Kilauan Mataku

Korban Sebelum Menyambut Hari Raya Korban..

Berkorban apa saja…
Harta ataupun nyawa…
Itulah kasih mesra..
Sejati dan mulia…..

Pada 26//11/09 bersamaan hari khamis aku bekerja separuh hari …
Selepas mam aku terus pergi sebuah surau utk menunaikan solat zohor…
Dengan tanpaku diduga & disangka.. selepas aku amik wuduk….
beg laptop aku hilang yg aku tinggalkan sementara atas rak almari sambil tutup dgn jaket.. ermm..

Oh Geramnyer aku masa tuh....
siapakah manusia yg bertopengkan syaitan itu membuat khianat didalam surau!!!..
Dengan penuh kesabaran aku hanya mengukir senyuman utk melepaskn sedikit geram akibat kecuaian seketika aku..Astagfirullah a’azim…
Aku hanya bleh tawakal & berserah pade takdir..

Perkara yg lepas usah dikenang.. erm..
senang citer beli yg lain.. ahaks..

Labels:

posted by Amrixxx @ 4:12 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Gambaran Syurga Menurut Al-Quran

Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali.

Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.

Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:

Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman:

Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13)

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).

Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

Sungai-Sungai di Syurga

Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam Al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:

Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!).

Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang tidak memabukkan, ada yang dari madu dan sebagainya. Sungai-sungai ini semuanya mengalir dengan tenang melalui rumah-rumah di syurga, di kebun-kebun dan di celah-celah pokok. Bahkan terdapat juga mata-mata air yang mengalir.

Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:

= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya.
= Madu yang disaring

Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.

Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.

Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda:

Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu.

Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.

Tentang Al-Kausar, Anas lah.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. (Al-Kausar: 1-2-3).

Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." (Riwayat Muslim).

Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap, bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang."

Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.

Syurga itu Bertingkat-Tingkat

Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).

Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga.

Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya.

Cuba kita bayangkan di dunia ini sahaja, kalaulah kita diberikan kesempatan bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang pemimpin negara, tentu kita akan sangat gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah yang menciptakan dunia ini.

Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud:

Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?"?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya."

Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut :

= Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).

Taman-Taman Di Syurga

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah menciptakan taman-taman bagi penghuninya.

Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah daripada perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah daripada emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim).

Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang.

At-Tabrani meriwayatkan bahawa di taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang
rendang, besar, tinggi dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu pula.

Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.

Pintu-Pintu Syurga

Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud:

Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka.

Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:

Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana itu kalau seorang semasa hidupnya benar-benar melaksanakan segala hal yang disebut tadi, maka ia akan dipanggil untuk masuk melalui ke semua pintu-pintu tersebut.

Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan lah-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya.

Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).

Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya" diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi nama :

= Pintu para rasul dan nabi
= Pintu zakat
= Pintu haji
= Pintu syahadat dan selawat
= Pintu syuhada
= Pintu salihin
= Pintu siddiqin
= Pintu ilmu dan iman
= Pintu rahmat
= Pintu taubat

Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda:

Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah.

Jelaskan pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang terdapat di dalam syurga.

Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga

Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang diperbuat daripada permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.

Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."

Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?"

Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir). Bagi penghuni syurga ini, disediakan bilik-bilik sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20:

Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya.

Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6 yang bermaksud: Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka.

Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga, ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu mengetahui tempat mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah (bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya.

Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman:

Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana.

Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenaan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat Muslim).

Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga

Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya.

Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan,tentu kita akan asyik dan enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut.

Di syurga, Allah memberikan kepada penghuni-penghuninya lebih daripada itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya. (Al-Waqiah: 27-33).

Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (lah-Rahman: 48).

Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. (lah-Rahman: 68)

Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (Al-Insan: 14).

Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata:

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."

Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.

Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas lah.a.:

"Pokok kurma syurga itu batangnya daripada permata Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal pelepahnya daripada emas yang merah dan setiap satu pelepahnya menjadi pakaian penghuni syurga, daripadanyalah pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka dipotong dan dijahit. Manakala buahnya seperti tempayan, lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada buih dan tiada mempunyai benih."


--------------------------------------------------------------------------------

Berkata Abu Darda lah.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda:
Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya Aku dengan jin dan manusia dalam suatu berita besar (Hari Kiamat). Aku yang mencipta, tetapi mengapa orang lain yang disembah. Aku yang memberi rezeki, mengapa pula orang lain yang disyukuri." (Riwayat Baihaqi)

Labels:

posted by Amrixxx @ 2:30 AM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Tekken Tag...

ok mar, am nak wat tugasan yg mar bagi erk :P

1) Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
mar?

nenoneneoneneo..jawapanyaaaaaaaaaaaaaaaa...

-perasan comel
-perasan kiut
-kuat makan eskem & coklat
-xsuka belanja kawan..
-aku mintak hadiah xbagi..ekeke


2) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.


1. bersukan
2. bersenam
3. suka berbincang
4. suka usik org
5. suker senyum
6. suka makan mkanan seafood
7. suker makan eskwemmmm
8. suker jogging
9. suker men futsal
10..suker men badminton..huhu

3) Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them.

alamak..tak terpk lak saper2.. ampun yer marrr....am stop here jer :p..saper2 bc blog am rs nak wat silakan ahaks!!!

ahaha.. men copy paste n edit skit..senang je dah siap..ekeke

Labels:

posted by Amrixxx @ 11:00 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

FUTSAL SUPER LEAGUE

UPDATE 15/11/09




JADUAL PERLAWANAN KE 9 dan 10 (16 NOV 09)
PADANG A
1. LYONNAIS vs SEVILLA
2. FLAMENGO vs RUBIN KAZAN
3. JUVENTUS vs SANTOS
4. BOCA JUNIORS vs RIVER PLATE
5. BAYERN MUNICH vs PANATHINAIKOS
6. ASTON VILLA vs LYONNAIS
7. AL-ITTIHAD vs JUVENTUS
8. ABERDEEN vs FLAMENGO

PADANG B

1. WIGAN ATHLETIC vs BOCA JUNIORS
2. VILLARREAL vs BAYERN MUNICH
3. VALENCIA vs ASTON VILLA
4. SEVILLA vs AL-ITTIHAD
5. SANTOS vs ABERDEEN
6. RUBIN KAZAN vs WIGAN ATHLETIC
7. RIVER PLATE vs VILLARREAL
8. PANATHINAIKOS vs VALENCIA

ADA 30 GAME UTK DIHABISKAN.. SEKARANG NIH BAU GAME KE 9 & 10..ERM.. JAUH LAGI PERJALANAN...HARAP2 AKU BOLEH BERMAIN KESEMUA BAKI PERLAWANAN TANPA CEDERA & OUSTATION.. AHAKS..

Labels:

posted by Amrixxx @ 11:02 AM, ,

Image Hosting by imagefra.me

FUTSAL SUPER LEAGUE



Perlawanan setiap malam Isnin & Rabu.
Start game kul 10 mlm - Main 15 minit satu game (7 minit sebelah)




Jadual utk hari Rabu (mlm ni) – 11/11/09
PADANG A

1. ABERDEEN vs BOCA JUNIORS
2. AL-ITTIHAD vs FLAMENGO
3. ASTON VILLA vs JUVENTUS
4. BAYERN MUNICH vs LYONNAIS
5. BOCA JUNIORS vs PANATHINAIKOS
6. FLAMENGO vs RIVER PLATE
7. JUVENTUS vs RUBIN KAZAN
8. LYONNAIS vs SANTOS

PADANG B

1. PANATHINAIKOS vs SEVILLA
2. RIVER PLATE vs VALENCIA
3. RUBIN KAZAN vs VILLARREAL
4. SANTOS vs WIGAN ATHLETIC
5. SEVILLA vs ABERDEEN
6. VALENCIA vs AL-ITTIHAD
7. VILLARREAL vs ASTON VILLA
8. WIGAN ATHLETIC vs BAYERN MUNICH

___________________

Game 1 - VILLARREAL (6) vs FLAMENGO (0)
Game 2 - VILLARREAL (2) vs RIVER PLATE (0)
Game 3 - VILLARREAL (2) vs ABERDEEN (1)
Game 4 - VILLARREAL (2) vs SEVILLA (0)
Game 5 - VILLARREAL (3) vs SANTOS (1)
Game 6 - VILLARREAL (4) vs AL-ITTIHAD (0)

Pertandigan liga futsal ni terbuka pade mane2 kelab daerah kerteh,kemaman & paka.. Seramai 16 pasukan telah mengambil bahagian..Pemilihan nama team berdasarkan kelab luar negara bagi memudahkan aturan perlawanan.. team aku terpaksa pilih villareal sempena jersi baru sama ngan pasukan villareal..hitam + oren...ngee..

Perlawanan ke-3 & ke 4 aku xmen coz outstation.. nasib baik ar menang jugak..huhu.. malam kelmarin menang ngan jore tahun lepas santos & team feveret jore jugak al-Ittihad..ahaks..

klu ikutkan kedudukan carta Lyon & Rubin Kazan terhampir..
nak xnak kitorang kena menang jugak malam ni..huhu..Caiyooooo!!

Labels:

posted by Amrixxx @ 9:03 AM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Kenduri Arwah dan Kenduri Tahlil

1) Mazhab Maliki:

Disunatkan kepada jiran dan seumpamanya menyediakan makanan kepada keluarga si mati kerana kesibukan mereka menghadapi kematian.


2) Mazhab Hanafi:

Disunatkan kepda jiran keluarga si mati dan kaum kerabatnya yang jauh menyediakan makanan untuk ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :

"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".

Oleh kerana memberi makan itu suatu perkara kebaikan dan ma'ruf, maka dipelawa sungguh-sungguh kepada mereka supaya makan, kerana kesedihan telah menghalang mereka daripada memakan makanan dan menyebabkan mereka menjadi lemah.

3) Mazhab Hanbali:

Disunatkan membuat makanan untuk ahli si mati dan dihantar makanan itu kepada mereka bagi memberi pertolongan dan melembutkan hati mereka. Boleh jadi mereka sibuk dengan ujian yang diterima, juga sibuk denga kunjungan orang ramai yang
datang menemui mereka, menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan amakan untuk diri mereka sendiri.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Ja'afar, beliau berkata: "Apabila tiba berita kematian Ja'afar (bin Abi Talib), Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabada:

"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Bakar, beliau berkata: "Sentiasa sunnah nabi itu menjadi ikutan kami (sahabat nabi) sehingga ditinggalkan oleh manusia yang meninggalkannnya (yakni sehingga sunnah itu ditinggalkan dan tidak diamalkan oleh kebanyakan orang)".

4) Mazhab Syafie:

Sebagaimana disebut dalam Kitab al-Muhazzab oleh Imam al-Syirazi (Abu Ishak Ibrahim Al-Syirazi, wafat pada 476 Hijrah bersamaan 1083 biladiyah, beliau termasuk antara ulamak yang agung dan mujtahid dalam mazhab syafie)

(Isteri/suami dan anak-anaknya) kerana diriwayatkan apabila Ja'afar bin Abu Talib terbunuh, nabi bersabda:

Hendaklah Kamu membuat makanan kepada Ahli Ja'afar sesunggunya telah datang kepada merka perkara yang mengharukan mereka

Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmuk, syarah kepada Kitab al-Muhazzab, katanya: "Imam Syafie berkata di dalam kitab al-Mukhtasar "Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan jirannya membuat makanan untuk ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana sesungguhnya perbuatan itu ialah sunnah dan diamalkan oleh golongan yang baik-baik."

Telah berkata ashab kita (ulamak fiqh syafie):

"Dipelawakan sungguh-sungguh kepada mereka (ahli si mati) supaya mereka makan, dan walaupun mayat itu berada di negeri lain sekalipun, adalah disunatkan juga kepada jiran tetangga keluarga si mati membuat makanan untuk mereka.

Setelah kita mengikuti pendapat ulamak di dalam 4 mazhab mengenai membuat dan menyediakan makanan atau jamuan selepas kematian, maka kita dapati semua mazhab telah bersepakat kata bahawa hukumnya adalah sunat bagi jiran tetangga dan kaum kerabat yang jauh membuat makanan kepada mereka. Bukan mereka membuat makanan dan menjamu jiran dan orang ramai apabila berlaku sesuatu kematian seperti yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita pada hari ini.

Majlis Tahlil dan doa Arwah boleh dilakukan dan tidak bertentangan dengan sunnah. Adapun mengadakannya pada masa dan hari-hari tertentu seperti 1,2,3,7,40 dan 100 hari tidak ada nas dan bahkan Bid’ah semata-mata..Dalam masyarakat kita hari ini banyak perkara perlu dibetulkan dari terus melaksanakan perkara2 bidaah.. Astagfirullah a'azim...

Labels:

posted by Amrixxx @ 1:01 AM, ,

Image Hosting by imagefra.me

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI

Hati adalah tempat segala niat, baik atau buruk. Tiada yang boleh mengetahui isi hati seseorang kecuali si pemilik sendiri. Hati inilah yang kelak akan dihisab oleh Sang Pemilik hati. Orang yang bergelimang dalam dosa dan kemaksiatan, hatinya akan mengeras. Hatinya akan tertutup.

Allah swt berfirman: ‘Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah oleh Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yg pedih disebabkan mereka berdusta.’ (Al-Baqarah : 10)
‘Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi..dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yg kamu kerjakan.’ (Al-Baqarah : 74)

‘Demikianlah Allah mengunci mati hati orang-orang yang kafir.’(Al-A’raf: 101) ‘Maka kecelakaan besarlah bagi mereka yang membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.’ (Az-zumar ; 22).

Dari Ibrahim bin Adham rahimahullah:
Doa Kalian Tidak di Kabulkan Karena Hati Kalian Telah Dimatikan oleh 10 Hal, iaitu:


1. Kalian meyakini Allah, tetapi enggan menunaikan hak Nya.
2. Kalian membaca kitab Allah, tetapi tidak mau mengamalkan isinya.
3. Kalian mengakui bahwa syaitan adalah musuh kalian, tetapi kalian justru mengikutinya.
4. Kalian mengakui cinta kepada Rasul, tetapi meninggalkan ajaranya.
5. Kalian mengaku rindu syurga, tetapi enggan beramal untuk menggapainya.
6. Kalian mengaku takut pada api neraka, tetapi tidak berhenti dari perbuatan dosa.
7. Kalian yakin kematian pasti datang, tetapi tidak berbekal untuk itu.
8. Kalian sibuk membicarakan aib orang lain, tetapi lupa akan aib sendiri.
9. Kalian makan rezeki dari Allah, tetapi tidak mau mensyukurinya.
10 Kalian sering mengubur orang mati, tetapi tidak mengambil peringatan darinya.

“Ketahuilah bahwa didalam tubuh ini ada segumpal daging, jika ia baik maka seluruh tubuh akan baik pula, akan tetapi jika ia rosak, maka akan rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahwa itu adalah Hati.”

Hati yang mati
iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum-Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat. Itulah hati yang mati dengan Islam.

Hati yang sakit
Iaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah - bertakbir, bertahmid, bertasbih, bertahlil, membaca al-Quran dan berqiayamullail
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 2)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)



Ya Allah perbaikilah kerosakan hati kami, jadikanlah ia hati yang lembut, yang bercahaya, yang penuh dengan keimanan. Cucilah kegersangan hati kami dengan air salju dan embun, bersihkanlah hati kami dari segala kesalahan dan keburukan, sebagaimana Engkau bersihkan kain yang putih dari segala noda. Jangan Engkau gelincirkan hati kami setelah Engkau anugerahkan padanya hidayahMU, wahai Sang Pemilik Hati, bantulah kami menjaga hati kami ini…amin.

Labels:

posted by Amrixxx @ 7:51 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

Besdey Aku...

Bismillahirahmanirahim.. Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Penyanyang.. Pertama-tama sekali aku ingin panjatkn kesyukuran ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah kurnian-Nya aku boleh bernafas & dapat menyambut ulang tahun kelahiran ku yg ke-25 atas rahmat kasih sayang-Nya padaku..Alhamdulillah..

Sepatutnya pade mlm ni aku menyambut besdey bersama teman2 lepas main liga futsal.. klu aku ada ngan membe mlm ni, kompem aku kena campak kat laut kot..huhu.. tp atas urusan kije terpaksa aku memohon maaf pade mereka kerna xdpt bersama kalian bermain futsal dan membantu mencapai kemengn..mohon ampun beribu ampun..

Sempena harijadiku ini, Aku mengharapkn teman2 ku & yg mengenaliku sedekahkn doa & bermunajat utkku agar permudahkan segala urusan didunia ini utkku menyediakan bekalan menuju ke akhirat kelak..
Impian & cita2 ku utk berbakti pada keluarga, nusa & bangsa yang belum tercapai akan ku teruskan hingga hembusan nafas terakhir.. InsyaAllah..

Mengenai jodoh lak, InsyaAllah sampai waktu ditetapkan akan ku dirikan rumahtangga bersama insan tersayang..Jodoh pertemuan di tangan tuhan.. cinta pada manusia xleh dipaksa & xperlu juga dikejar.. ia akan datang sendiri seandainya kebahgiaan hakiki dicari.. pesan orang tua.. xusah bercinta terlalu lame coz hanye membazir masa & wat kita lalai selalu akan ku Ingati...

Tambahan pula hadis2 nabi & kate2 pujangga yang ku pegang pada prinsip hidup selama ini banyak manfaatnya...ramai teman2 & sahabtku bertanyakan kenapa aku xsuka bercinta walaupun ramai yg mahu.. sedangkan yg kulihat depan mata belum kutemui serasi denganku..sejarah cintaku pada waktu muda remaja dulu menjadi kenagan dan pengajaran berguna buatku..

Bak kate Punjangga- Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita... dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..

Nabi SAW menyatakan : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa)

Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)



Berpesanku pada diri sendiri.. Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain..


Ya Allah Yang Maha Mengetahui,Melihat & Sebaik-baik Perancang alam ini.. kurniakanlah padaku seorang Srikandi penyejuk dimata dan penawar dihatiku..amin..

Labels:

posted by Amrixxx @ 10:35 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

4 Perkara Dengan 4 Perkara



Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-


1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.. Ya Allah aku berlindung kepadaMU yang memelihara dan menguasai manusia..Tunjukanlah hambaMu ini jalan yang lurus.. iaitu orang2 yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat..Aminn..,

Labels:

posted by Amrixxx @ 7:01 PM, ,

Image Hosting by imagefra.me

The Authors

Blog "Kilauan Mataku" ini merencanakan perjalanan sisa hidup aku yang menempuh ranjau kehidupan yang penuh lakonan.. Pada Kilauan Mataku tiada ape yang indah melainkan aku dapat menempuhi segala kesulitan dengan tersenyum manish.. Kilauan Mataku tersenyum indah dan manja seolah-olah ku ketahui akan akhir hayat ku.. Sakitku alami ku pendamkan dengan menjauhkan diri dari teman untuk ku luahkan kesabaran & ketabahan ku.. Mataku seolah menitiskan air mata andai ku lihat Kilauan Mataku bersama teman-teman leka bersuka ria.. Ingatlah wahai Mataku.. Sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, dan manusia telah banyak karam didalamnya, oleh itu jadikan lah kapal mu didunia ini berbakti kepada Allah, muatannya Iman dan layar nya Tawakkal, mudah- mudahan kamu selamat".

"Khairul Amri"

Kilauan Dimataku

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Image Hosting by imagefra.me

Sajak Dimataku

Indah nian malam cemerlang
Bertaburan beribu bintang
Sayang rembulan bersendirian
Seperti tiada berteman
Sungguh ada beribu bintang
Hanya satu indah berseri
Walaupun berjuta sayang
Yang mana satu idaman hati

Cari bintang kejora
Berseri dan bercahaya
Tapi sayang dik sayang
Kejora di awang-awang
Kalau bulan yang kesepian
Jangan pungguk yang dirindukan
Jikalau mencari kawan
Bintang di awan sanggup temankan....


~Amrixxx~

Lets Shout

Aku Dimataku

Jika Dia Diam, Diamnya Sangat Menyenangkan.. Jika Dia Senyum, Senyumnya Sangat Membahgiakan... Jika,Jika & JIka... Semuanya Membuatkan Kita Selesa... Itulah Dia Insan Yang Punyai Akhlak Yang Terpuji..

click for more

Sedang Berkilauan Di Mataku

Links

Blog Mataku

Archives

Previous Posts

Recent Comment

IP Mataku

IP

Siaran Mataku

TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance

Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]HARAKAH daily

Sifoo GrafikDewan Bahasa & Pustaka MAXIS web MMSMAXIS web SMS

gengjurnal.netwebkl jiwang.netdigital dome Tokeikedai.netKhairilhusni | ..::K-rex20XX~~ Laman Informasi Anda ::..

Parti Pas Malaysia.: PARTI KeADILan Rakyat:.




Get this widget!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com