Selamat Tinggal Project Manager ( En.Joe)
Thursday, June 17, 2010
Pada minggu lepas..Aku, bos dan membe2 lain dari consultant meraikan pemergian project manager (En. Johaidi) di Hotel Resident Paka..Setelah 14 tahun berkhidmat Di Syarikat Ahmad Zaki SDn Bhd beliau memutuskan untuk berhijrah..Katanya, beliau terpaksa berhenti dan balik semula ke Kuala Lumpur kerana memberi tumpuan kepada isterinya yg sakit dan memerlukan rawatan yang rapi walaupun di pujuk beberapa kali oleh Datuk2 agar tidak berhenti tetapi keputusannya muktamad..
Bos, Faliq dan Aku control macho..huhu :D
Sepanjang aku,bos dan membe2 lain bekerjasama dengan beliau.. beliau adalah seorang bos yg pemaaf,periang,tenang dan seronok dgn staffnya di tapak bina selain cekap dalam merancang sesuatu project agar berjalan dgn lancar... Segala meeting dan masalah di tapak dapat diatasi dengan diplomasi dan kata sepakat antara pihak consultant dan kontraktor..
Masih segar dlm ingatanku lagi.. Mase Mesyuarat bulan lepas beliau menceritakn kisah lucu dan tak terduga dimana anak kedua yg berusia 10 tahun masuk New Straits Times National Spell-It-Right Challenge sekolah rendah peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Pusat Membeli Belah Mesra Mall,Kerteh..
katanya, anaknya kalah pusingan akhir dan dapat tempat ke-5.. Pada awalanya beliau xnak pergi kerana sibuk urusan kerja, tapi setelah melihat anaknya merajuk beliau ubah keputusan lalu pergi.. yang lucunya.. tiap kali anak dia nak jawab soalan.. anaknya menatap ayahnya.. ape lagi ayahnya jadi xkeruan ar coz org ramai tertumpu pada dia plak.. katanya "mentang2 ar ayahnya botak..ibarat cam mentol utk dapat idea dan sumber inspirasi.. huhu :D
Eisya control ayu dan En.Joe tetap rock
Bos menyampaikan cenderamata sebagai kenang-kenangan kepada En.Joe sambil diperhatikan oleh En Zahid
Labels: Doa Dimataku
posted by Amrixxx @ 4:55 PM,
2 Comments:
- At June 23, 2010 at 1:57 PM, FARYN said...
-
ko jadi PM ke pasni?
heheee - At June 23, 2010 at 2:27 PM, Amrixxx said...
-
huhu..
En. joe itu Project manager kontraktor vin..
InsyaAllah klu ada rezeki aku akan jadi PM
suatu hari nanti kot..
PM (Perdana Menteri) huhu.. :D
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku
Post a Comment