Kilauan Mataku

Vigamox - Antibiotik Sakit Mata


Antibiotik utk sakit mata Vigamox ..
kelmarin aku pergi mesyuarat di KT dgn bos.. asalnya aku maleh nak pergi coz mata aku terasa pedih dan berair je.. kebetulan plak bos ckp kat KT je ade klinik pakar sakit mata.. so, aku pergi ar teman dia masuk meting..
sakit mata aku yg teruk skit belah kiri ar.. belah kanan xde ape2..
sebelum2 nih aku letak Eye Mo Moist je ar utk kurangkan sakit mata.huhu..

klu g kedai spek..kompem dia soh aku pakai spek mata..katanya aku rabun jauh & silau....walhal sebelum2 nih aku g survey kat 4 & 5 buah kedai..
3 org kate xyah pakai & 2 kate kena pakai.. erm.. xke kelakar tuh..huhu

lepas abis meting aku terus ar g klinik pakar mata nih nak wat rawatan.. aku tgk ramai yg kena operate.. cuak kejap aku coz mane ar tau mata aku kena gak kan..ahaks..

bila masuk je jumpe doktor mata.. dia kate mata aku xde pe2 ar..luka skit je..
sekali aku tgk kat cermin cam berdarah gak..huhu..last2 doktor bagi ubat antibiotik utk mate..

nasihatnya...
2 bulan aku kena rehatkan mata jgn tgk skrin komputer terlalu lama & menda bercahaya terlalu lama sambil titiskan ubat nih 4x sehari..

lepas siap rawatan..
sampai dirumah petang tu aku lepak ar tepi pantai sensorang sambil tgk keindahan pantai dan air laut..nak rehatkan mata katakan..hehe :D..



Syukur Alhamdulillah..
lepas rawatan tuh aku rasa cam lega skit ar mata.. boleh berkilau-kilau balik ar mataku pasni klu dah xberaiar..ahaks.. :P..

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:28 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Sakit Mata

Sakit mata tanpa kemerahan adalah mempunyai sebab yang berbeza-beza mengikut keadaan. Diagnosis yang tepat biasanya dapat diberi melalui penilaian klinikal yang teliti. Di antara penyebab-penyebab sakit mata termasuklah luka pada lapisan kornea.

Kornea adalah merupakan lapisan mata yang berada di luar sekali. Kornea jernih, dan mempunyai permukaan yang berbentuk kubah yang menutupi bahagian hadapan mata dan kornea membantu memfokuskan cahaya ke atas retina.

Oleh kerana kornea adalah lapisan yang paling luar, maka kornea biasanya mudah tercedera akibat benda asing yang masuk ke dalam mata yang menyebabkan sakit mata. Kecederaan pada kornea kebiasaanya berlaku akibat daripada kemalangan pada waktu bekerja contohnya serpihan kayu atau besi yang termasuk ke dalam mata, atau kekotoran yang terkena semasa memotong rumput.

Kecederaan kornea yang menyebabkan sakit mata juga boleh terjadi semasa kecederaan sukan (jari yang tercucuk mata), atau serpihan kaca yang masuk ke mata ketika berlaku kemalangan jalanraya. Walaubagaimanapun ia terjadi, kecederaan kornea akan menyebabkan sakit mata dan menjejaskan penglihatan.

Kornea yang luka boleh menyebabkan keadaan sakit mata teruk. Kebiasaanya, mereka yang mengalami kecederaan begini begitu sensitif pada cahaya (fotofobia) dan ini menyebabkan air mata keluar berlebihan.

Luka di bahagian kornea memerlukan rawatan rapi. Apabila kornea terluka, ini bermakna tiada lagi lapisan melindungi mata dan ini akan memudahkan jangkitan kuman berlaku.

Lapisan kornea boleh untuk kembali semula jika masalah kecederaan tersebut sedikit. Bagaimanapun, sekiranya luka tersebut adalah lebih dalam, proses untuk pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang. Selepas pemeriksaan teliti, doktor berkemungkinan akan memberi antibiotik untuk menghalang sebarang jangkitan dan penutup mata mungkin digunakan untuk mengurangkan stress dan sensitiviti kepada cahaya.

Luka dalam boleh menyebabkan kornea berparut, menjadi berkabut dan boleh menyebabkan penglihatan terjejas teruk. Dalam kes ini, mungkin terdapat keperluan untuk dilakukan pembedahan kornea atau pemindahan kornea.

Pencegahan bagaimanapun merupakan kunci utama untuk mengelakkan penyakit mata. Selalulah untuk menggunakan gogel pelindung dalam situasi kerja yang bahaya dimana habuk-habuk yang berterbangan boleh memasuki mata.

kredit to - http://www.klik4sihat.com/



"Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya...""Doa itu senjata bagi orang Mukmin"

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,(Qaf: 16)

Labels:

posted by Amrixxx @ 11:59 AM, ,

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com