Sering aku merindu
Rindu pada dirimu
Sering aku teringat
Teringatkan dirimu
Walau waktu/musim berlalu
Kau masih di hati
Sentiasa wajahmu
Bermain di mata
Betapa indahnya cinta
Engkau dan aku
Tak mungkin ku lupakan
Engkau masih ku sayang
Sayang seperti dulu
Cinta mu di hati ku
Masih seharum dulu
Bersama kita rasa
Suka dukanya bercinta
Sedang hangatnya cinta
Kita pun berjanji setia
Di antara kita
Tidak rela berpisah
Demi kerana cinta
Apapun terjadi
Kau tetap ku cinta
Kerana cintamu abadi di hatiku
Apa pun terjadi
Pulanglah sayangku/padaku
Kerana kau kekasihku
Adat orang bercinta
Semuanya indah saja
Bila sudah kecewa
Sungguh pahit terasa
Alangkah indahnya
Jika kau dan aku
Saling menyayangi/memahami dan
Saling setia
Betapa rindunya/indahnya
Di dalam hatiku
Kasih dan sayang
Labels: LAgu Dimataku
posted by Amrixxx @ 2:50 PM ,
,
Pada 18/12/2010 aku telah menyertai pertandingan futsal yang diadakan di Kuantan, Pahang... Seramai 32 team dari daerah kuatan termasuk pemain2 negari mengambil bahagian.. Pada asalnya aku xnak main coz xcukup org.. tapi disebabkan azam n kesungguhan.. aku dan rakan2 bermain gak tanpa ade pemain simpanan yakni cukup2 5 org je pada awalnya sebelum membe aku yg lain dtg lewat.. itupun ganti kawan aku yg injured xboleh nak main dah mase quater final..
Mase semi final, team aku lawan ngan team futsal pahang dan alhamdulillah menang tipis 1-0..mase semi nih aku n member2 dah all out supaya cari jalan ke final..mase final plak team aku bertemu ngan budak2 piala presiden yakni budak2 muda..pada awalnya game seimbang 1st half.. masuk je 2nd half aku n member2 lain dah xde tenaga serta stamina coz dah all out mase semi final disamping tiada pemian simpanan utk meneruskan momentum permainan..
walapun begitu pertahanan kami kental sebelum dibolosi akibat salah faham dgn refree.. member aku tetiba krem kaki berebut bola..aku nak pergi tolong n aku ingatkan ref tiup tanda dapat free kick..tapi malangnya, game diteruskan... aku protes coz xsedia n member tgh injured tp tidak dipedulikan oleh ref.. so, aku n member menerima keputusan tersebut dgn hati yg tertutup..huhu..
so, Pendek citer aku dapat Naib Johan ar... Hadiah medal,piala pusingan dan Duit RM 600.. sekian terma kasih..huhu :D
Labels: Futsal Dimataku
posted by Amrixxx @ 6:24 PM ,
,
Labels: LAgu Dimataku
posted by Amrixxx @ 5:40 PM ,
,
Assalam & selamat tgh ari semua... dah lame aku tak update blog nih.. maklum ar bz katakan..ekeke :PKUALA LUMPUR 16 Okt - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Belanjawan 2011 merupakan bajet retorik dan hanya mementingkan Pilihan Raya Umum yang akan diadakan seawal tahun depan. Beliau berkata melalui bacaan awalnya sepatutnya PRU-13 akan diadakan pada bulan Mac atau Jun, tetapi melihat kepada bajet yang dibentangkan, ianya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangkakan. "Berdasarkan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau tidak boleh menunggu lebih lama dari itu dan jika tidak ianya pasti memberikan tamparan hebat khususnya Umno-Barisan Nasional. "Jadi, nampaknya tidak apa yang menarik daripada pembentangan tersebut dan lebih bersifatkan retorik. Saya sifatkan sebagai bajet 'seluar dalam' di mana ianya memainkan yang penting untuk kerajaan mencapai matlamat Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) dan pertumbuhan 7 peratus yang bergantung kepada 'seluar dalam' dan juga 'kelambu'," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS. Komen aku tetang bajet semalam yg dibentangkan oleh najib sungguh Hebat dan Terharu aku rase.. kakitangan awam xpat bonus lagi???.. ye ar camne nak dapat bonus.. kerajaan belanja lebih daripada pendapatan.. FDI xmasuk2!! ahaks.. Bagaimana pula Projek nih yg menghabiskan duit rakyat!!Warisan Merdeka siap 2015 KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan satu lagi mercu tanda di ibu negara, dinamakan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat, lebih tinggi daripada bangunan tertinggi di Malaysia, iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat. Katanya, projek bersepadu bernilai RM5 bilion yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan dilaksanakan Permodalan Nasional Bhd (PNB). Menara yang bakal menjadi kebanggaan negara menjelang 2020, dijangka siap pada 2015. Projek berkenaan adalah sebahagian daripada tiga projek pembinaan mega yang diumumkannya ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen, semalam. 1) Penglupusan cukai barangan pelancong/tempatan: tidak beri kesan untuk menaikkan taraf hidup rakyat dah sedia terhimpit. Barangan dari hujung rambut ke hujung kaki memang berkaitan dengan bini pertama .... Bajet Permata tidak di bawah mana-mana kementerian, jadi ke mana bajet ini disalurkan ? 2)Pendek kate projek nak bantu kroni2 aku nampak ar..huhu.. Mahathir pergi tinggalkan 88 tingkat..esok Najib pergi tinggalakan 100 tingkat plak!!ahaks.. 3) Wang KWSP & PNB bakal dijadikan "CAgaran" kerjaan utk melabur di Luar Negara.. KLu menang untung ar.. klu kalah.. Rugi!! adehhh!! Malaysia akan lingkup tanpa FDI. Gagal mendapat FDI, sekarang hendak diguna wang EPF dan PNB. Pengurusan dalaman akan membawa kepada banyak penyelewengan kerana lazimnya CAT tak diguna pakai. Yang akan menjadi mangsa nanti adalah penyimpan wang kerana pulangan akan merosot. Mana-mana negara membangun yang tidak mendapat FDI yang memberangsangka n tidak akan berjaya dalam ekonominya.. Banyak sgt aku nak komen..tapi wat mase sekarang "geram" aku lagi byk daripada idea.. harga Petrol n byk makanan asas utk rakyat m'sia camne???ermm.. so, elok ar aku mencari ketenangn dulu erk..ehehe :D
Labels: Isu Semasa Dimataku
posted by Amrixxx @ 12:35 PM ,
,
Dengan penuh Kesyukuran pade Allah swt.. Aku ingin mengambil kesempatan mengucapkn Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Kemaafan seandainya satu saat tika dulu kite semua pernah berselisih faham & bertahyul tanpa batasan.. Akhir Bicaraku, Marilah kite sambut raya tahun ini dengan kegembiraan sebagai tanda syukur dapat menyempurnakan rukun islam bukan gembira nak men meriam erk.. & xlupa juga Aku ingin berkirim salam pade yg kejauhan.. & aku akan berkunjungan pade yg dekat..InsyaAllah.. :D
Labels: Raya DiMataku
posted by Amrixxx @ 9:49 AM ,
,
The Authors
Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".
"Khairul Amri"
Kilauan Dimataku
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Sajak Dimataku
Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati
Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....
~Amrixxx~