Kilauan Mataku

Memburu Kelah Bara Di Endau Rompin II

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

aku setuju ngan kate2 Mr. Payid kerana bukan senang nak mengecapi sesuatu perkara.. contohnya sperti gambar dibawah... ehehe.. :D..







Kelah cantik jadi ikan akuarium, peliharaan Oleh Osman Lisut (BH – Joran)

HULU LANGAT: Isi ikan kelah (Tor tambroides) tidak dinafikan enak rasanya dan tidak hairanlah ramai kaki pancing tegar berlumba-lumba memburu raja air tawar ini. Tidak kurang juga terdapat kaki pancing yang sekadar mahu menguji kehebatan aksi lasak serta ganas ikan berkenaan, yang kemudian dilepaskan semula bagi mengekalkan populasinya. Seorang penternak kelah, berkata ketika ini orang ramai sudah mulai prihatin mengenai spesies berkenaan dan pentingnya memulihara khazanah alam yang tidak ternilai itu sebagai warisan generasi akan datang.

Kelah merah penghias akuarium, kolah Oleh Helmi Hamzah (BH – Joran)

IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal. Spesies ini semakin mendapat perhatian pemilik akuarium untuk memeliharanya dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Ia juga tidak ganas dan boleh dipelihara bersama ikan lain. Ikan yang dipelihara dalam akuarium boleh diberi makanan pellet (jenis pellet ikan koi) dan juga udang gantung (Macrobrachium lanchestri). Kni anak kelah dijual di kedai akuarium dengan harga yang mahal.

Ratah kelah panggang bernilai RM1,000 Oleh Mohamed Semail (BH – Joran)

JERANTUT: Tangan hanyir, gelaran bagi pemancing yang sering mendapat tangkapan terbanyak atau pancingnya sering mengena. Setiap kali pancing dijatuhkan, pasti disambar ikan. Sama ada kelah, sebarau atau kerai pasti menjadi mangsa.

Ratah kelah goreng dengan nasi panas Oleh Mohamed Semail (BH – Joran)

JERANTUT: Menikmati kelah segar amat menyelerakan. Isinya manis, halus dan sedikit berlemak. Itulah antara pengalaman penulis yang sukar dilupakan. Meratah kelah segar Lubuk Kening tetap menjadi kenangan. Bagi penulis yang jarang sekali menikmati kelah, inilah masa terbaik yang sukar digambarkan.

Sungai Keniam gamit pemburu kelah Oleh Zulhilmi Hat (BH – Joran)

KUALA TAHAN: Hajat untuk mendapatkan lesen Kelah Merah (Tor Tambroides) tercapai akhirnya apabila spesies yang digelar raja sungai itu terkulai di joran penulis ketika mengadakan trip memancing di Sungai Keniam baru-baru ini. Pelbagai teknik digunakan bagi menjerat ikan ini walaupun terpaksa menyamar sebagai `pokok’ untuk memperdayakan ikan yang dikatakan cukup bijak mengesan objek hidup kelilingnya.

Harga ikan kelah RM80 hingga RM100 sekilogram berpatutan (HM – Main Section)

KUALA TERENGGANU: “Mungkin dia baru pertama kali makan ikan kelah dan tidak tahu kenikmatannya yang setanding dengan harga,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar ini semalam selepas seorang pengurus hotel di Mersing, Johor mendakwa tertipu apabila harga ikan Kelah dinyatakan di sebuah kedai makan di Kampung Gaung, Kuala Berang RM80 sekilogram.

Sungai Chuau PUTRAJAYA dimaju jadi santuari ikan kelah (BH – Main Section)

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya akan membangunkan kawasan sepanjang 53 meter di hilir Sungai Chuau, Presint 5, di sini sebagai lokasi santuari ikan kelah dari spesies Tor Tombroides. Presiden PPj, Tan Sri Samsudin Osman, berkata selain menjadi lokasi ikan kelah, kawasan berkenaan juga bakal dilengkapi pelbagai kemudahan bersesuaian, sejajar hasrat untuk menjadikannya sebagai kawasan rekreasi terbaru di sini.

Sawit peram untuk jinak kelah Oleh Zulhilmi Hat (BH – Joran)

PENANGAN buah sawit selain dijadikan minyak masak cukup sinonim dengan pemancing di negara ini yang gemar memburu ikan bersisik seperti kelah, kejor, tengas dan lampam. Seperti kita maklum, buahnya yang dikekang oleh tandan sebesar pemeluk dan menghasilkan buah kecil sebesar ibu jari yang berwarna merah kehitaman terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak.

Keeping the kelah safe By Anna Yusof (NST – Travel Times)

The kelah conservation project at Sungai Nenggiri will ensure the fish isn’t wiped out, writes ANNA YUSOF. SUNGAI Nenggiri in Gua Musang is a haven for ikan kelah (masheer), a much sought after freshwater fish that can fetch a good price at fine dining restaurants in the country.

Bermain dengan kelah Oleh Tn Sharifah Shahaini Tn Dagang (Harian Metro – Variasi)

TAMAN Negara Pahang memang terkenal dengan keindahan dan kehijauan hutan yang masih gah terpelihara walaupun usianya dipercayai mencecah 130 juta tahun. Antara aktiviti disediakan di santuari itu ialah memberi makan ikan kelah malah boleh berenang dan bermain bersama ikan kelah.

Friendly kelah of Sungai Petang By Alias Mohamed (NST – Travel)

THE kelah fish or the Malaysian mahseer is known for its elusiveness and “unfriendly” behaviour towards human beings. Normally, it’s only found in remote streams with deep pools surrounded by boulders. However, the kelah in Sungai Petang, 21kms from Pengkalan Gawi, the gateway to Tasik Kenyir in Terengganu, seem to be a different breed altogether. Not only are they unafraid of human beings but at the Kelah Sanctuary in Sungai petang, they actually come to swim and play with humans! They even feed right off our hands.

Swimming with fish (NST – Main Section)

TASIK KENYIR: A holiday in Terengganu would not be complete if you don’t go and swim with the kelah. The 45-minute boat ride down Sungai Petang to the kelah sanctuary alone is worth the trip.

Fine dining industry to help revive dying fish trade By Rosli Zakaria (NST – Main Section)

KUALA TERENGGANU: A failed government-sponsored project in Jenagor to raise kelah (Malayan Mahseer) for the ornamental fish trade is being revived thanks to its recent reorientation towards the fine dining industry. Launched by the Fisheries Department last year, the project had aimed to increase the income of residents in the area by involving them in the breeding and trade of the highly-prized ornamental fish. Fifty-three participants were then roped in and supplied with thousands of kelah fry to be raised in tanks in the backyard of their homes.

Kelah untuk jadi ikan angkat Oleh Osman Lisut (BH – Joran)

KUALA TAHAN: Suatu ketika dulu, negara nyaris menghadapi kepupusan ikan kelah (Tor tambroides), apabila Raja Sungai itu diburu pihak tidak bertanggungjawab dengan cara tuba dan karai. Akibatnya, zuriat kelah di beberapa sungai hampir lenyap sehingga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta badan bukan kerajaan bergabung mengambil inisiatif memuliharanya.

Mystique of the Kelah By Yamin Vong (NSundayTimes – Cars, Bikes & Trucks)

THERE comes a moment in time when even the hunter turns into a warden. This is the heartwarming tale of one of the pioneer members of the 4×4 Adventure Club of Kuala Lumpur (ACKL). Jerry Cheong Nyin Fatt, a top salesman in Avery Malayia for almost two decades, used to drive into the jungle to search for virgin fishing spots. He pushed on as far as he could in his Alfa Romeo 1750, and later a 2000.

Ringing in the kelah By Sager Ahmad (NTS – Travel)

PARK rangers at the Sungai Relau Nature Park have devised a way to tell the river kelah that food is being served. An excited SAGER AHMAD joins in to feed this protected species. WHEN you visit Sungai Relau Nature Park near Merapoh in Pahang, you may see a “circus” or a scientific “experiment” – depending on how you look at it.

Second sanctuary for kelah By Rosli Zakaria (NST – Main Section)

TASIK KENYIR: A river in the northern side of Tasik Kenyir, Sungai Petuang, has been declared as the second sanctuary for the exotic and highly-priced kelah (Malayan mahseer). The move follows the success of the first kelah sanctuary at Sungai Petang located in the southern part of the lake near the National Park, early this year.

Kelah sanctuary opens its doors to curious tourists By Jessica Lim (NSundayTime – Main Section)

IT’S 2pm and the lunch bell rings. Only this time, it’s a school of elusive ikan kelah that turn up for the meal. JESSICA LIM plays eco-tourist at Taman Negara’s kelah sanctuary. The weather-beaten man wades to the middle of Sungai Kuala Juram and sits down, a large bucket gripped between his knees and an ice cream bell in hand.

Ikan kelah makes comeback in Tasik Kenyir sanctuary By Rosli Zakaria (NST – Main Section)

HULU TERENGGANU: The good news is that the endangered Malayan mahseer, or ikan kelah, is making a comeback in Sungai Petang, Tasik Kenyir. The bad news, for anglers, at least, is that the river was declared a kelah sanctuary early this year and fishing prohibited. Conservation efforts over the past eight months have also yielded a pleasant surprise, which could turn into a tourist attraction. The fish are tame, so visitors can feed them and even swim with them.

RM5,000 ganjaran buru kelah Nenggiri (BH – Joran)

PETALING JAYA: Penggemar kelah berpeluang menyertai pemburuan raja Sungai Nenggiri, Gua Musang di Kelantan, mulai 25 Mac hingga Jun ini, untuk mendapat ganjaran RM5,000. Sungai Nenggiri, diwartakan sebagai Pusat Pemuliharaan Ikan Kelah, dibuka kepada kaki pancing amatur yang pakar memburu ikan itu sambil merebut ganjaran wang tunai yang disediakan bagi peserta yang mendaratkan kelah merah melebihi 10 kilogram.

Kelah Jeram Paling By Roselan Ab Malek (BH – Joran)

MENJEJAK ikan kelah (Tor tambroides) atau Malaysian Mahseer bukan mudah. Ini kerana ikan berkenaan gemar mendiami kawasan lubuk di ulu sungai terutama di kawasan jeram. Ketika memancing, pemancing juga tidak boleh bising kerana kelah amat sensitif dan akan melarikan diri.

Santuari kelah Taman Negara By Roselan Abd Malek (BH – Joran)

IKAN kelah (Tor tambroides) atau Malaysian Mahseer bukanlah nama asing. Malah pelbagai gelaran diberikan kepada kelah, seperti permata sungai dan raja sungai. Kelah mempunyai keistimewaannya sendiri. Dari daging hinggalah ke sisiknya boleh dimakan. Dagingnya halus manakala sisiknya macam keropak apabila dibakar atau digoreng.

Kelah impian 2002 By Roselan Ab Malek (BH – Joran)

BAGI Mohd Yusaimi Zulkifli, impian untuk memancing dan menewaskan kelah (Tor duronensis) atau Malaysia Mahseer di tanah sendiri bukanlah satu perkara mudah untuk dicapai. Beliau berkata, impian itu sudah disemai sejak tiga tahun lalu tetapi tidak pernah terhasil kerana raja ikan air tawar itu sukar dijejaki.

Kelah Tasik Banding By Mohd Fadzly Abd Radzak (BH – Joran)

`Nun jauh beribu batu, gunung ganang ku rempuhi, demi seekor kelah yang ku cari, untuk dimasukkan ke dalam TDC, Lembah Belum lokasi kami, pendaratan kelah merah emas menjadi saksi, tidak ku sangka teknik mengilat kelah berjaya ku perbaharui.’ spoon yang ku guna akan ku abadi’. MENEROKAI hutan dara yang masih belum dicemari dan diusik segala yang ada di dalamnya adalah satu pengalaman yang paling berharga buat saya dan sesiapa sahaja.




Labels:

posted by Amrixxx @ 3:27 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Aku Mimpi Dapat Anugerah Jadi Perawat Islam..

Bismillahirahmanirrahim
Nak jadi Perawat bukanlah tugas mudah dan memerlukan kesabaran yg tinggi.. beberapa tahun sudah Aku ada terfikir, haruskah aku jadi perawat islam??.. tapi hati aku cuba menolak coz klu boleh aku xnak libatkan masalah kpd keluarga dan sedara mara.. ye ar, kekadang klu kita menang berhadapan dgn jin2 atau tukang sihir..Mereka xkan berdiam diri lalu akan menganggu keluarga dan sedara mara kita..erm.. kadang kala aku terfikir gak, klu x jadi perawat, jin2 dan iblis akan menggangu gak tanpa mengira sape kita coz dah itu sumpah mereka..cuma antara kita sedar atau tidak.. subhanallah..

Masalah nih dah lame hadir dalam mimpi aku dan selalu bermain dikotak fikiran aku…malam tadi adalah malam paling dahsyat buat aku coz rasanya dalam mimpi aku nyaris2 maut berhadapan dengan tukang sihir, iblis dan jin kafir peliharaan tukang sihir tersebut…klu sebelum nih aku mimpi bace surah2 tertentu dan al-fatihah aku segera dapat menguasai mimpi dan adakalanya jin2 terus terbakar..

Malam tadi dalam kul 11 mlm..Sebelum tido aku berniat nak lihat sekitar kampong aku yakni sedara mara samada ada gangguan @ tidak coz asal aku balik kampong je rasa lain macam dan tetiap malam klu baca yassin dan solat lewat malam kat rumah aku ada terasa pelik dan meremang bulu roma..Akhirnya doa aku makbul..tiba-tiba baru tgk kampong halaman dalam mimpi tersebut.. aku terkejut tetiba terus berentap dgn tukang sihir dan jin2 peliharaannya yang ganas tanpa wat persediaan..

Tak sangka aku xdapat mengatasi mereka coz ada ilmu2 tertentu yang belum aku kuasai lagi..dan ayat2 al-quran tak boleh membakar mereka.. Yeps.. aku tak nafikan klu melibatkan jin yang dah berusia beribu tahun,iblis dan tukang sihir yang kejam..ayat2 al-quran mereka boleh hafal dan mmg xberkesan…

Melainkan kita terus bergantung pada Allah Swt memberi ilham utk menewaskan mereka..Klu jin boleh mati dan masuk islam.. tapi klu Iblis xkan mati klu berhadapan dgn mereka coz Iblis dah wat perjanjian dgn Allah swt akan hidup sehingga kiamat.. malam tadi aku xde kekuatan utk menghalau jin,iblis dan tukang sihir coz terlalu ramai dan kuat.. aku plak keseorang mase tuh..

Kemudian, aku melarikan diri beberapa ratus meter dari kampong coz berasa nyawa2 ikan diserang berpuluh2 jin ganas dan tukang sihir…dalam mimpi mlm tadi, orang tua aku dan sedara mara mereka telah bunuh.. Mujurlah sampai satu tempat aku bersembunyi dibalik pintu sambil bertawakal pada Allah swt…

Tiba2 muncul dua orang pemuda yg cuba menolong aku..katanya nape tak pagar diri dan kawasan dengan garam..aku cakap terlupa dan xsempat.. lepas tuh, 2 orang pemuda nih membawa garam, kain kuning,keris dan sebatang buloh..mereka mengajak aku berhadapan dgn tukang sihir tersebut tapi aku tak pergi coz dah xde kekuatan..lalu aku terus terjaga bilamana teringat nama seorang dukun dari Indonesia ..astagfirullah’azim..

Kesimpulannya..
Rasanya xmustahil aku, keluarga dan sedara mara aku ada yang terkena sihir tanpa sedar melainkan perawat lain melihat…Mahu tak mahu aku kena berguru dengan yang lebih ahli coz setiap perkara dan masalh nanti aku dapat kenal pasti dengan tepat.. bukan agak-agak dan firasat lagi..klu dapat kenal pasti dgn tepat maka mudah ar cara merawatnya tanpa memakan masa berjam2.. :D
Boleh jadi..masa nak merawat orang, diri kita plak kena serang tanpa kita sedar atau berpindah pada orang lain..menda2 camnih ar perlu aku elakkan dan kuasai..erm..Ayat2 hafazan dan pengerun untuk jin dan iblis mmg ada aku hafal dan selalu bace..tapi belum cukup memadai andai kita xtahu tipu muslihat mereka yg sebenar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..

Ayat Seribu Dinar

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu
.

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:12 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Terlajak Perahu Boleh diundur.. Terlajak kete??

Pada suatu malam yg kelam.. yakni 18/07/10 aku ngan membe bertolak dari shah alam ke Kerteh.. bertolak lewat kul 9mlm dan pukul 2.30 pagi aku sampai ke rumah.. Sepatutnya aku bertolak kul 4ptg tapi ada masalah teknikal dari membe aku terpaksa bertolak mlm.. Aku hanya ckp sepatah dua bahawa aku xleh drive mlm2... dia pun ckp okey n boleh drive sampai rumah..Secara zahir dan jujurnya, aku xleh drive kete mlm2 coz silau dan mungkin membahayakn diri.. tetapi mlm tuh, member aku dah penat serta mamai setelah Exit di Tol Jabor,Kuantan kul 1.30pagi..

Oleh itu, terpaksa ar aku drive sendiri kete aku.. membe aku xbagi dan nak rehat dulu..tapi aku ckp xpe ar coz kereta xbyk tgh mlm n aku boleh drive slow2.. slow2 pun lebih dalam 100km/jam gak masuk jalan kampung..ekeke.. :D

Alhamdulillah kul 2.30pg tiba dirumah..Setelah tibanya dirumah pagi itu dan aku nak parking kete kat tepi pokok..tiba2...****tak sanggup aku nak cakap****** ahaks..


___________________________

update 22/07/10

aku nak parking kete dalam rumah tapi dah penuh.. so, aku parking dekat pokok sawit nih..Tiba-tiba.. aku rase cam dekat sgt parking kat pokok sawit nih.. kang xpasal2 pelepah jatuh atas kete aku plak..oleh itu aku nak reverse skit sambil gosok mate menahan kepedihan dan kengantukan serta mamai.. dalam keadaan xfree gear..xpasal2 dan ntah camne aku tertekan pedal minyak lalu terhenjut skit kete aku,lantas bonet kete aku tercium itu pokok..ahaks.. :D..
Lepastu aku tgk kemek skit kete aku..menjahanam sungguh sawit itu..huhu..
ari sok aku anto kedai repair skit bonet kemek..ekeke..


Sekian..terima kasih..
Seram tak kawan2 citer aku? ahahaha :P




p/s- kejadian nih mcm citer filem Inception plak..ekeke :D

Labels:

posted by Amrixxx @ 3:57 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

I M A N

Iman yang benar ialah Iman yang merangkumi pengertian dan ciri-ciri keimanan, seperti bersih daripada syirik khafi dan riya’. Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwa, menggerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-seolah hadir di hadapan mata, memenuhkan jiwa dengan peranan tenang, tabah dan tetap pendirian, memudahkan mereka yang mempunyai Iman seperti ini bekorban apa sahaja demi Jalan Allah SWT, menambahkan pergantungan, kepercayaan, tawakkal, harapan, takut dan penyerahan mereka kepada Allah SWT.

Apabila pengertian Iman seperti ini memenuhi hati seseorang muslim, jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kepada Allah SWT. Ibadah dan Iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kehidupan dunia akan dipenuhi dengan kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan yang meresap di seluruh pelusuk jiwa. Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan memenuhi hati seseorang Muslim. Apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajah muslim, sinar yang dapat dilihat oleh orang-orang yang beriman sekali pun kulit muslim itu hitam atau sawo matang. Manakala di akhirat pula kemanisan Iman ini akan dapat dirasakan lebih manis daripada madu.

Sebahagian daripada tanda-tanda lahir kemanisan Iman ialah kecintaan seseorang mu’min untuk melakukan ibadah, merasa selesa dan tenang melakukannya serta merasa rindu dan lapang dada melakukannya. Janganlah kita merasa pelik dan menganggap perkara ini hanyalah khayalan semata-mata kerana Iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh Ruh sebagaimana lidah dapat merasakan kemanisan makanan. Hadith Rasulullah S.A.W. yang mulia telah menyebut:

“Jika terdapat perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan Iman: beliau mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segala sesuatu, beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka, beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu (kepentingan) tetapi hanyalah kerana Allah.”

Iman ada kemanisan. Kemanisan tersebut akan bertambah apabila Iman bertambah kuat dan termeteri.

Sebahagian daripada Iman yang benar dan ibadat yang sah ialah Allah SWT akan mencampakkan ilham dan lintasan ke dalam hati mu’min. Ilham dan lintasan hati akan menyuluh jalan orang-orang yang beriman, menolong dalam menyelesaikan permasalahan dan menolong mencari kebenaran.

Kasyaf adalah juga sebahagian daripada kesan Iamn yang benar. Kasyaf yang dimaksudkan di sini ialah Allah SWT membukakan tabir yang melindungi sebahagian daripada perkara-perkara yang tersembunyi atau ghaib. termasuk juga dalam pengertian kasyaf ini ialah mengetahui bisikan hati, niat dan kelemahan sesetengah manusia dengan Izin Allah SWT. Kasyaf seperti dikenali sebagai Firasat Mu’min. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Takutlah Firasat orang-orang Mu’min, seseungguhnya ia melihat dengan Nur Allah.”


Dalam satu Athar (kejadian atau kisah yang berlaku pada zaman sahabat) dikisahkan bahawa Sayyidina Othman Bin Affan RA telah berkata kepada sebahagian orang ramai yang datang menemuinya, “Salah seorang di kalangan kamu yang masuk, sedangkan kesan zina jelas kelihatan di antara dua matanya.” Lantas di kalangan yang hadir itu bertanya, “Adakah wahyu turun selepas Rasulullah SAW, wahai Amir al-Mu’minin?” Soalan ini dijawab oleh beliau dengan katanya, “Tidak, malah ia adalah firasat orang mu’min”. Kesan zina yang dilihat oleh Sayyidina Othman ialah kesan daripada melihat perkara yang haram, kerana dalan Hadith Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa mata itu berzina dan zina mata ialah melihat perkara yang haram.

Ilham, lintasan hati dan firasat adalah termasuk dalam perkara-perkara yang thabit dan pernah berlaku. Kadangkala perkara ini disebut Karamah. Karamah adalah satu kebenaran yang mesti diterima, diakui dan wajib diimani, tetapi tidak harus dijadikan dalil terhadap hukum hakam, kerana dalil hukum hakam hanyalah terbatas pada al-Quran, as-Sunnah dan ceraiannya. Walaupun demikian ilham dan sebagainya bolehlah dianggap sebagai penunjuk jalan untuk mengenali seseorang, keadaan-keadaan tertentu, mengetahui perkara-prkara yang bersangkutan dengan urusan hidup; mana yang harus dilakukan atau ditinggalkan.


Sebahagian daripada mimpi-mimpi adalah benar dan sebahagian besarnya adalah karut. Mimpi seseorang yang benar-benar beriman pada ghalibnya adalah benar, jelas dan memerlukan ta’bir...




Oleh Al-Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:06 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Final Piala Dunia 2010 - Holland Vs Spain..



Pagi tadi ngk jerman vs uruguay.. sama kuat & sama hebat.. walaupun jerman mng 3-2 tapi permainan uruguay mmg terbaik..erm..pagi sok adalah pagi yang dinanti oleh semua peminat bolasepak dimana Belanda akan berentap dengan Spain untuk memburu kejuaraan Pertama Piala Dunia.. :D

lain2 PEndapat

Pemain tengah, Sergio Busquets, yang beraksi bersama Xavi di Barcelona yang muncul juara Sepanyol berkata, Sepanyol amat terhutang budi kepada Belanda kerana banyak pengaruh negara itu dalam skuad Barca sejak beberapa tahun lalu.
Tujuh pemain Barcelona disenaraikan dalam kesebelasan utama Sepanyol ketika ini termasuk Xavi, Andres Iniesta dan Busquets, semuanya dididik jurulatih Belanda, Johan Cruyff, Louis van Gaal serta Frank Rijkaard.

Malah pengaruh Barca turut dirasai menerusi pembantu jurulatih, Frank de Boer dan Phillip Cocu serta kapten pasukan, Giovanni van Bronckhorst dan pemain tengah Mark van Bommel. –


Ramalan

“Sepanyol barisan penuh skil dan jika penguasaan bola mereka baik, saya percaya mereka akan menjadi juara baru di Afrika Selatan”
Arsene Wenger,Pengurus Arsenal



“Saya tidak melihat kenapa Sepanyol akan kalah kerana mereka ada pertahanan baik dan barisan tengah terbaik dunia ketika ini. Mereka pasukan paling menarik di sini"
Cafu,Kapten Brazil 2002


“Belanda ada ramai pemain berbakat seperti Wesley Sneijder, Arjen Robben dan Marc van Bommel dan kemampuan individu mereka akan memastikan pasukan ini muncul juara”
Marcel Desaily,Bekas kapten Perancis


“Saya pilih Belanda akan jadi juara kali ini. Pasukan ini konsisten dan pemainnya berbakat untuk pantas mengubah corak permainan dengan keupayaan besar individu”
Gary Bailey,Bekas penjaga gol Manchester United


__________________

Sotong Paul meramalkan Spain akan menang.. tapi burung nuri di singapura meramalkan belanda akan menang..ahaks..
Klu di argentina dan jerman org nak bunuh.. tapi dimalaysia
Orang wat sotong masak tepung..ekeke..

Aku plak rasa nak makan malam nih “Nasi putih kerabu sotong dgn suhun + Tomyam seafood je..hehehe :D



pepun..
Aku xpeduli ramalan sape2..persetankan itu semer..ahaks..
coz yg penting corak permaianan itu menarik dan menghiburkan..
Dan aku tetap pade Belanda walaupun teknik2 permainan spain mirip belanda..
:D

____________________

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memilih Sepanyol untuk muncul juara berdasarkan kemampuannya menewaskan Jerman 1-0 pada saingan separuh akhir.
"Saya pilih Sepanyol kerana pasukan itu berjaya menewaskan pasukan pilihan saya iaitu Jerman," katanya.
Antara yang memilih Sepanyol ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula memilih Belanda untuk menjadi juara.


Pada aku xkisah menteri2 nak skong mane2 pasukan pilihan meraka coz men bola mmg seronok.. Aku harap mereka xberjudi ar walaupun lesen judi telah ditarik balik..ekeke :D



P/s- Aku minta maaf ar pada semua yg mengundi coz xdapat nak tunjukkan skil bola bilamana aku tgk dalam list pagi tadi kat safwa health xda plak nama aku...itu maknanya undi korang belum cukup ar..huhu.. pepun xpe ar... mekaseh coz sudi mengundi.. Lepasni aku kena tukar plak dari wat aksi "Demo" kepada "Show"..baru gempak kan.. ekeke..

Kesilapan utama aku adalah terlupa nak wat undi pakai "emel berantai" dan mesej membe2 kat FB..ahahaha :P

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:12 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Inteam - Rabiatul Adawiyah



Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi
orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Saidina Ali bin Abi Talib

Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya- Saidina Ali bin Abi Talib


Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu - Saidina Umar bin Al-Khatab

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:10 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com