas tuduhan bersubahat berhubung kes membabitkan projek membina Kompleks Penjara Kuching, Sarawak.


Juruukur, Mohamad Hamid, 66, (gambar) dituduh bersubahat memperakukan dokumen palsu bagi mengelirukan Jabatan Penjara Malaysia berhubung pembinaan kompleks penjara berkenaan, lapan tahun lalu.


Mohamad mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad selaku juruukur yang dilantik WMM Holdings Sdn. Bhd. didakwa bersubahat dengan Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Wan Madzihi Wan Mahdzar, 63, yang masih bebas dengan mengemukakan Perakuan Bayaran Interim No.35 palsu bagi mengelirukan Jabatan Penjara.

Perakuan palsu itu dibuat untuk menuntut pembayaran kerja-kerja pembinaan Bangunan dan M&E (Mekanikal dan Elektrikal) Dalaman Bangunan projek Kompleks Penjara Kuching seperti dinyatakan dalam Lampiran A Nilai Kerja Yang Telah dilaksanakan hingga 8 Mac 2001.

Walhal kerja-kerja seperti yang dinyatakan dalam lampiran tersebut tidak siap pada peringkat yang dituntut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat TZA Associates Sdn. Bhd. di No. 61-2 & 3, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini pada 21 Mac 2001.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm


Aku difahamkan.. tetiap malam bos aku wat solat hajat moga dipermudahkan urusan & cepat diselesaikan akhirnya termakbul..Alhamdulillah..

Labels:

posted by Amrixxx @ 9:37 AM, ,

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com